Sunday, March 29, 2009

DAN.........[aku bosan]

DAN SEBENARNYA - YUNA -


oh bulan
jangan layan diriku lagi
pabila,
air mata membasahi pipi
dan lagu2 di radio seolah2 memerli aku
pabila,
kau bersama yg lain

adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu
kau juga merindui aku

ku enggan
berpura pura ku bahagia
ku enggan
melihat kau bersama si dia
oh ku akui cemburu
telah menular dalam diri
pabila
kau bersama yang lain

adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu
kau juga merindui aku

pabila kau merenung matanya
ku rebah,
jatuh ke bumi
di saat kau benar-benar mahu pergi
seperti ku bernafas dalam air

adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu kau juga merindui aku
oh– 

Saturday, March 28, 2009

SIAPA YANG RAMPAS CINTAMU..[ lagu ni takde kne mengene dgn aku]

Harapan hatiku ingin hidup bahagia
Tetapi mengapa sering saja hati ini diluka
Baru ku cuba nak bercinta lalu engkau pun buat angkara
Mengapa mesti aku yang menjadi mangsa

Harapan untuk kekalan hanya tinggal igauan
Walaupun telah aku bertahan tapi apa kan daya
Retak akhirnya kasih kita tanpa ku tahu apa punca
Mudah benar kau mematah dahan asmara

Sampai bila harus diri ku begini... oh kekasih
Sampai bila mesti kau dera hatiku
Dimanakah janjimu yang kau tabur dulu
Sebelum kuserahkan cinta
Betapa... hancurnya hatiku

Siapa yang ganggu hatimu
Siapa yang rampas cintamu
Katakan padaku biarlah jelas segalanya
Siapa yang sedang kau sayang
Siapa yang sedang kau buru
Berterus teranglah dari kau terus menyiksaku

Friday, March 27, 2009

ngantoknye....ZZZZzzz...zzz...

dengan semangat berkobar2 aku menyiapkan assgmnt anat...[hahaha..ade bangga disitu,sbb slalu mlm sblm nk anta tu br siapkan..toing2..] tapi masalahnya...aku tetiba ngantok. ngantok y sampaikan aku tak tau mcm mne nk lukis otic ganglion. tgk gmba dlm buku..[dlm keadaan buku terbalik] pon tak tau mcm mne nk lukis. pastu aku termenung..amik keputusan nk mewarna dn melukis gmba2 lain..[mcm byk je..dua je kot y br siap..] serius...aku dh pandai mewarna..sebelum ni mmg hodoh...[adik aku y kck skali mewarna lg lawa]. terima kasih kat lctrr anat y rajin bg assgmnt byk2...bg la byk2 lagi...sy suke...[bunyi agak lain...nmpk sgt terpakse..hua3...]

abah dh kua hospital smlm..mmm..aku nk terang pon,aku bkn pakar sgt. blm jd dktor pon. tapi,dia cm ade prob dgn vein dia r. y aku tau..bnde tu akn effect venous return. so,dktr cm cut 20tmpat kat kaki dia,semata nk betulkan vein tuh.. aritu,aku kol dia, dia cite kat aku..adik laki aku yang kck skali tu sibuk tny dia byk soalan..

- "abah,dah abis bedah ke?"
- "dah...siap dah.."
- "sakit tak kene bedah?"
- "org lelaki...ye kuat...tak sakit...org pempuan je yang nangis cabut gigi.."

sebenarnya abah perli dia,sbb dia cabot gigi pon nangis..bukan sakit pon..ciwek...

-"abah perli adik ye...."

hua3...'adik'....? anak manje...kck skali..sbnrnya ktorg adik beradik mmg tak ngam sgt dgn dia. manje terlebih..[hahahaha...sebenarnya jeles..tu je...]

