Thursday, December 15, 2011

di atas katil. di bawah siling.

sungguh..aku merindui suamiku.
tidak salah rasanya merindui suami sendiri.

entah kenapa..malam ini satu nama sentiasa bermain difikiran.
"Nia Sofeeya"

berhajat utk mempunyai anak sulung lelaki. tapi,tetap nama perempuan y selalu berlegar2 difikiran. adakah itu tandanya,dia mgkin seorang perempuan.

kalau aku boleh menahan hampir 6bulan. kenapa tidak hanya 1minggu?
sungguh,seminggu ini akan terasa seperti setahun.

p/s: umah aku takde siling. sbb aku tinggal kt apartment. jadi aku blh katakan "di atas katil. di bawah simen."

Monday, November 28, 2011

4hari lagi.. dan 23hari lgi..

4hari lagi exam akan mula. makin dekat dgn exam,makin lemah rase jantung nih.

byk kali aku mimpi,mimpi yang paling aku tak suka adalah mimpi aku dalam keadaan yang sgt memerlukan kehadiran suami aku masa itu. tapi malangnya,dia tak ada. tuhan saja yang tahu betapa sedihnya aku. [dalam mimpi tu la]. aku harap,apa yang ada dlm mimpi itu takkan terjadi. atau mungkin,sedang terjadi. mungkin,akan terjadi. bak kata encik suami pagi td,"pepatah jerman mengatakan..kita hanya merancang,tuhan yang tentukan segalanya" [aku pon taktau la, ske2 dia je nk ckp tu pepatah jerman,tah betul tah idok]


Thursday, November 3, 2011

mu nih,sokmo doh gitu..



mak ckp kat alip..
"kakok mu tu sokmo doh gitu. exam jah deme..exam jah dop sehak"

huhuhu...mak..ni 1st time la awa demam mse exam sepjg awa ade ka india nih.. hehehehe.

aku patutnya kene baca commed. [byk gile dowh!! rase nk wat tarian sotong je sambil baca]

terima kasih encik suami.. anda sangat memahami,sabar dgn kerenah cik isteri. sian cik suami,tido lewat hari2.

kadang2 rase nk cepat2 habis exam.


Sunday, October 16, 2011

it's raining outside.



silence is a girls loudest cry.
you know she's really hurt when she starts ignoring you.



Sunday, September 11, 2011

lihat dengan mata hati.

betapa bertuahnya aku sebagai seorang isteri.
 memiliki lelaki sehebat si suami..


bukan luarannya yang menarik hati.
tapi hatinya yang tulus mencintai.


berikan aku sejuta lelaki.
pasti dia juga yang aku pilih.

Tuesday, September 6, 2011

rahsia kita berdua...=)


Untuk kali keseratus lima puluh juta
Mereka tanyakan engkau soalan yang sama
“Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?”
“Apa kau buta, apa kau pura-pura suka”

Di seratus lima puluh juta kali itu
Di depan semua engkau tarik tangan aku
Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu
Sambil ketawa engkau bilang satu per satu
“Dia mungkin bengis seperti singa”
“Tapi dia nangis tonton cerita Korea”
“Dia mungkin keras bila bersuara”
“Tapi dia jelas, jujur apa adanya”
“Aku lagi kenal dia”
Dah lebih seratus lima puluh juta kali
Aku pesan padamu apa yang bakal jadi
Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
Engkau sangat manis, aku ini pula dawai besi
Di setiap seratus lima puluh jutanya
Aku pun dalam hati semacam tak percaya
Apa kau lihat pada aku jujurkan saja
Terus kau cubit dagu aku, sambil berkata
“sayang mungkin baran tak kira masa
tapi sayang tahan kalau yang salah saya
sayang mungkin saja keras kepala
tapi sayang manja bila kita berdua–
saya kenal sayang saya”
Buat apa dicerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya
Peduli orang kata
Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna
Kalau hati tak ada
Aku lebih bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi cinta
Suaraku keras tak berbahasa
Kerna aku rimas gedik mengada-ngada
Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala
Aku punya manja, kau saja boleh rasa
Rahsia kita berdua

fynn jamal [150juta kali]

Wednesday, August 10, 2011

sepuluh.ogos.seribu.sembilanratus.lapanpuluh.lapan.

alhamdulillah..siapa sangka,aku ade kerajinan melukis dan mewarna. walau terasa seperti budak sekolah rendah,tapi seronok. dah lama aku tak melukis.

kenapa aku rajin tetiba? mungkin kerana sayang dan rindu.
ape yang buat aku melukis? sebab hari istimewa buat yang teristimewa.
selamat hari tua abang uchuk!!!!

 gamba ni ayg lukis mase tunggu cikgu dtg. mase posting paed surgery.
ade garis2. sbb buku nota ade garis2.

semoga umur abang dan isi kehidupan abg diberkati.
bagi ayang..kelebihan abang...kekurangan abang..itu yang buatkan abang sempurna.
cukup sempurna.

 ayang harap,jodoh kita panjang..dan diredhai Allah.
semoga kita sempat melalui hari2 tua kita bersama..

dan kita dikurniakan cahaya mata yang soleh dan solehah..sihat dan comel.


ayang akan berusaha,untuk memastikan tiada sedikit pun penyesalan dlm hati abang kerana memilih ayang sebagai isteri. ayang akan berusaha untuk jadi yang terbaik untuk abang,keluarga dan anak2 kita. sungguh,ayang tak ada apa2 kelebihan. tapi abang yang membuatkan ayang sentiasa lebih dari orang lain. kelebihan ayang adalah kerana memiliki abang sebagai suami.

ayang perlukan abang untuk terus mendidik ayang,menasihati dan menegur ayang.

Sunday, August 7, 2011

dah 3 tahun upenye aku kat cni!!!!!

aku tak tau nk tlis ape. atpi klu korang nk tgk gamba..boleh tekan link ini.....!!!
tengok la...tengok la....bes...~

Monday, August 1, 2011

SEKOLAH RAMADAN 1.

