Monday, August 1, 2011

SEKOLAH RAMADAN 1.

TIADA PAKSAAN DALAM AGAMA.

alhamdulillah, kita diberi peluang sekali lagi utk merasa nikmat ramadan. dan sempena ramadan ini..mari kita sama2 membaiki diri. usahlah lagi memberi alasan berbasi2 mengelak diri.

aku tak mahu menyentuh benda yang sunat. kerana bagi aku,perkara wajib mesti diperkukuh dahulu sebelum berfikir perkara yang suant. jadi, aku cuma mahu menyentuh benda yang wajib. seperti solat..tapi aku yakin kalian semua solat cukup..mungkin lebih dari solat aku sendiri. dan kerana aku ini perempuan..aku mahu menyentuh soal aurat. aku bukanlah yang memakai tudung labuh berstokin sepanjang masa. tp,alhamdulillah..aku rasa cukup memenuhi syarat yang islam tetapkan.

kalau tidak,pastinya suami aku orang pertama yang akan menegur. dan aku suka itu.
menutup aurat itu wajib,ya..WAJIB.

pernah orang memberi alasan mengatakan "tiada paksaan dalam islam". jadi,mengapa perlu sibuk2 menyuruh memaksa buat perkara2 dirasa belum mahu untuk dibuat. dan dgn yakinnya mereka memberikan potongan surah al-baqarah ayat 256. "laa ikraaha fid-diin" bermaksud "tiada paksaan dalam agama". hah! dlm al-quran sendiri sudah katakan begitu. knp mahu memaksa?.

wahai kamu yang berkata begitu, mengapa kamu berhenti di ayat itu? kan masih panjang lagi ayatnya. mengapa tidak dihabiskan ayat itu? mengapa tidak memahami keseluruhan ayat dan sebab turunnya ayat itu?

maksud penuh ayat ini :

"tidak ada paksaan dalam agama. sesungguhnya telah jelas nyata petunjuk hidayah dari kesesatan. sesiapa yang menolak thaghut dan seterusnya beriman kepada Allah maka sesungguhnyaia telah berpegang pada tali yang teguh yang tidak akan putus, dan Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha mengetahui." 
al-baqarah [256]

benar!!! agama islam bukan agama paksaan. tapi cuba lihat sebabnya turun ayat ini :

seorang lelaki dari kaum Ansar yang berasal dari bani salim bernama al-hushain. dia mempunyai dua orang anak yang beragama nasrani. sedangkan dia adalah seorang muslim.
dia mahu menyuruh anak2nya memeluk agama islam dengan memaksa mereka. "saya tidak akan membiarkan kamu berdua, hingga kamu memeluk islam".
maka mereka mengadu hal ini kepada Rasulullah. maka turunlah ayat ini..

jadi,ketahuilah dan fahamilah bahawa ayat ini merujuk pada islam tidak memaksa atau menyuruh orang2 yang bukan beragama islam utk memeluk agama islam dengan hati y tidak rela. islam cumamenyeru dan mengajak kpd org yang bukan islam supaya memeluk islam. selebihnya terpulang pada org itu utk menerima islam atau tidak.

ketahuilah dan fahamilah bahawa ayat ini BUKAN bermaksud islam tidak memaksa atau menyuruh kalian yang beragama islam utk mengikut hukum yang telah ditetapkan dalam Al-quran. kalau itulah yang kamu2 fikirkan. sungguh ianya SALAH FAHAM YANG SANGAT JELAS.

aku rasa tidak perlu utk aku menerangkan pada kalian bagaimana cara menutup aurat dgn betul. sebab..ramai dah blogger lain yang bagitau cara2nya. tinggal terpulang pada kalian utk mencari atau tidak. bagi yang mahu berubah...jadikanlah sekolah ramadan ini satu permulaan. jgn tangguh2 lagi. kerana....
"manusia A bercadang utk berubah pada hari kesepuluh. tetapi dia meninggal dunia pada hari ke 9"
ajal tak mengira waktu. jangan beralasan tak sampai seru. sbb kalau nk tunggu sampai seru..takut seruan Allah memanggil kamu kembali yang tiba dahulu.

aku tak pandai sangat. tapi ilmu yang sikit yang aku ada..aku kongsikan. kalau rasa apa yang aku katakan ini salah atau silap. sila bgtau secepatnya. maaf andai terkasar bahasa.

1 comment:

adibah saffie said...

like! like! like! ^__^
thanks hawa~