Friday, September 25, 2009

ape cite budak kecik ni?[aku la tu]


harini,bgn pagi dgn dikejutkan oleh encik biskut teddy. tgk jam..la,baru kul 530pg. biar betul mamat ni... hahaha..rindu katanya. seminggu dia sibuk beraya,meninggalkan aku..[cheeee...tinggal la sangat,cume kurang bermesej je]. beberapa minit[hampir setengah jam kot...] berbual di skype..dia membenarkan aku tidur kembali. kul7pagi,baru aku betul2 bangun dn bersiap kekelas. hmmm...pk,nk pakai baju ape. last2..aku pakai baju yang warnanya sgt tak matching dgn tudung. baju unggu tudung pink. yaaa...aku memang selalu begitu. dulu aku pernah berbaju hijau bertudung unggu. hahaha. kelas pagi td,medicine. aku tak ngantuk. cukup tidur kot.. abis kelas,mcm biasa..aku tunggu bas. nek bas g atavar...sampai je sana...aku dapat sms. "we have OPD today" from NEENA.

owh...mcm menarik. OPD y lepas,aku tak dapat join,sbb aku pergi jumpa doktor. [sakit lama datang balik...] aku dgn suhaili pon jalan la g bilik no14,tingkat1. hmmmmm...masuk dalam class room..[ops...sume pndg aku,sbb aku y bkk pintu] dlm tu sume senior. cari2 tempat duduk. [sebenarnya..hampir sume tempat kosong,ade 3 org je dlm bilik tu mse tu,cume aku je mcm pening tak tahu nk pilih nk duk mne..sbb byk sgt y kosong]. tak lama lepas tu...sorng2...bdk 3rd sem datang. bilik mula bising. aku kuakan buku. konon nk baca. tapi main je.

lebih kurang sejam duduk,senior2 pon mcm bgn..ade kelas katanya. ok..aku pon kemas2 la barang,tetiba..diaorg kata..bdk 3rd sem tak yah ikot. dok je ctu..aku pon com tercengang kejap. aku smbung duduk..sejam berlalu....aku dgn kwn2ku y lain dah mula gelisah. tak wat pape. hanya bercerita tentang cuti bulan 12,HOD community medicine,tetiba rani mukerji pon ade...priankha chopra...[serius..aku tak tau cmne nk eja nama org2 nih] SRK...,eh..DATO SRK.... hahahahha....bincang pasal nk sambut besday namrata kat mne...gelak2...men sphygmomanometer y ade kat dlm bilik tu....amik gamba....tanya umur masing2...ade yang call mak...ckp busan..dn bercerita tahap pembuangan masa kami..



rashdeep dan namrata


besday gurl[arini besday dia]


satu2nye bdk 3rd sem dalam unit aku y reti kannada
karthik..

dari kiri..savind,neena dn namrata



macam biasa...budak sorang ni mne leh tinggal.....


P/S: TAK PASAL2 AKU DOKTOR CAKAP AKU anemia... ITULAH RESULT BLOOD TEST AKU DUA HARI LEPAS. 4TABUNG UJI DIA AMIK. BYK GILA. AKU DH PITAM2 DAH. HAHAHHAA....

Friday, September 18, 2009

APA AKU BUAT NIH.....?????

jap,jap...!!!!! siapa nih....??? hahahaha.
[gambar dalam kelas]


haaaa...ni la kelas aku. sebesar ini..dan memuatkan lebih kurang 120org.
[rasa2...patut tak?]


dari hadapan..
[itu beg aku..(tiada niat untuk menunjuk). seperti tuannya,sukakan publisiti murahan]


apa yang aku lakukan masa posting medicine? ambil gambar orang? hahahahaha....bagus2..usaha yang patut diteruskan.


sebelum kelas bermula..tunggu lecture lebih kurang dalam 2jam lebih. sian kawan aku nih. dah ngantuk me"lepet2"


bilik kecil yang memuatkan lebih kurang 30 org. bilik ini terletak di sebelah wad wanita. kitaorang buat kelas kat sini la.