TIADA PAKSAAN DALAM AGAMA.

alhamdulillah, kita diberi peluang sekali lagi utk merasa nikmat ramadan. dan sempena ramadan ini..mari kita sama2 membaiki diri. usahlah lagi memberi alasan berbasi2 mengelak diri.

aku tak mahu menyentuh benda yang sunat. kerana bagi aku,perkara wajib mesti diperkukuh dahulu sebelum berfikir perkara yang suant. jadi, aku cuma mahu menyentuh benda yang wajib. seperti solat..tapi aku yakin kalian semua solat cukup..mungkin lebih dari solat aku sendiri. dan kerana aku ini perempuan..aku mahu menyentuh soal aurat. aku bukanlah yang memakai tudung labuh berstokin sepanjang masa. tp,alhamdulillah..aku rasa cukup memenuhi syarat yang islam tetapkan.

kalau tidak,pastinya suami aku orang pertama yang akan menegur. dan aku suka itu.
menutup aurat itu wajib,ya..WAJIB.

pernah orang memberi alasan mengatakan "tiada paksaan dalam islam". jadi,mengapa perlu sibuk2 menyuruh memaksa buat perkara2 dirasa belum mahu untuk dibuat. dan dgn yakinnya mereka memberikan potongan surah al-baqarah ayat 256. "laa ikraaha fid-diin" bermaksud "tiada paksaan dalam agama". hah! dlm al-quran sendiri sudah katakan begitu. knp mahu memaksa?.

wahai kamu yang berkata begitu, mengapa kamu berhenti di ayat itu? kan masih panjang lagi ayatnya. mengapa tidak dihabiskan ayat itu? mengapa tidak memahami keseluruhan ayat dan sebab turunnya ayat itu?

maksud penuh ayat ini :

"tidak ada paksaan dalam agama. sesungguhnya telah jelas nyata petunjuk hidayah dari kesesatan. sesiapa yang menolak thaghut dan seterusnya beriman kepada Allah maka sesungguhnyaia telah berpegang pada tali yang teguh yang tidak akan putus, dan Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha mengetahui." 
al-baqarah [256]

benar!!! agama islam bukan agama paksaan. tapi cuba lihat sebabnya turun ayat ini :

seorang lelaki dari kaum Ansar yang berasal dari bani salim bernama al-hushain. dia mempunyai dua orang anak yang beragama nasrani. sedangkan dia adalah seorang muslim.
dia mahu menyuruh anak2nya memeluk agama islam dengan memaksa mereka. "saya tidak akan membiarkan kamu berdua, hingga kamu memeluk islam".
maka mereka mengadu hal ini kepada Rasulullah. maka turunlah ayat ini..

jadi,ketahuilah dan fahamilah bahawa ayat ini merujuk pada islam tidak memaksa atau menyuruh orang2 yang bukan beragama islam utk memeluk agama islam dengan hati y tidak rela. islam cumamenyeru dan mengajak kpd org yang bukan islam supaya memeluk islam. selebihnya terpulang pada org itu utk menerima islam atau tidak.

ketahuilah dan fahamilah bahawa ayat ini BUKAN bermaksud islam tidak memaksa atau menyuruh kalian yang beragama islam utk mengikut hukum yang telah ditetapkan dalam Al-quran. kalau itulah yang kamu2 fikirkan. sungguh ianya SALAH FAHAM YANG SANGAT JELAS.

aku rasa tidak perlu utk aku menerangkan pada kalian bagaimana cara menutup aurat dgn betul. sebab..ramai dah blogger lain yang bagitau cara2nya. tinggal terpulang pada kalian utk mencari atau tidak. bagi yang mahu berubah...jadikanlah sekolah ramadan ini satu permulaan. jgn tangguh2 lagi. kerana....
"manusia A bercadang utk berubah pada hari kesepuluh. tetapi dia meninggal dunia pada hari ke 9"
ajal tak mengira waktu. jangan beralasan tak sampai seru. sbb kalau nk tunggu sampai seru..takut seruan Allah memanggil kamu kembali yang tiba dahulu.

aku tak pandai sangat. tapi ilmu yang sikit yang aku ada..aku kongsikan. kalau rasa apa yang aku katakan ini salah atau silap. sila bgtau secepatnya. maaf andai terkasar bahasa.

Saturday, July 30, 2011

maaf..makin dekat aku dengan ramadan. aku jadi makin sayu.
sedikit saja..cukup buat aku menangis.

Thursday, July 28, 2011

sedihkah itu?

kau sedang bersedih?
ya..aku sedang bersedih.
jadi kau marah?
tidak..aku tidak marah.
jadi kau sedih tapi tidak marah?
ya..aku sedih tapi tidak marah.

aku sunyi..kau?
aku sayu..kau?
aku rindu...kau?
jangan bunuh aku perlahan!!! itu sakit.



hari ini penuh dgn rasa keibuan tak berbelah bagi.


dibilik kecil itu aku mahu menitiskan air mata.
bawa jauh bayi itu dari aku.
usiaku terlalu muda,tanggungan ku masih tak tertangung.
larikan si comel itu dari aku.
sebelum hati bertambah rawan.


hari ini penuh dgn kerinduaan RAMADAN.


melonjak aku membilang hari2 istimewa itu kembali.
aku berdua tapi hakikatnya aku satu.
tanpa dia.
RAMADAN tetap akan berlaku.
makannya bagaimana? sahurnya?
RAMADAN ini aku satu. dia satu.
sukar berdua.
itu buat aku sayu dalam tak sabar menunggu.


difikir dalam. difikir panjang. 
glaucoma!!!! itu yang patut aku hadap.
tapi hati rawan,badan sakit dibawa ke ranjang.
menanti sampai masa dunia gelap.

Saturday, July 23, 2011

awek comel pakai tudung..



comel kn....comel kn dia............. nme dia hani.... sepupu aku. comel giler!!!!!! geram!!!

Friday, July 22, 2011

ini antara hidup dan mati.

dalam hidup ni,kita ada dua jalan. jalan yang benar diredhai Allah atau jalan menjejaki syaitan.

boleh tak aku tanak amik mane2 jalan. aku nk ikut tgh2?
tak pon, mane y aku rase aku blh ikot,aku buat. mne y tak,aku tak buat.

Allah SWT berfirman:
“Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaithan. Sesungguhnya syaithan itu musuh yang nyata bagimu.” 
(Al-Baqarah: 208)

jawapan sudah jelas diberi di dalam Al-Quran.

Thursday, July 21, 2011

syaitan tegar.

JANGAN CEPAT BERPUTUS ASA DALAM MISI ANDA.

kalau kita nk kalahkan musuh kita. kita kene la kenal musuh kita. kita tahu syaitan itu tidak pernah berputus asa menyesatkan umat manusia. jadi kita perlu lebih kuatkan jiwa dan rohani.