-"abah...jd,lepas ni kaki abah dah tak de la ye....?"

hahahhahahaha...gelak besa aku...ngok jugak budak nih.. hadoi....[eh,jap...bkn aku je y ckp dia ngok..abah pon ye...hahaha] tah pape..la bdk nih..biase la..budok2...imiginasi tinggi sgt...di tambah dengan pengaruh tv y melampau..

ingat lagi dlu...mse tu mak dgn abah cm ade selisih phm sket...[biase la..gadoh2 manje..eceh...] berlawan cakap kat dapor..aku dn adik2 y lain..wat bodo tgk tv..
tetiba..adik aku y kck skali ni dtg dekat mak dgn abah....dengan muka yang sedeyh gile r...klu korg tgk...msti rse nk nangis jgk r...

-"mak dgn abah jgn la cerai..."

hua3....gelak besa abah tyme tu jgk.. hadoi...ape la..adik aku seko ni...sgt2 terpengaruh dgn tv. lantak kau la...tp bgs jgk...perselisihan phm tu..habis takat tu je....hua3...tp,mmg nk gelak pecah perot tyme tuh.

Wednesday, March 25, 2009

ke'blur'an [merosakkan bahasa,jgn meniru aksi ini]

balik kelas tengah hari,aku mengantuk tahap tertinggi. kepenatan yang amat sangat. tapi sempat 'on' komputer nak tengok SPA Q. kenalah bufer. dan aku pon tidur dengan jayanya. berguling diatas katil yang kecik [ada hati nk beli katil qeen bila dah duduk rumah sendiri..hua3..ada bajet ke kak...????toing2..] nasib tak jatuh je.
sejam kemudian... terjaga,dengan mamai,tengok jam. 315??[lama sungguh minah ni tidur] dengan rasa menyesal sebab ketiduran yang panjang [bahasa apelah budak ni pakai]..aku bangun....tengok SPQ Q [kuang3...mengong!!ingatkan study..hampeh]. dah nak habis episod tu..kenalah tengok.

baca buku tak sampai setengah jam. pergi keluar berjumpa doktor gigi. lama sungguh prosedur menukar besi2 digigi. hahahaha....tapi yang penting,kali ni dia tak la dia tarik kuat sangat jadi boleh makan dengan jayanya..[hahaha..sakit pon makan jugak..penah ke aku pantang...mm...penah2..pantang jumpa,balun je..]

balik..jalan sorang2..dengan selumbernya. menuju ke bank. [di tegaskan!!! BUKAN UNTUK MEROMPAK] ATM je kot...nk rompak apenye... amik duit untuk bayar hutang [semestinya bukan hutang ah long..aku kat INDIA ye...tak de ah long kat sini]

singgah ke saibeen. menghabiskan separuh duit yang di keluarkan. beli calling kad dan topup. maka..tinggal lah duit cukup2 untuk bayar hutang...hehehe.... lepas selesai,kakak tu bagi aku satu kertas kecik. untuk digores. hahahaha.... 
"nk wat apa ni kak?" [aku tanya..sure r dalam BI..takkan dlm BM kot..]
"kamu tak tau ke macam mana nak guna..?"
"tak tahu.."
akak tu gelak...[amboi....sedap ko menggelakkan aku..]
dia pon wat kan la sume untuk aku...
"sebenarnya tu untuk apa?"
dia cuma cakap sebab aku topup lebih rs300...
tapi dia tak terangkan pon nak wat pe dgn bende tu...lantak kau la..wat la pape..

aku dah tak tau apa nk tulis...[toing2....] merapu.....je.









Saturday, March 21, 2009

serius aku geram!!

aku memang hangin satu badan.

"rasa nak tumbuk 100kali. pukul dengan kayu hoki 99kali. langgar dengan lori kayu balak 44kali. kisar dalam mesin daging kisar. campak dalam sungai amazon biar kena makan ikan pirana."

apa motif sebenarnya. cakap terus terang. jangan buat ia bertukar jadi benci. aku tak suka membenci. kerana sekali aku benci,aku tak tahu bila aku akan kembali normal.

macam orang separuh gila. kalau ikutkan hati lah. mujur masih waras dengan pemikiran separa matang.

jangan suka main api. sebab tak selamanya air itu akan jadi sejuk. adanya api,air juga boleh jadi panas.

ada yang membuatkan aku gembira..

afiq,hajar,aku....khaliq kat depan.

aku dan afiq.

alif dan aku.

meet my abah.

emakku..



