Friday, November 27, 2009

BIRU (BAB 1 PART2)

nur duduk melipat baju. hujan makin lebat. tiada tanda-tanda hendak berhenti. sayup-sayup terdengar suara adiknya yang menyanyi di dalam bilik air. saiful memang begitu,suka menyanyi di dalam bilik air. sudah berapa kali ditegur ayah. nur tergelak kecil sambil mengeleng-gelengkan kepala.
"aduhai...adik aku sseorang ni.."
tak lama kemudian,azan maghrib bergema. hujan masih lebat. ayah masih belum pulang. tiba-tiba nur terasa semakin resah. ada sesuatu yang tak kena. dia beristighfar didalam hati. menenangkan diri dari terus berfikir yang bukan-bukan.
"akak masak ape hari ni?"
tiba-tiba saiful muncul di ruang tamu. sambil memegang perutnya yang leper. kurus sungguh adiknya,tapi makan macam untuk dua orang makan.
"dah solat belum? kalau dah baru boleh makan. tak pun tunggu ayah dan mak balik,kita makan sama-sama."
"alaaaaa....orang dah lama la... ayah tak balik lagi ke kak? mak mana?"
sambil duduk membelek-belek surat khabar yang tadinya diatas meja.
"belum... mak pergi rumah makcik,hantar lauk..pun tak balik lagi... ape kata,saiful tolong akak lipat kain..haaa...cepat sikit habis,banyak ni,baju saiful pon ada."
"ape pula....lipat kain kan kerja orang perempuan,akak la buat. saiful lelaki...duduk dan baca surat khabar...haaa..baru la betul...hehehehe.."
"banyak la kamu,sekarang dah moden..siapa-siapa pun boleh buat kerja,tak kisah dah pasal lelaki ke perempuan.. kalau malas cakap la malas...."
"hehehehhe..."saiful tersengeh.

tok,tok,tok.
pintu diketuk.
"hah,jangan nak cakap buka pintu pun kerja perempuan juga, pergi tengok siapa yang datang"
"akak ni,macam mak orang la. membebel je..." sambil bangun membuka pintu.
ayahnya yang basah kuyup berdiri didepan pintu.
"ambilkan tuala" tanpa sempat saiful berkata apa-apa,ayahnya sudah bersuara.
bergegas dia masuk ke bilik mengambil tuala,meninggalkan kakak dan ayahnya.
"mak kamu mana?"
"mak pergi rumah makcik td, hantar lauk, tak balik-balik lagi. ayah nak makan? nur siapkan."
berhenti melipat baju dan bangun untuk kedapur.
"tunggu mak balik la,tak sedap makan bila mak kamu tak ada" saiful muncul dengan tuala dan kain pelekat. diberi pada ayah lalu duduk untuk menonton televisyen.
"kamu tak ada kerja sekolah ke saiful?" tanya ayah sambil melangkah masuk ke dalam rumah.
"tak ada.."jawapnya ringkas.
ayah terus hilang ke bilik air.

Sunday, November 22, 2009

BIRU (BAB 1 PART1)

Petang itu,mendung seakan sudah mahu malam. Angin yang menandakan hendak hujan. Kambing-kambing mula mengembek. Risau akan terkena hujan. Berlari-lari menuju ke tempat berbumbung. burung-burung kembali ke sarang. "nampaknya macam nak hujan lebat ni nur,ayah kamu tak balik-balik lagi ni. Risau pulak mak." jelas terpancar kerisauan diraut wajah yang sudah dimamah usia. Nur yang tadinya khusyuk menyapu,berhenti. timbul sedikit kerisauan dihati. Betul juga,terfikir kalau-kalau ayahnya masih dilaut. "takpe la mak..mungkin ayah dah sampai ke pelabuhan kot." cuba menyedapkan hati ibunya dan juga hatinya,walaupun hati sebenarnya terasa seperti ada yang tak kena. cepat-cepat diselesaikan menyapu,bila teringat ada lagi kain yang dijemur masih belum diangkat. Guruh mula berdentum. Tanpa sempat menyimpan penyapu kembali ke tempat asal,nur bergegas keluar mendapatkan kain jemuran. "ayah kamu tak balik lagi nur?" "belum mak.." jawapnya pendek. "adik kamu mana?" "tadi dia dah balik dari main bola. Sedang mandi agaknya" hanya mengagak kerana sebentar tadi terlihat saiful bertuala keluar dari bilik. "haa..yelah. Mak nak ke rumah makcik kamu kejap. Hantar lauk ni. Nanti kalau ayah kamu balik,cakap mak dirumah makcik." nur hanya mengangguk sambil menghulurkan payung kepada ibunya. Sebaik saja ibunya keluar dari rumah, hujan mula turun dengan lebat.

dia dah mula dah...





nak tahu sesuatu tak...aku akan mehadapi peperiksaan lusa. tapi malam nih,aku sedar yang terlalu byk lagi yang perlu dibaca. dan aku sekarang,sudah mengantuk. malam nih,panas. puas aku dahaga,sampaikan aku minum air dlm mangkuk megi kegemaran aku. sebenarnya dlm tu ade ais sebesar dua penumbuk aku. [dan ketahuilah,tgn aku tak la besa mana pon]. ais tu dh cair. dan air y tadi penuh. tinggal sikit je. kenapa aku minum dlm mangkuk megi kegemaran aku? sebab aku tak de cawan yang boleh memuatkan ais sebesar dua penumbuk aku. puas aku cuba memecahkan ais jadi ketulah kecil,tapi tak berjaya.