Wednesday, July 20, 2011

bibie vs teloq!!!

mari kita gaduh2 manja...~

hah! mesti korang tak paham. tetiba minah ni nk gaduh2 manja lak. so,pe kate korg bace nih dulu.

okeyh,hahaha..sebelum setat gaduh2 manje. aku nk cite satu kesah.

ade sorang senior ni. di penah tanya aku..dah bape tahun aku dgn encik suami ber"hubungan". dengan segan2 aku pon jawaplah...dh nk dekat 6tahun. dia menunjukkan muka agak kagum disitu.
kemudian dia bertanya lagi...ape tips nk bagi hubungan ni kekal lama?
aku dgn yakinnye menjawap....."SILA GADUH PALING KURANG SEMINGGU SEKALI". hahahaha..tu la rahsianya. Jd aku kne la mengamalkan ape y aku dh ckpkn kn???

okeh,balik pada tajuk gaduh2 manja.

bg aku bersalin lagi sakit...
ok,pastu timbul lak persoalan..klu sakit mesti lepas je dapat anak sorang. tanak dh beranak lagi.

meh ku jawap soklan ini ye....
lelaki..diberi pilihan nk kene sepak atau tak..dan lelaki boleh melindungi diri dari menyakitkan teloq.

perempuan? mne de diberi pilihan. blh nk beranak atau tak. klu tetiba pempuan tu ckp kat laki dia,dia taknk beranak. ade suami nk bg? ade mak mertua nk bg? ade masyarakat nk bagi? [ok,ape kaitan masyarakat dgn perempuan tu,aku pon taktau.] last2 dia beranak jugak. lagi pon aktiviti membuat anak itu adalah seronok. [ok,skrg ko nk ckp minah ni melucah di belog pulak. aku cme ckp bnde fakta.]

tapi aku rase,aku penah dgr ade orang kata. sakit paling sakit adalah :
1. mati
2. kemudian sakit gigi
3. kemudian bersalin.
takde pulok orang tu sebut ape2 pasal teloq.

hahaha...ape pon. sakit bersalin sangat berfaedah!!!!!!!!!!!
akhir kata. aku pon sengal sbb ikot encik suami wat n3 pasal nih.

Tuesday, July 19, 2011

kisah teladan: bila isteri muntah2 dan mengidam.










dan selepas saja mendengar kata2 suaminya. si isteri terus terSENTAP. terus terdiam tak terkata. dia sgt menyesal dgn kemarahannya.

dan mereka pon hidup bahagia keakhirnya...[ok! y ni aku tulis sbb nk ikot cite fairy tale omputeh].

pengajaran : 1. bersyukurlah dgn apa y kita ada.
                   2. jadilah suami y belikan isteri mknn y mereka mengidam. [perhatian kpd encik suami]
                   3. rajin2 la berfikir. [jadi korg pk la sendiri ape pengajaran dari cite nih. hohoho.]

Monday, July 18, 2011

blog best!!

okeyh!!! aku takde keje. aku cume nk kongsi dgn sape2 y tersesat kat blog aku nih. aku nk kongsi blog2 y aku rase bes. dan yang aku slalu gak la g. ade 5 blog. tak ikut urutan pon. y no 1 tak bermakna y paling aku suke. tp,aku suke sume ni. tiap kali bkk blog,insyaAllah..sampai la aku kat blog2 nih. korg klu rajin,blh la jenguk. tp,aku rse,ade antara mereka y korg pon knal...






5. http://theotherkhairul.blogspot.com/

aku rase ini cool dowh!!!

aku dapat dari pic kat fb kawan. dari mne asal gmba ni aku tatau. tp dia bes!!!!

Sunday, July 17, 2011

dia kata dia menabung!!!!!

haaaaa......tgk kamu2 sekalian... datin rosmah pon menabung nk bli cincin!!! aku ni y bukan isteri perdana menteri. hanya isteri seorang student. makin la kne menabung nk dpt kn jam idaman...~ 

MARI MENABUNG!!!! agak2 1 hari berapa ye?

hah!!!!korang y bace nih. tak yah nk berpolitik pulak ye. aku cme nk amik semangat menabung dia ni je!!!
tapi ade org ckp bende ni palsu. tekan sini.
aku taktau. aku tak bace utusan. korg penah ke jumpe bnde ni dlm surat kaba utusan?[bg mereka y baca utusan la].
*jangan cepat percaya dgn bende y sampai kpd kamu.

tapi aku tak kesah hal2 politik nih. tgh semangat menabung nih.

okeh!!! semangat menaboooooonnnggggg!!!! datanglahhhhhhh!!!!!!!! yosh!!

aku hanya boleh bermimpi disiang hari.

bayangkn satu hari...aku bangun dari tdo. tetiba dapat pggilan tepon y mengatakan aku menang cabutan bertuah ke..menang teka berapa kacang dlm botol ke..

dan y paling bes!!!! dorang cakap aku menang salah satu dari bende kat bwh nih :

hmmm....cume boleh bayangkn je la. sape nk bagi ko jam mahal nk mam ni senang2. aku cuma boleh berangan2 je la nk memiliki salah satu dari jam tgn atas nih. len la klu ko anak dato'. hmmm..bila la abah aku nk jadi dato'. hahahaha....jadi datuk pon tak tercapai lagi. nk jadi dato'? huhuhu...tinggi sgguh cita2. daripada aku bercita2 abah aku jadi dato'. bek aku bercite2 encik suami jadi dato'. hohoho...

OK ENCIK SUAMI,SILA JADI DATO' OK?????????
[hehehehehe..jadi ayah je la syg. kalau u jd dato, i kene jadi datin. i tanak jadi datin. rase tua...]

Thursday, July 14, 2011

gula-gula kapas.

"The best and most beautiful things in the world cannot be seen or even touched. They must be felt with the heart" 
— Helen Keller




Our relationships, relationships between adults, how all those pieces fit together - that's the most complicated thing we all face. but no matter how complicated a problem is, it usually can be reduced to a simple, comprehensible form which is often the best solution. 

Wednesday, July 13, 2011

saya masak ayam. bukan babi. BABI. BABI. BABI.

besides human being, the only creature that can get sunburn is a pig.


hahahahaha....babi panggang...~

Tuesday, July 12, 2011

kenapa bola golf ade lekok2????

the dimples on a golf ball make it travel further. each golf ball has about 400 dimples on it!!


hangpa ingat depa suka2 nk wat bola golf mcm tu ka? ssh ooo...nk wat.