[sesungguhnya aku merindui mereka.
tanpa mereka,aku takkan jadi macam mana aku sekarang]


sebenarnya hari ini aku rasa sangat sedih.rasa sangat sakit hati. aku rasa aku nak balik malaysia hari ini juga.aku nak bersama mereka. sebab bersama mereka,sikit pun aku rasa diri ini tidak berguna. aku sentiasa diri aku berharga. diri aku dipelihara,dilindungi dengan sepenuh hati.

Thursday, March 19, 2009

akhirnya siap juga bajuku...

hmm..bilalah aku akan jadi dewasa. umur sudah hampir 21tahun..masih terasa budak2.




aku pernah mengimpikannya suatu masa dahulu...
aku pernah kehilangannya. 
dan kali ini,aku tak mahu dia hilang untuk kali kedua.


[doakan aku tidak lagi kehilangannya. kerana,andai sekali lagi aku kehilangannya,itulah kali terakhir aku akan menjumpainya]

pergi hospital..

hari ini aku pergi ke hospital untuk pemeriksaan mata. hmm..aku tak tahulah berapa banyak cahaya yang masuk dalam mata aku dan menyebabkan aku sakit kepala sehari ini. mula-mula..daftar..lepas itu,aku dan an naik ke tingkat satu bilik nombor 6. ramai sungguh mereka yang hendak memeriksa mata. kebanyakan mereka yang telah berusia. aku dipanggil untuk buat pemeriksaan. mula2 dia suruh aku tanggal spec dan baca tulisan. satu pon aku tak blh baca. hahaha..siapa suruh dia minta aku tanggal spec. pakai semula spec. baru boleh baca.

aku diminta masuk ke bilik yang lebih kecil. kali ni dia gunakan cahaya direct masuk ke mata. sakit. banyak kali juga. selepas itu dia keluar meninggal aku. ada urusan lain barang kali. kepala aku dah mula berdenyut. dia masuk kembali. meminta aku duduk di kerusi menghadap papan putih. sekali lagi aku diminta menanggalkan spec. dan diminta baca tulisan. memang,satu pun aku tak boleh baca. hanya nampak satu garisan hitam melintang. dia beri aku pakai spec kartun. hahaha...bagaimana agaknya rupa aku masa itu. dia meminta aku baca melalui satu lubang kecil,aku masih tak boleh baca. kali ini dia letak cermin yang agak gelap,mengurangkan cahaya yang masuk kemata aku. kali ini aku dapat melihat dengan jelas.

"mmm...power spec masih sama. jadi,apa masalah awak sebenarnya?"
"owh..saya tak boleh tengak cahaya..makin kerap sakit kepala,mata jadi berair.."
dia bangun dan meminta aku tunggu diluar. aku diminta berjumpa doktor lain. dibilik lain. kali ini aku di minta melihat mata pen. dia gerakkan pen mendekati aku. 
"bagitahu saya kalau awak nampak mata pen ini jadi dua"
selesai membuat eksperimen,dia mencatat sesuatu.
"tunggu di laur dulu. nanti saya panggil lagi"

aku tunggu diluar. dan buat kali ketiga aku dipanggil. kali ini berjumpa doktor lain. dia memeriksa mataku sekali lagi. kali ini menggunakan alat yang aku lihat dia bilik sebelum ini.
alat itu membuatkan lebih banyak cahaya yang masuk ke dalam mata. kepala makin berdenyut.
"mata awak ok..tak ada fundus..."
sekali lagi dia membuat eksperimen yang doktor sebelum ini buat.
"mata awak ni teruk" tiba2 dia cakap macam itu. aku terkejut.
"muscle kat mata awak lemah"
dia ajar aku buat senaman mata..hahahahah..dan aku perlu buat 3kali sehari. setiap kali buat,kena buat 10kali. tadi dah cuba buat. hahahahaha...sakit kepala. papa pun tetap kena buat. 2minggu lagi kena jumpa dia balik....hua!!!!malasnya..... 