entah kenapa,sejak akhir nih. mlm mmg panas. sampaikan aku tido pon dgn membiarkan tingkap terbuka. nasib baiklah rumahku di tingkat 5. tinggi la jugak.

kipas dalam bilik nih dh boleh jadi perhiasan je. tak rasa pon walau dh bkk smpai 4. nmpk mcm laju,tapi anginnye tak rasa pon.

hadoi!!!pehal budak seko nih... ngntuk tahap beruang kutub. masalahnya beruang pon tak ngntuk macam nih....

Thursday, November 19, 2009

tiktok..dingdong...

diri aku sarat dengan rindu..

yang aku rindu..:
1. mak
2. abah
3. abang pacak
4. bapit
5. makyang
6. umi
7. fara
8. ikah
9. alif
10. khaliq
11. syawal
12. ali
13. hani
14. nadira
15. budak men bola kat umah aku
16. mak cik pasaraya sijangkang
17. abg jual cucuk2 kat pasa sabtu
18. atok jual air tebu
19. a'an
20. org pakai baju putih

haaaaa...byk2... tak terkira.
p/s : buat encik biskut teddy,sy tanak rindu anda. nnt sy menyusahkan anda. jd jgn risau,tanak dh rindu anda.

ada apa dengan RINDU?

Bermaknakah tiap baris kata-kata
Ataukah hanya dibibir saja
Bersungguhkah rindu yang engkau pamerkan
Ataukah sekadar hanya lakonan

Rindu... telah melekat dalam hatiku
Walau awan berlalu
Rinduku... tak berubah... arah

Purnama mengambang... cuma berteman
Bintang berkelipan dan juga awan
Siapa tahu...
Rindu yang mencengkam di hatiku

Aku meminta pada yang ada
Aku merindu pada yang kasih
Aku merayu padamu yang sudi... merindu ku

Purnama mengambang berbagai warna
Bila embun pun datang bintang purnama
Tinggallah aku sendirian bertemankan malam sepi

Aku meminta pada yang ada
Aku merindu pada yang kasih
Aku merindu padamu yang sudi memujuk

Hiaskanlah cinta di jari manisku
Sinarkan bagai gemerlap kencana
Tandakanlah kasih dimercu kalbu
Serikanlah purnama yang merindu

Wednesday, November 11, 2009

terasa..

MUNGKIN

ku lihat diwajahmu,
tiada tarikan,
ku lihat digayamu,
sudah ketinggalan,
kau harus tahu kita hanya bisa berteman,
hanya berteman saja,
tak lebih.

selama ini kita,
banyak bertemu,
walaupun daku sudah berpunya,
kau lebih memahami,
lebih mengerti,
tapi ku malu kau bukan sepertiku.

ku cuba berhenti,
dari memikirkan segalanya tentangmu,
namun aku gagal,
menguasai hatiku dan perasaanku,
tak mungkin,
takmungkin ku jatuh cinta.

biarkanlah saja,
hatiku berkata,
binggung memikirkan tentang hubungan kita,
mungkinkah ini cinta,
cita sejati,
yang ku cari selama ini.

setiap detik waktu,
ku cuba mengerti,
perasaan hatiku,
yang kian dalam,
menginginkan dirimu,
setiap waktu,
setiap waktu dalam hidupku.

setelah engkau pergi,
baruku sedar,
baruku rasakan kehilangan,
kini aku mengerti,
perasaan ini,
rasa yang tak pernah ku alami.




Friday, November 6, 2009

alahai hawa....~

badan sebenarnya masih rasa lemah. entah kenapa,satu hari ni terasa lemah. mengantuk. tak larat. pulang dari kelas tadi terus ke farmasi. beli ubat yang tak cukup tgh hari tadi. sampai je rumah..terbau sesuatu yang lazat. untung dapat housemate yang rajin. [terima kasih shu dan mekda]. badan lesu sangat. tapi gagahkan juga. nasib baik la housemate jenis melayan je aku merapu.

selesai solat asar,telefon rumah. tak dapat. telefon abah,tak angkat. akhirnya,telafon emak..berjawap. mereka dalam perjalanan nak jemput hajar kat UPM. td,aku tengok cerita KASIH TERCIPTA. episod 3. cukuplah satu hari satu episod. bangun nk mandi,tiba-tiba aku pening. semua berpusing. aku berhenti,menstabilkan diri. hmm..macam tulah aku sejak akhir2 ni. kalau ok tu,sihat je. kalau tak ok tu,memang sampai ke malam lah aku tak ok.

apa sebenarnya masalah aku ni,aku pon tak tahu. yang aku tahu,tadi DR. ABUL FAZIL cakap...aku anemia dan BP aku rendah. dia macam terkejut jugak la,sebab sangat rendah. hmm..harap2 cepat la semua ni berlalu. sebab exam dh nk dekat ni. lagi 2minggu.

malam ni,aku tak tahu la,aku patutnya study pharmac. tapi,lepas mandi pon masih tak bermaya.