Monday, July 11, 2011

mane lagi pandai? laki ke perempuan?

"men have larger brains than women. but women have more brain cells. now, go figure which of them is smarter!!!"

Saturday, July 9, 2011

tinggi kamu hanya sementara.

you are slightly taller in the morning than you are when you go to bed.


hohohoho....pe lagi... gi try wat xperimen. bgn tdo je. ukur tggi. pastu sblm tdo,ukur lagi.

Sunday, July 3, 2011

aku rasa msti akan ade org benci aku bila baca nih.

Allah tu Maha adil. Dia terang2 takkan membebankan seseorang itu kalau dia tak mampu nk menghadapinya.

call rumah tadi. dah lama tak berbual dgn mereka2 di rumah. terutama sekali mak. tapi,mak dh tdo. sembang dgn abah. dgn hajar.

abah : jadi kan nk balik raya.
aku : mmm..tak kot abah. mcm tak boleh je. posting ophthal mase tu. kelas pon mcm pack je.
abah : oooo....takpe la. tumpu la belajar.

serius!!!! ni 1st tyme aku rase abah cm lain bile aku ckp aku tak blk. klu dlu,dia sendiri y awal2 ckp takyah balik. tapi suara dia tadi cm agak terkilan je. hahahaha...tapi tatau la klu aku je yang perasan.

aku terasa sgt yang aku sekarang dh jarang call umah. lagi2 lepas aku kawen nih. aku tak tau la sbb ape. tiap kali aku teringat nk call je,tgk jam...msti cm dh terlewat. kat msia cm dh lewat mlm. aku tak ingt ble kali terakhir aku berckp dgn mak aku kat tepon. lama sgt kot. adik2 aku pon cm merungut. alip ari tu bg msg kat fb...ckp aku dh lama tak call. hajar pon tadi ckp,yang kitorg dh lama tak sembang.

serius aku rindu dorang. hari ni dgr abah cite yang adik aku y bongsu tu dpt 3A 2B pereksa tgh tahun. agak byk peningkatan dia. dulu dia satu je A. aku rindu family aku. kalau aku tak balik raya,tapi balik bulan 1 tahun depan,maka akan genaplah setahun aku tak blk umah. siti hawa...mana pernah sampai setahun tak blk umah. plg lama pon...6bulan tak blk.

n3 sekrang byk cerita pasal aku. hmm..dh lama rasenye tak tulis bende berfaedah utk bacaan org. masih tak ada idea nk menulis. sibuk dgn kelas. dn plg penting skali..LAPTOP AKU MASUK HOSPITAL. rosak. ni pon gne laptop kawan.

Tuesday, June 28, 2011

entry terlambat utk 6 bulan perkahwinan.

oleh kerana kemalasan melanda. aku terlambat nk menulis n3 nih. aku tujukan buat suami tersayang. ENCIK SUAMI.
okeh...korang jgn tgk "berita baik" je. ingat aku pregnen. aku belum pregnen ok!!




25 DISEMBER 2010.
buat abang,
cerita ini mungkin abang tak tahu..dan mungkin kita sama merasainya..

ayang bangun pagi itu dengan seribu kesyukuran. selesai tahajut dan mendekatkan diri pada Yang Esa,ayang keluar dari bilik. meninjau keadaan diluar. pagi itu kebahagian lebih dari biasa.

bila matahari semakin meninggi. mak dh mula bising2. sbb tengok ayang masih tak bersiap lagi. serius,mse tu mmg blur habis. mcm tak tahu nk buat ape. bila org ckp,pegi la mndi..baru mndi... bila suh pakai baju pengantin, baru pakai... sedikit pon takde rase cuak ke..neves ke... rase cm biase je..

bila dh siap2. dgr dorng bising2 y pihak abg dh smpai. hehehe..tyme tu,bilik pengantin kn berhadapan dgn jln.. ayg intai dr jendela. intai dr jendela,tp tak nmpk pon abg. cme kereta je byk2 parking tepi jln. keciwa sekejap. hehehe. orang lain sume dh xcited2. ayg masih lagi blur. takde rase pape pon. yang ayg risau mse tu adalah..mana ayang letak kad pengenalan ayg. hahahaha.

pastu..mula dgr bising2 kat ruang tamu. mase tu org dh sibuk2 nk cari port bes utk ddk. tgk majlis akad. ayang duduk di hujung penjuru bilik. bertentangan dgn pintu bilik y terbuka agak luas. kali ini ayang nmpk kelibat seorang lelaki berbaju melayu krim. lama ayg tgk.

"loh!! zaki rupenye." hehehe.
bukan orang y ditunggu. adik dia rupenye. keciwa lagi.

kali ini,pemuda segak mula kelihatan. mula2 nmpk belakang je. bila dia berpaling utk duduk. jelas senyuman yang ayang kenal. seorang lelaki yang bakal merubah segalanya.

dan saat ini ayg rasa saat paling romantis.
ayg duduk mengadap pintu. sambil tunduk2 sket. [wat2 malu. kang nmpk cm bukan pengantin lak. haha] mse tu,abg blh nmpk ayg,ayg blh nmpk abg. ingat tak,mse tu..kita main jeling2 senyum2. mse tu tetiba rase cam segan2 lak dgn abg. padahal sblm2 nih klu jmp,dgn abg la paling tak segan. klu makan berdepan2 pon dh tak cover2. tapi aritu..malu2 kambing pulop rase..hehehe.

mungkin sbb rasa mcm dh lama tak berjumpa. tp mmg lama pon tak jmp. kita jmp sblm kawen tu pon mse nk jmp tok kadi tu. tu pon kejap je. tak lama pon.

mse dok seronok men jeling2 senyum2. ingtkn takde y perasan. rupeny sepupu ayg,dila. perasan. cepat2 dia dtg kat ayg, ckp.."huish!! dh la tu. ko mne blh tgk hanafi dulu". ayg pon sengeh je la..wat2 muke comel sket.

