Saturday, April 30, 2011

women are queens.

A British man came to a Sheikh and asked, 
"Why is not permissible in Islam for women to shake hands with a man?" 
The Sheikh said, 
"Can you shake hands with Queen Elizabeth?" 
British man replied, 
"Of course not, there are only certain people who can shake hands with Queen Elizabeth". 
Sheikh replied with a smile on his face, 
"Our Women are Queens and Queens do not shake hands with strange men"..(^^,)

anak-anak ibu sihat sume kn....

aritu,aku cite pasal kembar tiga yang digugurkan kn? kali ni,aku menyaksikan kelahiran kembar tiga yang sihat dan comel!!! tak caya?? tgk gmba bwh.

 yang kanan skali,besa sket..tu yang mula2 keluar. hehehehe.. yang dua kiri tu,aku tak tau mne kua dulu. y penting,mereka bukan kembar seiras. hoho!! makin bersemangat aku nk dapat anak kembar nih. encik suami,sila amik perhatian okeh!!!! sediakan bajet yang cukup.



-gambar adalah sekadar hiasan-

Friday, April 29, 2011

Sunday, April 24, 2011

ibu sayang anak-anak ibu..[awas bagi mereka y lemah semangat!!]

19/4/2011. sekarang aku posting kat OBG atau kat msia org pggil O&G. senang cite bahagian ibu2 mengandung dan sakit puan. hari ni,aku masuk OT atau klu dlm cite "grey" dorg pggil OR. [bilik bedah]. aku tak tau la bape byk c-sec y aku tgk hari tu. mgkin dlm 5 atau 6. ade 1 kes ovarian cyst. 1 kes cervical cancer. aku tak la wat surgery tu. aku tgk je. tapi tgk dan berdiri lama2 pon penat tau.

habis je sume surgery,aku dgn kwn2 lain lepak kat lua. tetiba,ade nurse ni dtg bwk bekas aluminium. dia tanya.."korang nk tgk tak????"
kitorg pon cakap la..nk. walau tak tau ape dlm tu.
dan bila di tgk....


aish...sape la amik gamba kabur ni. ce tgk y bwh.


 haaa...jelas tak? nk lagi jelas????


 yang ni kalau tak jelas jgak,tak tau la. ya...kembar 3. berlainan placenta. maknanya,mereka dari 3ovum berbeza,dan 3sperm yang berbeza.

aku rasa nk menangis je tgk baby kembar 3 ni. dorg terpaksa digugurkan sbb mereka blh membahayakan nyawa ibu mereka. ibu mereka baru lepas menjalani c-sec. so,uterus ibu mereka belum sembuh sepenuhnya. dgn kehadiran mereka bertiga ini didlm uterus ibu mereka..akan menyebabkan uterus ibu mereka pecah[huhu..mcm ganas sgt lak bnyinye] tapi serius aku sedih masa ni. aku membayangkan kalau aku lah ibu mereka. dh la aku nk sgt anak kembar. ni dh dpt..bukan 2 tapi 3. tapi syang...kene gugurkan..


tgk...betapa keciknya dorang....

sampai mlm aku terbayang2 mereka ini. [dgr mcm scary] tapi hakikatnya..aku sayu melihat mereka.

Saturday, April 23, 2011

bila doktor nak ber"romantik". [ape ke tak sedap tajuk nih]



your words are ANTIBIOTICS..
your smile is ANALGESIC..
your touch is ANTI-INFLAMMATORY..
your presence is ANTISEPTIC..
your sms is ANTIPYRETIC..
that's why i never fall ill.....

p/s : jangan OVERDOSE sudeyh....~




testing your blood.....33% complete...
44% complete...
55% complete......
85% complete....
100% complete....

result -------------------> you got HIV

H : honey
I : in
V : vein
that's why you are soo sweet....

p/s : hah!! sat g ade org betul2 percaya y HIV tu "honey in vein". aku men2 je tau!!!


owh!!! sape nk belikan saya stat mcm kat atas ni... sy nk.. sy nk.....

Friday, April 22, 2011

kalau buah hati merajuk, boleh cuba ayat ini..

a girl and a boy were standing in front of a mirror..
suddenly the boy asked...


the girl smiled and said...
hehehehe...