owh...sekali lagi...suhaili. tapi yang ni bukan kat hospital tau. ini dalam kelas kat kolej. rajinnye.....


ni masa hari first. macam biasa...duduk tunggu lecture. sesuka hati duduk di katil pesakit yang kosong. aku dah hampir2 nk baring dan tidur saja.




tapikan....korang tak pelik ke? kenapa la gambar minah ni byk sgt. hahahahha....itulah suhaili. satu2 kawan melayu yang aku ade kat dalam kelas..[sedeyh tak?] hahahahha....nanti ble2 aku post gamba kawan aku sorang lagi. DEEVOTHA. [warga afrika].

nk cite pjg pasal apa aku wat kat hospital. tapi...nnt la... aku tak de mood nk cite. tgk gambar dulu la ye.... nnti aku try amik lagi byk gambar menarik...

Sunday, September 6, 2009

LAFAZ YANG TERSIMPAN




Luluh hatiku yang sayu Menatap wajahmu tenang dalam lena Kasih ku zahirkan laku Sedangkan bibirku jauh dari lafaznya Dan raut tuamu membekas jiwaku Meredakan rindu mendamaikan kalbu Tak mungkin kutemu iras sentuhanmu Biarpun kuredah seluruh dunia Mencari gantimu Betapa sukarnya menyusun bicara Meluahkan rasa menuturkan sayang Kasih yang terlimpah hanya sekadar Tingkah Cuma ungkapan kebisuan yang Melindungkan kalimah rahsia Masih kubiarkan waktu Melarikan lafaz kasihku padamu Mengapakah sukar menyusun bicara Meluahkan rasa menuturkan sayang Kasih yang terlimpah hanyalah sekadar Tingkah Cumalah ungkapan bisu kalimah rahsia Apakah yang hilang andai dilisankan Bait penghargaan penuh kejujuran Tak mungkin terlihat cinta yang merona Jika hanya renungan mata yang bersuara Bukan atur kata Tiada lagi ertinya pengucapan Andai akhir nafas di hujung helaan Sebelum mata rapat terpejam Usah biar kehilangan Menggantikan lafaz yang tersimpan





MAK..ABAH...SEDAR ATAU TIDAK. UMUR AWA SUDAH MENCECAH 21 TAHUN HARI INI.
PEJAM CELIK..ANAK MAK DENGAN ABAH SUDAH BESAR. DAN DALAM 21 TAHUN INI JUGA MAK DENGAN ABAH BESARKAN AWA. ANDAI DIMINTA AWA MEMBALAS..PASTI TAK SETANDING DENGAN APA YANG TELAH DIBERI.
DAN AWA SEDAR,AWA LAH ANAK YANG PALING SUSAH NK DIJAGA. ANAK YANG PALING DEGIL. EGO. TERIMA KASIH KERANA SENTIASA SABAR...


Tuesday, September 1, 2009

2nd year M.B.B.S [1st day]

bangun pagi,jam 7..duduk. tarik semula selimut. hujan pagi tadi membuatkan aku semakin liat untuk bangun.. kembali memejamkan mata. teringat "encik biskut teddy"..dia telefon pagi tadi. entah jam berapa. aku sendiri masih mamai.. tersenyum sendiri.

[bunyi nada dering telefon bimbit]
aku terjaga..meraba2 katil dan bantal. [hadoi..mana pula aku letak telefon ni...]
KEDEBUK..bukan aku yang jatuh..telefon bimbit aku jatuh dari katil. [huaaaaa!! habislah..]
belek2..okeh. sihat. tak ada calar. sempat lagi cium telefon sendiri[reaksi spontan,jangan salah faham]. masih berdering.
eh,abang..[panggilan dari en.biskut teddy] butang hijau ditekan.
belum sempat berkata apa2.....terdengar suara.