lama2 keriuhan kat luar tu mula perlahan. cuma dgr suara tok kadi je la. pastu ayg diminta utk keluar. yang paling tak boleh blah. sebelum keluar, dila sempat pesan.
"jawe! [nama panggilan ayg. bdk ni sorang je y pnggil ayg cmnih] aku tau ko tu selamber kodok je. tp nnt ko jgn la mata melilau2 ke mana2. tunduk...pndang bawah.. kalau nk pandang dpn pon kejap2.. wat cm malu2.. ko nih klu aku tak ingtkn ko men hentam ikot suke ko je."
hahaha...ayg pon..angguk2 je la tyme tu. kne ikot nasihat org y dh ade pengalaman.. ayg baru 1st tyme kot nk kawen, mne la ayg tau...hohoho.

pastu..ayg pon kua la..ddk kat tempat y dh disediakan. pastu acara pon bermula.. dgr tazkirah dulu.. lama gak terasa tazkirah tu. hehe.mase tok kadi tu wat lawak rase nk gelak je. tapi teringat pesan dila..kontrol....kontrol... so i senyum sipot je la kat ctu. kuikuikui.

tiba saat y ditunggu. abah mula melafazkn "aku nikahkn dikau...bla..bla..bla.." tyme tu. rase cool lgi. tak de pon cuak ke neves ke..dupdap dupdap ke.. rase biase je. rase mcm tgh bagi tazkirah kat musolla je. mcm bende dh biasa jadi je.

jantung ayg mula mcm nk tercabut bila abang mula menjawap "aku terima nikahnya........" start dari tu. sampai la abang selesai lafazkn semuanya. mmg jntung rase nk tersembul keluar dari dada. palpitation. tachycardia.

haha..lepas abang ckp "tunai" ayg rase mcm satu beban besar lepas. ayang rase lega sangat. ingat tak dulu ayang pernah tanya..."rase2 mse akad nikah nnt ayg nangis tak?" abang jawap.."abang rase ayang nangis."

tapi...ayang tak nangis pon...ayg nangis mase....dgn mase kat airport frankfurt je....hehehehehe.

ape pon..kawen mmg bes. kalau diberi peluang. ayg nk wat majlis perkahwinan kita sekali lagi. mungkin majlis kita tak semewah majlis orang lain. baju pengantin ayg tak secantik baju pengantin orang lain. tapi hari tu..ayg rase ayg lah orang paling bahagia. paling mewah. paling cantik. sebab kehadiran abang dalam hidup ayg..
sian pengantin. amik gamba sendiri.

Saturday, June 25, 2011

keranamu sunan..


"cinta sang ratu.. laksana langit mencengkam purnama.. ibarat mutiara dilautan biru.. saujana mata menandang.. seluas langit terbentang.. tatkala cinta berbisik.. suaranya memuji TUHAN.. apabila rindu terusik.. rasulnya menjadi pilihan.. sampai masanya cinta jadi taruhan.. sang ratu menjadi impian.."


cinta sang ratu, hijab sang pencinta. dua buku yang buat aku menangis bila membacanya. buku yang membawa aku hanyut didalamnya. sepenuh jiwa.

sunan itu,cintanya pada TUHANnya sgt besar. kasihnya pada sang ratu mendalam..


buku yang aku tak kesah pon walau heronya mati. sebab buku ini menekankn KEMATIAN ITU PASTI!!! HIDUP ITU INSYAALLAH!!!!



P/S : andai kalian berkesempatan. bacalah buku ini. penuh aksi dan emosi. byk nasihat dan ilmu baru y boleh diambil.

Wednesday, June 22, 2011

kenapa aku lama tak update blog???

SEBAB AKU DE PROJEK LAGI BES!!!! HONEYMOOOOOOOONNNN!!!! WAT KALI KE-3. HAHAHA!!!




baru je sampai mangalore. dh rindu sgt2 dh. arrrrggghhh!!!!! nk tdo la.

Friday, May 27, 2011

gambate!!!!

 I can't think of a single reason why I should be a surgeon, but I can think of a thousand reasons why I should quit. They make it hard on purpose... there are lives in our hands. There comes a moment when it's more than just a game, and you either take that step forward or turn around and walk away. I could quit but here's the thing, I love the playing field.

Wednesday, May 25, 2011

keluarga saya.


this is my abah and my emak.


adik aku no.3. afiq / bapit /ait / bampet. blja lagi. form5.


adik aku no.2. alep..skrg blja. kat uitm. amik engine.



satu2nya adik pompuan aku. hajar. skrg wat praktikal. juga bakal engineer.


berbaju biru. adik bongsu aku. abdul / khaliq / adik. aku tak jmp gamba dia sorg. 
[tgh tu abah,yang baju itam puteh tu,afiq]


gambar penutup. sungguh,abah ku bukannye bekas penari kebudayaan.
dia engineer. hahahaha.

budus!!!


bende y aku tulis...


bende ni y ko buat!!!! arghhhh!!!! ko bengong ke hape cik siti!!!!


Sunday, May 22, 2011

di situ cinta kami mekar.

smlm aku tiba-tiba terdetik. ingin menulis tentang kisah aku dan encik suami. bagaimana kami bermula. aku tak tau la klu korang berminat nk tahu ke tak. tapi aku rase aku ingin mengabadikan kisah kami ini. mungkin,penulisan ini akan berguna suatu hari nanti.

so,setelah mendapat kebenaran dari encik suami. aku pon dengan hati berbunge ingin berkongsi kisah kami.

macam mana kami kenal?
aku kenal hanafi jaafar ni kat sekolah. masa tu tingkatan 4. kitorang baru masuk sekolah menengah sains muar. kebetulan kami 1 kelas. ingt lagi,kali pertama dia memperkenalkan dirinya dlm kelas. dia kata dia dari bangi. ini agak menarik perhatian aku,sbb sblm aku masuk samura,aku pernah ke salah sebuah sekolah di bangi. utk coral speking bahasa arab.
hah,mcm tu la kami kenal. takde pon mcm sweet2 ke. terlanggar ke. jmp dlm tren,terduduk atas dia ke. tak de ok!!

aku rasa,masa form4..kitorang jarang kot bercakap. kecuali kalau ade hal penting atau kerja sekolah je kot baru bercakap. aku pon tatau la dia sedar tak aku ada dlm kelas tu. sbb aku ni tuggul dlm kelas. jarang bercakap atau bgn dari tempat duduk aku.

tapi macam mana pon aku rasa dia adalah budak yang sgt poyo mase tu. dan aku rase dia ni pelik sket. bukan sket,tapi byk. [hahaha...sori sayang..ayg bkn nk kutuk ke ape..tp,sbb pelik tu la wat abg special] tapi aku tak kesah sgt. slagi dia tak menyusahkan aku. aku tak amik port sgt.