Thursday, April 21, 2011

rahsia rumah tangga.

mmmm...satu rahasia rumah tangga. hahahaha.. nak tau ke?
ni aku nk bgtau la nih.. saba2..
mmmmm...sebenarnya..
aku lebih suka dia tak pakai dari bila dia pakai...
tapi,tak ske bila dia tunjuk kat orang mse dia tak pakai...
rase macam nk dia tak pakai bila dia dgn aku je.. dgn org lain dia pakai...
sebab aku rasa dia bertambah seksi dan kacak bila tak pakai.....

haaaa...kan dh kate. comel kan dia...~


huuuu....suke bila dia tak pakai spec. tapi tak ske dia tak pakai spec mse bukan dgn aku.
kerana dirimu begitu berharga.


mmmm...aku rase aku mabuk nih. minum nescafe chocomocha + milo.

Saturday, April 16, 2011

ketenangan waktu dhuha.

sungguh aku tak tipu. ini sgt tenang.
"kekasihku rasullullah sallallahu 'alaihu wasallam telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu : supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat sembahyang dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan" [hadis riwayat al-bukhari dan muslim]

*awwabin berasal dari perkataan arab yang bermaksud orang yang sering bertaubat.
terdapat perbezaan pendapat di kalangan ulama perihal solat sunat awwabin ini.ada yang berpendapat solat sunat awwabin ini dilakukan antara waktu maghrib dan isyak. ada juga yang mengatakan solat sunat awwabin ini adalah nama lain bagi solat dhuha. [berdasarkan hadis diatas].


semoga kita sentiasa dimurahkan rezeki.
dalam al-Quran surah al-Dhuha, Allah s.w.t telah BERSUMPAH demi kehebatan waktu dhuha. Firman Allah s.w.t :

demi waktu dhuha dan demi malam apabila menjadi sepi. tidaklah Tuhanmu meninggalkanmu dan tidaklah Dia membencimu. dan akhirat itu lebih baik daripada dunia ini. dan pasti Tuhanmu akan memberi kepadamu kurniaan hingga kamu menjadi suka.

(surah al-dhuha : 1-5 )
 


selalunya setiap sesuatu yang dijadikan sebagai bahan sumpah Allah s.w.t mengandungi kepentingan yang sangat hebat.

di sini Allah s.w.t menjadikan waktu dhuha sebagai bahan persumpahan-Nya. itu menunjukkan bahawa waktu dhuha itu ada keistimewaannya , antara keistimewaannya adalah seperti yang telah di sebut oleh Allah s.w.t., waktu dhuha adalah waktu Allah s.w.t mencurahkan kurniaan kepada hamba-Nya. 


" barangsiapa yang melakukan solat dhuha membaca rakaat pertama surah Al-Fatihah dan ayat Kursi 10 kali, dan pada rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Al-Ikhlas 10 kali, nescaya ia mendapat kerelaan Allah Yang Maha Besar." [HR. Anas B Malik]. 

*aku pernah dgr tentang solat sunat awwabin nih [antara maghrib dgn isyak]. tapi aku tak pernah tahu cara dan bila ia dibuat. kalau sapa2 yang tahu lebih dalam hal ni. blh la kongsi.

Friday, April 15, 2011

mari pergi honeymoon....~

owh!!! selepas endposting ortho yang lebih kpd viva anat. aku rase nk g honeymoon!!! argh!! tension. dia kata aku tak bace buku. mmg lah,aku tak bace buku anat. tapi aku bace buku ortho. yezza...~ nseb bek la kau hensem. blh la lagi aku nk senyum penuh makna.

aish!! ni baru endposting,ptg nih viva patho. aku taktau la aku rase ape ptg nih.

hmm...parah sungguh bdk nih. dh bape entry asyik cite pasal diri sendiri je. tak berfaedah utk pembaca.

Tuesday, April 12, 2011

aku belajar sesuatu dari dia.


org selalu berkata..
"kalau kita cintakan seseorang,lepaskanlah dirinya. biarkan dirinya bahagia."

tapi dia pernah berkata..
"apa yang org kata itu mcm tak masuk akal. kalau kita cintakan seseorang itu,patutnya kita berusaha utk dapatkannya. kita yang patut bagi kebahagiaan kepada dia. kenapa biarkan dia dibahagiakan oleh org lain"

dan kerana kata2 itu. aku sah sebagai isterinya.
dan terbukti aku bahagia dlm rindu yang tak terbendung.