"hello sweetheart....." [huhuhu...cair aku] suka dipanggil begitu.
dan hakikatnya..perbualan yang seterusnya aku tak ingat. mamai punya pasal. kesian en.biskut teddy..[hehe..maaf sayang...]

hakikatnya,jam720 baru aku bangun. keluar mengambil tuala disidaian. masuk ke bilik air. ok..sampai sini je cerita. takkan nak cerita detail..aku buat apa dalam bilik air kot...

selesai..duduk kembali atas katil. baring kejap. [huaaaaaa!! sedapnya kalau sambung tidur] haha..hari2 sebelum ini,boleh la buat. tapi hari ini aku perlu bersiap ke kelas.
HARI PERTAMA AKU SEBAGAI PELAJAR TAHUN DUA MBBS.

745 pagi. pakai stokin..[mestila dah siap pakai baju]
"mekda...aku pergi dulu..." menuju ke pintu sambil tangan menekan2 butang di telefon bimbit. SUHAILI. dail...

"suhaili..aku tunggu kat bawah.."
"mokwo..kite baru bangun.."
[alamak.....aku kene pergi seorang la ni]
"takapa la,kite pergi dulu ye..."

sampai kelas..aku seorang je malaysian. duduk dibarisan keempat. masa tu kosong lagi.
seorang demi seorang masuk ke kelas. [hairan....]kenapa tak ada seorang pon nk duduk sebaris dengan aku. muka aku macam hantu ke? suka hatilah. nanti dah penuh,ada lah. bila kelas mula penuh. mungkin tiada banyak tempat kosong..datang la sekawan tempe [sekawan? macam pelik je perkataan tu. ada yang lagi sesuai tak?]. "can you move inside?" [itulah yang dia cakap] aku senyum. berganjak satu tempat ke kanan. "thank you.." aku senyum je la.

suhaili macam takkan datang je. aku seorang lah jawapnya.
810pagi. mana cikgu ni..tak sampai lagi. beberapa minit kemudian,cikgu datang. aku pun tak tahu apa nama cikgu tu. yang pasti...dia seorang PEREMPUAN [sebab dia rambut panjang dan memakai baju perempuan] dan dia CIKGU PATHOLOGY [sebab waktu tu adalah untuk subjek pathology]

"CHEMICAL MEDIATORS OF INFLAMMATION" itu la yang aku belajar tadi.
tapi,dia macam ada kaitan sedikit dengan tajuk yang aku tertinggal kelasnya. jadi, aku perlu baca semula.
"remember the steps before the inflammation occur...?"
[hahaha...aku baca tak sampai lagi ke situ.] sepanjang cuti seminggu. baru baca bab pertama. CELLULAR ADAPTATION,CELL INJURY AND CELL DEATH. rupanya mereka sudah masuk bab yang kedua. ACUTE AND CHRONIC INFLAMMATION...[Hmmm..sesungguhnya,janganlah kalian gagal. nanti tertinggal macam aku]..

sekejap saja 1jam berlalu. POSTING!!!!! hehehe....takutnya..~~
aku ikut je hassini and the gang. mana mereka pergi. [turun satu tingkat saja]
COMMUNITY MEDICINE....DEMONSTRATION ROOM.
masuk2..duduk. tunggu suhaili datang. terpinga2 bila tengok budak2 sibuk dengan komputar riba masing2. mereka duduk dalam kumpulan. aku dengan suhaili buat tak tahu je.
adalah seorang mamat tinggi ni,masuk.. panggil roll number kami yang tertinggal ni,untuk pembahagian kumpulan. aku dan suhaili dapat kumpulan dua. sayangnya rashdeep kumpulan 3.
hakikatnya tiada apa pun yang menarik. aku cuma ikut je orang2 pergi mana. masuk bilik cikgu. dengar cikgu bagi komen slide untuk presentation. semuanya sudah siap. mereka sudah pergi ke kampung2 untuk mengambil data. jadi...kami tak tahu nak buat apa. diam dan ikut shaja. BUSAN......

hmmm...sekarang patutnya aku tidur.
sebab kejap lagi ada kelas yang panjang. 3jam. tapi,aku menulis blog. jadi kalau nanti aku ngantuk di dalam kelas. baru padan muka....