aku masih ingt masa jamuan 4jaya. mase tu men kotak beracun. dan aku kene tiru cara dia berjalan masuk ke kelas. "hah!!! kejadah ape aku nk kne tiru. bukan aku tau pon. bukan aku slalu tgk dia masuk kelas pon" tapi buat jela kn. suke2..

kisah kami bermula mase form5. kami berlainan kelas. kami tak berkawan pon. tak berjumpa. tak bercakap. segalanya tak la. aku rasa berselisih semasa berjalan pon jarang. tapi kitorng ade 2 bende je yang mengaitkan kitorg. pengawas dan BADAR.

entah macam mana,aku dan dia berutus surat. aku rasa surat tu bermula dgn ucapan tahniah aku pada dia sbb berjaya menguruskan risalah utk BADAR dgn baik. aku rase mse tu dlm bulan 4 tahun 2005. bdk dorm aku jadi poswomen. y kelakarnya,surat tu mula2 hanyalah sebesar stiker note. makin lama..makin besar sebesar kertas A4. pastu dari sehelai kertas,jadi dua helai kertas. tapi serius!! dlm surat2 kitorng tu. tak de sikit pon bercerita tentang hati dan perasaan atau pasal kitorng. semua pasal kelas,sekolah,dan BADAR. dan paling penting,takde siapa pon yang tahu y kami berutus surat. kecuali bdk2 dorm aku. dan,anda perlu tahu yang kami hanya bercakap melalui surat. itu saja. blh dikira dgn jari kot,berapa kali je aku ckp dgn dia masa form5.

hari berganti hari. SPM dh nk mula. mase periksa percubaan SPM,byk masalah y menimpa aku. aku mls nk cite. bulan september. mmg melelahkan. tapi,aku mendapat kejutan masa tu. 6 september 2005. selesai perhimpunan pagi. aku pon terus nk masuk kelas. kelas aku tingkat 3. depan tangga. sedang lelah2 naik tgga, seorang lelaki berdiri di depan pintu masuk kelas. memegang sekotak hadiah. lelaki itu hanafi jaafar. dia memberi hadiah itu kepada aku. dan berlalu pergi. [sayang,mase ni abg ade ckp pape tak? ayg lupe la.]. besday aku rupanya. masuk kekelas. byk mata memandang ku. pelik kot. aku buat muka selamber,duduk kat tempat aku.

sebelum balik cuti beraya [SPM lepas raya]. sesuatu berlaku. aku rasa hanafi ni orangnya boleh diharap. aku menilai dari kerja2 dan tanggungjawap y diberi kepada dia,dia dapat lakukan dgn baik. jadi,aku rasa dia boleh di jadikan calon ketua keluarga. dari situ,dalam surat aku. aku mencuba. hahaha..korang mesti membayangkan aku meluahkan perasaan aku dlm surat tu. dgn ayat bunge2 kn? owh,tidak!!!!! [sbb seriously mse tu takde lagi rasa cinta ke syg ke pada dia. cuma yakin dia blh dijadikan calonnya]. utk pengetahuan korang. akulah ratu dalam cakap berlapik dan berkias2 nih. semuanya aku susun dgn teliti. semua ayat yang ditulis tak ckp pon y aku suka kat dia ke. nk dia jadi calon laki aku ke.

dan nasib baik hanafi ini bijak orangnya. aku rasa dia faham maksud aku. aku rase,kalau korang baca surat tu,msti korang tak paham pny. hahahaha. mm..jadi,selepas dari itu yang menguruskan hal aku dan hanafi ini adalah kawan baik aku. nadira. aku tak jumpa pon encik hanafi. semua perbincangan dibuat oleh nadira.

tibalah beberapa hari sebelum balik bercuti hari raya. aku dapat kad raya dari hanafi. dalam itu mengatakan yang ada hal penting y nk diberitahu. dan dia akan call aku masa cuti nanti.

hari raya kedua. seingat aku lah. dia call rumah. sbb tyme tu aku mne de hp. ingt lagi ayat dia. dia cakap, dia nk cuba hubungan yang lebih serius dgn aku. dan aku pon setuju. tapi sbnrnya,klaka jugak ayat dia mase tu. terus terang ckp,masa tu aku cuma suka kn perangai dan peribadi dia. sifat tanggungjawap dia. takde rasa kasih sayang atau cinta.

lepas balik dari cuti beraya. SPM bermula. kitorng tak jumpa pon walau ade kat dlm 1 sekolah. mcm peristiwa hari raya ke2 tu tak terjadi je. selesai paper last,EST. barulah dia berjumpa aku. berjalan seiring menuju ke asrama. berckp tentang ape nk buat mase cti. itu je kot y kitaorg bual,tak lama pon. kejap sgt. pastu masing2 balik dorm,bersiap nk balik rumah.

begitulah kisahnya. mcm mne kami bermula. hahahaha. tak de yang menrik sgt pon. tapi yang besnye. surat2 kitorng utus tu..semuanya masih lagi kitorng simpan. siap abadikan kt dlm album gambar lg. bila baca blk,blh gelak guling2. hahahaha. blh bg cucu2 baca bila dh tua nnt. hahahaha.

apa pon,aku tidak salah memilih orang. masa tu,walau tiada rasa cinta. hati aku kuat mengatakan,dialah orangnya. rasa cinta dan sayang itu terbina selepas beberapa lama kami berkawan. dan sampai sekarang. kasih sayang itu masih membina. semakin hari. semakin kuat.

ayang beruntung dapat suami seperti abg.

Friday, May 20, 2011

si kekasih mahu berhenti merokok? aku rasa 5 "A" sangat berguna.

korang pernah dengar tak 5 "A" ni? bukan 5 "A" UPSR tu tau.

5 "A" ini adalah "FIVE MAJOR STEPS OF INTERVENTION [ 5 'A's ]"

5 'A' ni digunakan oleh mereka2 yang terlibat dalam menangani masalah ketagihan rokok.
dia ni kire macam reference guide utk clinicians la jugak for treating tobacco use and dependence.

ok, ape 5 'A' ni?

1. ASK : bende pertama yang perlu kita buat. mstilah tny dulu,orang tu merokok atau tidak. kalau dia tak merokok, nk wat pe kite suh dia berhenti merokok. nnt dia kate kite gila.