Friday, April 8, 2011

hebatnya wanita yang masuk syurga lebih dahulu dari saidatina fatimah.

Dalam sebuah hadis menceritakan, setengah daripada kegemaran Rasulullah S.A.W. ialah suka bergurau senda dengan kaum keluarganya dengan gurauan yang sopan dan memberi faedah.

Pada suatu hari ketika Rasulullah S.A.W.sedang bercakap dengan anaknya Siti Fatimah mengenai kenikmatan syurga dan orang-orang yang akan dikurniakan tinggal di dalam syurga, maka baginda pun bersabda,
 "Ayuhai anakandaku, ada seorang perempuan kebanyakan yang akan masuk syurga lebih dahulu daripada anakanda."
Mendengar kata-kata ayahandanya itu, maka berubahlah air mukanya lantas dia pun menangis dan berkata, "Siapakah perempuan itu ayahanda? Macam mana halnya dan bagaimana pula amalannya sehingga dia dapat lebih dahulu ke dalam syurga daripada anakanda? Ayahanda khabarkanlah di mana dia sekarang?"
Lalu Rasulullah S.A.W. berkata,

 "Dia adalah seorang wanita yang miskin, tinggal di Jabal Uhud, kira-kira 3 batu dari Madinah."
Tanpa membuang masa, Siti Fatimah pun keluar pergi mencari perempuan yang dikatakan akan masuk syurga lebih dahulu daripadanya.


Setelah dia sampai ke rumah orang itu, dia pun mengetuk pintunya. Kemudian perempuan itu pun keluar sambil bertanyakan hajat kedatangannya tanpa menjemput Siti Fatimah masuk ke dalam rumahnya.
Siti Fatimah berkata, 
"Saya datang ke mari kerana hendak berjumpa dan berkenalan dengan awak."
Perempuan itu menjawab,
 "Terima kasih cik, tetapi saya tidak dapat membenarkan cik masuk kerana suami saya tidak ada di rumah. Nanti saya minta izin apabila dia balik nanti, silalah datang pada esok hari."
Dengan perasaan sedih dan dukacita, Siti Fatimah pulang dengan perasaan hampa kerana tidak dapat masuk dan bercakap panjang dengan perempuan itu.


Besoknya, Siti Fatimah datang lagi dengan membawa anaknya yang bernama Hasan. Sebaik sahaja sampai di rumah wanita itu dan setelah pintu dibuka dan hendak dipersilakan masuk, tiba-tiba dia melihat ada budak bersama-sama Siti Fatimah, lalu dia berkata, 
"Ini siapa?" tanyanya kepada Siti Fatimah.
"Ini anak saya, Hasan." Sahut Siti Fatimah. 
Perempuan itu pun berkata, "Saya dukacita cik kerana saya belum minta keizinan untuk masuk dari suami saya."
Siti Fatimah menjadi serba salah. Hendak balik jauh, hendak ditinggalkan anaknya di luar, nanti dia menangis. Hendak dibawa masuk belum mendapat keizinan. Akhirnya dia pun balik.

Keesokan harinya, dia datang lagi dengan membawa kedua-dua anaknya iaitu Hasan dan Husin. Setibanya mereka di perkarangan rumah perempuan itu, mereka segera disambut olehnya, tetapi dia terkejut apabila memandang ada budak lain pula yang belum diminta izin dari suaminya.
Beliau pun berkata, 
"Cik dukacita kerana budak yang satu ini belum saya minta izin, harap maaf cik."
Mendengarkan kata-kata itu, Siti Fatimah tersipu-sipu menyahut, 
"Baiklah. Besok saya datang lagi ke mari."
Dalam perjalanan pulang ke rumah, hatinya berkata-kata, 
"Heh, perempuan ini takut sangat akan suaminya, sehingga perkara yang begini pun dia tidak berani melakukannya. Pada hal jika dia benarkan aku masuk, takkanlah suaminya marah. Tak usahlah pandang aku ini siapa, dan dua budak ini cucu siapa, pandanglah kepada tetamu dan orang jauh, sudahlah," bisik hatinya sambil menangis teresak-esak.

Dalam pada itu, sebaik sahaja suaminya pulang, perempuan itu pun memberitahu tentang budak yang satu lagi itu. Suaminya terkejut dan hairan sambil berkata,
 "Kenapa awak tahan sampai begitu sekali? Bukankah Siti Fatimah itu puteri Rasulullah S.A.W. dan dua orang anaknya itu cucu Rasulullah? Lebih daripada itu pun awak patut benarkan kerana keselamatan kita berdua kelak bergantung pada keredhaannya (Rasulullah S.A.W.). Jangan awak buat seperti itu lagi. Jika mereka datang lagi ke mari dengan membawa apa pun dan siapa pun, terimalah dengan baik, dan awak hormatlah mereka semua sebagaimana yang patut bagi darjat mereka."
Sahut isterinya pula, "Baiklah, tetapi ampunkanlah kesalahan saya kerana saya mengerti bahawa keselamatan diri saya ini bergantung pada keredhaan awak, suami saya. Oleh itu, saya tidak berani membuat perkara yang akan membawa kemarahan atau menyakiti hati awak."


"Terima kasih," sahut suaminya, "tapi takkanlah pula sampai awak tidak menerima tetamu perempuan melainkan dengan setahu saya, kerana menghormatkan tetamu perempuan itu wajib pada adat dan agama."

Pada hari seterusnya, Siti Fatimah datang lagi dengan membawa kedua orang puteranya itu. Setelah diterima dan dihormatkan mengikut adat kampung dengan dijamu sedikit buah kurma dan air, mereka pun memulakan perbualan.

Dalam pada itu, perempuan itu berjalan ke arah muka pintu rumahnya sambil memandang ke arah jalan seolah-olah sedang menantikan kedatangan seseorang dengan tidak begitu mempedulikan Siti Fatimah. Sambil itu, Siti Fatimah terlihat di tangannya terdapat sebatang tongkat dan sebuah bekas berisi air, manakala tangan sebelah lagi mengangkat hujung kainnya sehingga ke atas sehingga menampakkan betis dan sedikit pehanya dan mukanya manis dengan senyuman.
Melihatkan keadaan perempuan itu, Siti Fatimah berasa resah kerana dia anak-beranak langsung tidak dipedulikan. 
Lantas dia pun bertanya, "Kenapa jadi begini?" 

Sahut perempuan itu, "Cik, harap maafkan saya kerana saya sedang menantikan suami saya yang akan pulang ke rumah."

"Buat apa dengan bekas air itu?" tanya Siti Fatimah.

Jawabnya, "Kiranya suami saya dahaga pada ketika dia balik, saya akan segera menghulurkan air ini kepadanya supaya tidak terlambat. Jika terlambat nanti dia akan marah."

Kemudian Siti Fatimah bertanya lagi, "Buat apa pula tongkat itu?"

"Jika suami saya marah, mudahlah dia memukuli saya dengan tongkat ini," jawab perempuan itu.

Kemudian Siti Fatimah bertanya lagi, "Kenapa pula awak selak kain awak sehingga Nampak aurat? Bukankah itu haram?"

Maka perempuan itu menjawab, "Jika dia berkehendakkan saya, lalu dia pandang saya begini tentulah menambahkan syahwat dan nafsunya yang memudahkan kepada maksudnya."

Sebaik sahaja habis perempuan itu bercakap, Siti Fatimah termenung dengan hairan, lalu berkata kepada dirinya sendiri,
"Jika begini kelakuan dan perangainya terhadap suaminya, tidaklah dapat aku mengikutnya. Patutlah dia masuk syurga lebih dahulu daripada aku serta wanita-wanita lain.
Ternyata benarlah bahawa keselamatan seorang perempuan yang bersuami itu bergantung kepada ketaatan kepada suami dan keredhaan suami terhadapnya."

Sambil teresak-esak menagis dan enitiskan air matanya, kemudian Siti Fatimah minta diri dan pulang dengan segera dan terus mengadap ayahandanya, Rasulullah S.A.W.
Sebaik sahaja dia mengadap ayahandanya, dia pun berkata, 

"Anakanda berasa sangat sedih dan lemah segala sendi anakanda kerana tidak dapat meniru dan melakukan sebagaimana perangai dan amalan perempuan yang ayahanda ceritakan itu."
Sebaik sahaja Rasulullah S.A.W. mendengar rintihan anakandanya itu, lalu baginda tersenyum lantas bersabda,
"Anakanda, janganlah susah hati, perempuan yang anakanda jumpa itu ialah perempuan yang akan memimpin dan memegang tali ras kendali tunggangan anakanda tatkala masuk ke syurga. Jadi dialah yang masuk lebih dahulu."
Setelah mendengar penjelasan itu, barulah siti Fatimah tersenyum ketawa.