2. ADVICE : bila kite tahu dia merokok. barulah kita mula menasihati dia supaya berhenti merokok. ok,advice ni pon ade criteria dia jugak. advice mestilah "clear". jgn nk bermadah-madah berlapik2. nnt dia tak paham lak. pastu mestilah "strong". kne bgtau dgn yakin. jgn mcm tak pasti je. atau mcm...owh..terpulang la pada awak..bla..bla..bla... last skali "personalized". kaitkan advice kita tu dgn masalah kesihatan yang dia pernah alami,sedang alami dan akan alami. jelaskan kepada mereka.

3. ASSESS : yang nih,kita perlu tgk orang yang kita nasihat tu. sejauh mana kesungguhan dia nk berhenti merokok. pastu kite kne tahu sume sejarah dia. maksud aku,bukan sejarah hidup dia segala bagai. sejarah ni maksudnya..kesihatan dia,amount rokok yang dia dh ambil. hari2 berapa batang or peket dia merokok. haaa...dan yang berkaitan la. yang nk gatai tanya sejarah cinta monyet dia tu tak perlu la.

4. ASSIST : ok,kalau bagi nasihat mmg la senang. cakap je....gne mulut. tapi praktikal sebenarnya ssh. jadi kita perlu la tolong dia. bgtau dia...macam mne nk buat. ape nk buat. mcm mane nk mula. macam mne nk elak.. kalau kite suh je dia buat,tapi tak bgtau dia caranya..tak boleh jugak kn?

5. ARRANGE : yng last skali,bila korang dh nasihat..dh bgtau cara... korang bgtau la dia sape yang perlu dorang jumpa..no phone kaunselor ke.... arrange kan appoiment utk dorang.. buatkan schedule utk dorng....

haaa...macam tu la yang perlu dibuat. sbb org merokok ni,dia perlukn keazaman dan pertolongan yang tinggi utk berhenti merokok...

dan aku rase,bukan doktor je yang patut tahu bende nih. korang2 yang bukan doktor pon patut tahu bende nih. senang la nnt. kalau2 suami korang..ayah korang..adik ke,abang ke ,pakcik ke, makcik ke, kakak ke..mak ke.. sape2 la yang berkaitan. yang merokok dan nk berhenti merokok. at least..korang sedikit sebanyak,blh la tlg dorang dgn cara 5 A yang aku cite tadi. hehehe..tapi kalau korang cm mls,nk senang, jmp je la doktor..huhuhuhuhu..

ape pon,bende 5 A ni kita blh apply kalau orang minta nasihat ape2 dari kite. atau mungkin dia nk melakukan perubahan,dan minta nasihat dari kita. yela,nama lagi step for intervention kn? ape2 perubahan nk buat pon blh gne kot step nih.

hehehehe...jadi..selamat mencuba..

ilmu aku tak byk. kalau ade yang tersilap,blh trus tegur aku k. aku cuma nk berkongsi ape y aku tahu.

rakan2 y nk exam commed. aku rase korang dh tau bende nih.
thanks DR. SUBHA sbb bagitau bende ni dlm kelas commed.

Wednesday, May 18, 2011

aku tak la baik. abis aku mcm mne?

terasa lama tidak menulis bende yang lebih berfaedah dari bercerita hal diri sendiri.


pernah dgr terjemahan surah An-nur ayat 26?


"perempuan-perempuan yang keji untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji (pula), sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik (pula). mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang. mereka memperolehampunan dan rezeki yang mulia (syurga)"


rasanya banyak kali kita dgr dan kita diberitahu ayat ini. tetapi,selalunya yang kita dgr adalah sebahagian dari ayat ini. iaitu... 


"perempuan-perempuan yang keji untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji (pula), sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik (pula)."


kemudian ayat itu berhenti disitu. tidak pula si pemberitahu menyambung dan menghabiskan ayat itu. dan kita mula terfikir..
"kalau dah dlm al-quran sendiri ckp mcm tu,mknanya..aku ni jahat,dan aku akan dpt pasangan yang jahat jugak la"
kita pon mula risau. tapi sekejap sahaja..kemudian kita lupa dgn ayat tadi.


ayat ini jika tidak diambil sepenuhnya,blh menimbulkan salah faham yang membawa kepada perkara negatif dan perkara positif.


yang positif : mereka mengambil ayat ini,dan berusaha menjadi yang terbaik. menjadikannya satu motivasi yang membawa kepada kebiakan.


yang negatif : mereka mengambil ayat ini. dan berputus asa dgn kehidupan mereka. mereka tidak mencari pasangan yang baik untuk mereka,mereka merasa diri mereka tidak layak,dan tidak sepatutnya mendapat pasangan yang baik. 


rakan2 sekalian...

Ayat ini diturunkan untuk menunjukkan kesucian ‘Aisyah r.a. dan Shafwan bin al-Mu’attal r.a. dari segala tuduhan yang ditujukan kepada mereka. Pernah suatu ketika dalam suatu perjalanan kembali dari ekspedisi penaklukan Bani Musthaliq, ‘Aisyah terpisah tanpa sengaja dari rombongan kerana mencari kalungnya yang hilang dan kemudian dihantarkan pulang oleh Shafwan yang juga tertinggal dari rombongan kerana ada suatu keperluan. Kemudian ‘Aisyah naik ke untanya dan dikawal oleh Shafwan menyusul rombongan Rasullullah SAW. dan para shahabat, akan tetapi rombongan tidak tersusul dan akhirnya mereka sampai di Madinah. Peristiwa ini akhirnya menjadi fitnah dikalangan umat muslim kala itu kerana terhasut oleh isu dari golongan Yahudi dan munafik jika telah terjadi apa-apa antara ‘Aisyah dan Shafwan.
Sikap Nabi juga berubah terhadap ‘Aisyah, beliau menyuruh ‘Aisyah untuk segera bertaubat. Sementara ‘Aisyah tidak mau bertaubat kerana tidak pernah melakukan dosa yang dituduhkan kepadanya, ia hanya menangis dan berdoa kepada Allah agar menunjukkan yang sebenarnya terjadi. Kemudian Allah menurunkan ayat ini.


ayat ini mahu membuktikan yang aisyah tidak bersalah,dengan menerangkan kepada Rasulullah yang aisyah itu orang yang baik. dan Rasulullah juga orang yang baik. dan orang yang baik tidak akan melakukan sesuatu yang dia tahu salah. dan dipenghujung ayat itu tertulis,mereka tidak melakukan perkara yang diperkatakan,bahkan mereka mendapat ganjaran syurga.


jadi,jgn lah kamu2 berputus asa untuk mencari pasangan yang baik dan yang dapat membimbing kamu. dan jangan lah kamu merasa rendah diri utk berdamping dgn mereka yang baik dan soleh. cba kita lihat pasangan firaun dan isterinya asiah. 


asiah seorang wanita yang beriman, baik budi pekerti. sanggup mengambil musa sebagai anak angkatnya. jika dilihat firaun,seorang yang kejam, angkuh, tidak beriman, bahkan mengaku dirinya tuhan. tapi Allah menjodohkan mereka berdua.


ada juga yang nabi terdahulu yang isteri mereka tidak mahu beriman kepada Allah. dan berpegang kepada kesesatan yang nyata walau sudah diajak beriman.


rakan2 sekalian,maka tidak wajarlah untuk kamu mengambil al-quran hanya sebahagian, dan meninggalkan sebahagian yang lain. kerana boleh menimbulkan salah faham. dan yang lebih membimbangkan,apabila kamu mengambil al-quran hanya sebahagian kerana kamu tidak suka atau tidak berkenan dgn sebahagian yang lain.


makanya,jangan pernah merasa terlalu merendah diri kerana kesilapan lalu yang kita dh buat. yakinlah yang Allah menerima taubat setiap hambanya. dan jgn sesekali melepaskan seorang wanita atau lelaki soleh solehah  kerana rasa rendah diri itu.


memang dalam sesetangah perkara kita perlu mendahulukan orang lain. tapi tidak dalam beribadah. kita perlu berlumba2 menunaikan ibadah. dan perkahwinan itu adalah ibadah. jgn lah kamu tidak jadi berkahwin kerana rasa rendah diri dan rasa tidak sesuai dgn pasangan yang baik dan soleh. pilihlah dia,sayanglah dia. kerana dia mungkin harapan untuk kamu berubah.


ilmu aku takla byk. sekadar menyampaikan ape yang aku tahu.

amaran : jangan baca!!

beradu mengadu aku rindu.
makan bersudu tak cukup garfu.
tapi perut tak tepu2.
bukan nak merapu cuma nak bagitahu.

mengadap buku aku lesu.
penat terpaku berdiri macam batu.
nak beradu jadi berudu.
guling2 tetap macam tu.
last2 aku termangu-mangu.

pusing2 aku tetap kat situ.
atas katil dengar lagu.
busan2 aku lak y berlagu.
haru biru kelabu ungu.
padan lah muka kamu.
lain kali byk2 la merapu.
mcm kerapu bukan penyapu.

sometimes it better to remain silent.

silent is the best answer. it better then when talking turns into screaming. and neither us is listening. fighting for something that we know that we both will lose.

i prefer not to say a single word. because if you search for the answer as to why i am silent, you will remember it more.


i don't wanna go to bed mad at you. and i don't want you to go to bed mad at me. 

Tuesday, May 17, 2011

all about LOVE.

pernah tak korang rasa, korang bergerak dgn sgt perlahan. sgt perlahan sampaikan terasa seperti tidak bergerak. tapi sekeliling korang bergerak dgn sgt laju. laju y tanpa berhenti.

Wednesday, May 11, 2011

sebuah perkahwinan.


“Sudah berkahwin nanti, senanglah hati. Tidak perlu runsing-runsing lagi” kata Ali.
“Baju pun tak payah basuh sendiri. Sudah ada washing machine pelbagai guna!” sampuk Amir.
Semua ketawa.
Berderai-derai, meraikan hari-hari akhir bujangnya Ali.
Biar pun semua rakan ketawa, hati Ali ada gelisahnya. Dia tahu, pandangannya terhadap Alia, bakal isterinya itu, jauh lebih mulia daripada gurauan rakan-rakannya. Dia berharap agar perkahwinannya itu nanti akan menjadi mahligai hidup. Bayangannya banyak dibantu oleh drama, novel, dan kisah mulut ke mulut yang didengari selama ini.
Malah sebahagiannya adalah bayangan ciptaannya sendiri.
Perkahwinan itu indah.
KENANGAN LALU
Peristiwa gurau senda Ali bersama rakan-rakannya di kedai mamak itu sudah lama berlalu. Sudah lima tahun Ali dan Alia mendirikan rumahtangga. Mereka juga sudah dikurniakan dua orang cahaya mata yang comel. Ia benar-benar seperti watak-watak mahligai hidup yang pernah dibayangkannya dahulu. Dua insan sebagai pasangan yang sempurna, sepasang cahaya mata, seorang lelaki seorang perempuan… mereka bahagia.
Sepatutnya.
Tetapi ada sesuatu yang tidak kena. Apabila Ali melepak bersama rakan-rakannya, beliau gembira. Ketawa. Walaupun ketawanya tidak sampai ke lubuk hati, namun cukuplah sesi itu menjadi ‘panadol’ yang melegakan. Akan tetapi, apabila Ali pulang ke rumah, serabutnya datang semula. Melihat Alia, dan merenung keletah anak-anak, ia tidak lagi menyejukkan mata. Ia memanaskan emosi.
Apakah mengahwini Alia merupakan tindakan yang betul?
Jika cinta di luar perkahwinan banyak halangan, mengapa selepas halangan-halangan itu hilang, perkahwinan tidak memberi bahagia?
HAKIKATNYA
Dalam perkahwinan tiada cinta.
Ia seperti sebuah kotak yang kosong.
Cinta hanya ada dalam diri manusia.
Maka manusialah yang mengisi kotak perkahwinan itu dengan cinta.
Apabila manusia mula berhenti mengisi kotak perkahwinan itu dengan cinta, ia kembali menjadi sebuah kotak yang kosong.
Hukum perubahan, antara kebahagian dan kesengsaraan sentiasa Allah letakkan pada firman-Nya:
“Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa-apa yang ada pada sesuatu kaum itu sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri” [Al-Ra'd 13: 11]
Perkahwinan, medan memberi.
Banyak mengambil kurang memberi, perkahwinan kembali menjadi kotak kosong, sebuah penjara!

artikel diatas bukan milik penulis blog nih.
bagi mereka y tak pernah terbaca, atau terjumpa, artikel ini diambil dari ABU SAIF [ saiful islam ].
rajin2 la lawat link tu eyh. byk ilmu y kite blh dapat.