Tuesday, April 5, 2011

nk jadi raja sehari yang jadi raja selama 5tahun???

ditengah2 padang pasir. ada sebuah kerajaan yang sgt maju dan aman. kerajaan ini sgt kaya. penduduknya takde sorang pon y miskin.



kerajaan ini dikelilingi oleh tembok. tembok dibina bagi memisahkan bahagian dlm kerajaan,dgn padang pasir yang tandus.


kerajaan ini diperintah oleh seorang raja yang baik dan adil. bernama raja sehari. mengikut ungdang2 kerajaan ini. raja hanya dibenarkan memerintah selama 5tahun sahaja. selepas 5tahun memerintah. raja yang baru akan dilantik. dan raja yang lama akan dibuang dari kerajaan. dan dicampakkan keluar dari kerajaan. dibiarkan ditengah2 padang pasir y panas utk mati.

maka...setelah cukup 5 tahun memerintah. raja sehari pon,dibuang keluar dari kerajaan. beliau mati kerana haus dan kelaparan. di dalam kerajaan pula,penduduk sibuk berbincang,siapa yang bakal menjadi raja. tiada siapa yang mahu menjadi raja. semua takut dgn padah yang bakal mereka hadapi selepas 5 tahun memerintah. dibuang ke padang pasir dan di biar mati. masing2 menuding jari pada org lain.


tiba2..didalam kekalutan memilih raja yang baru,tampil seorang pemuda. dia tanpa dipaksa..bersetuju utk menjadi raja. ramai yang mengatakan bahawa pemuda tadi gila. ada yang berkata dia sudah buang tebiat. ada yang lega,kerana sekurang2nya bukan dia yang perlu menjadi raja dan mati ditgh padang pasir selepas 5 tahun.

pemuda tadi ditabalkan menjadi raja. dia menjadi raja yang sgt baik dn pemurah. dia jujur..dan byk membawa lebih kemajuan kepada kerajaan td. setelah 5tahun memerintah. seperti yang sebelum2 ni,dia bakal di buang kerajaan. hari2 yang ditakuti telah tiba. penduduk berkumpul beramai2 utk memngusirnya dari kerajaan itu. perlahan2 pintu gerbang kerajaan itu dibuka.

alangkah terkejutnya semua penduduk. bila dibuka sahaja pintu gerbang. dilihat mereka sebuah taman yang sgt cantik. lebih cantik dari keadaan didalam kerajaan itu. semua orng terpinga2. sang raja cuma tersenyum sahaja. mereka semua memandang kearah raja dengan penuh tanda tanya.
"aku cuma membuat persediaan sahaja. aku tahu aku bakal dicampakkn keluar dari kerajaan ini. jadi aku tukarkanlah padang pasir disebelah kota ini menjadi taman yang indah. disaat kamu semua lena tidur,aku arahkan pekerja2 supaya menyiapkan taman ini utk aku secara rahsia"


penduduk sgt kagum dgn kebijaksanaan raja itu. maka penduduk disitu tak jadi nk buang raja td. dia terus menjadi raja dinegeri itu sampai keakhirnya..

pengajaran cerita:
kita anggapkan raja tu sebagai kita. kita adalah raja kepada diri kita. kerajaan pula adalah dunia kita sekarang. padang pasir pula sebagai dunia akhirat. jadi,kita sebagai raja kepada diri kita,kita tahu yang kita akan mati. kita jugak yang tentukan sama ada akhirat kita baik atau tidak.

kalau kita jadi seperti raja sehari,yang asyik dgn hal kerajaan,tetapi tak memikirkan yang dia akn dicampak keluar dari kerajaan. maka,kita akan jadi orng yang asyik dgn dunia sahaja. tanpa memikirkan akhirat.

tapi,kalau kita jadi seperti raja pemuda. yang melakukan tangggungjawapnya pada kerajaan dan berusaha memikirkan penyelesaian apabila dia dicampak keluar dari kerajaan. maka,kita kan menjadi orng yang berjaya didunia dan mendapat keindahan di akhirat.