[tapi yang menariknya hari ini, aku berpeluang melihat mata an mejadi besar....]

hadis 3

HADIS 3

عَÙ†ْ Ø£َبي عَبْدِ الرَّحمنِ عبدِ الله بْÙ†ِ عُÙ…َرَ بْÙ†ِ الخطابِ رضي الله عَÙ†ْÙ‡ُÙ…َا Ù‚َالَ: سَÙ…ِعْتُ رَسُÙˆْÙ„َ ا للهِ
صَÙ„َّÙ‰ اللهُ عَليهِ ÙˆَسَÙ„َّÙ…َ ÛŒَÙ‚ُولُ: (( بُÙ†ِÙŠَ الإِسْلاَÙ…ُ عَÙ„َÙ‰ Ø®َÙ…ْسٍ: شهادَØ©ِ Ø£َÙ†ْ لاَ Ø¥ِلهَ Ø¥ِلاَّ الله ÙˆَØ£َÙ†َّ Ù…ُحمدً ا
رَسُولُ الله، ÙˆَØ¥ِÙ‚َامِ الصَّلاةِ، ÙˆَØ¥ِÛŒْتَاءِ الزَّØ¢َاةِ، ÙˆَØ­َجِّ الْبَÙŠْتِ، ÙˆَصَÙˆْÙ…ِ رَÙ…َضَانَ )). رواه البخاري
ومسلم.

Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn 'Umar ibn al-Khatthab ( رضي الله عنهما ) beliau berkata: Aku
telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:
lslam itu teribna atas lima perkara: Naik saksi mengaku bahawa sesungguhnya tiada Tuhan melainkan
Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad itu adalah Utusan Allah, Mendirikan sembahyang,
mengeluarkan zakat, mengerjakan haji ke baitulLah dan menunaikan puasa pada bulan Ramadhan.
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan al-lmam Muslim (Al-Imam al-Bukhari meriwayatkannya dalam Kitab (al-
Iman) bab
باب الإیمان وقول النبي صلى الله عليه وسلم بني الإسلام على خمس)) ) hadis nombor 8. Al-Imam Muslim dalam bab ( باب بيان
أرآان الإسلام ودعائمه العظام) hadis nombor 16).

Pokok Perbincangan Hadis :

1) Binaan Islam :
Diibaratkan sebagai penyelamat manusia yang mengeluarkannya dari daerah kekufuran dan
melayakkannya masuk syurga serta jauh dari neraka.
Struktur binaan yang kemas dan kukuh dengan asas-asas dan cabang-cabangnya.

2) Ikatan Antara Rukun-Rukun Islam :
Sempurna iman bagi yang menerima sepenuhnya.
Bagi yang menolak semuanya - hukumnya kafir
Sesiapa yang ingkar salah satu - bukan muslim (ijma)
Sesiapa yang menerima tapi malas melakukannya (kecuali syahadah) - fasiq
Sesiapa yang melakukan dan iqrar secara pura-pura - munafiq

3) Matlamat Ibadat :
Syahadah - syarat diterima amalan lain.
Solat - penghubung antara hamba dengan tuhannya - pertama dihisab .
Zakat - suburkan harta/ berkat - sucikan diri.
Haji - tidak harus bagi orang yang berkemampuan untuk itu melewatkan pemergiannya - wajib
segerakan.
Haji Mabrur merupakan sebaik-baik jihad.
Puasa - syahwat dikengkang/ maksiat terhindar - sebab kepada ketinggian darjah di sisi Allah.

Pengajaran hadis:
Hadis ini juga menerangkan tentang rukun lslam lima perkara. Hadis ini mengumpamakan lslam
sebagai sebuah binaan yang tertegak megah dengan lima batang tiang. Tanpa lima perkara ini lslam
seseorang akan goyah dan runtuh. lni membayangkan betapa rukun-rukun ini mestilah ditegakkan oleh
setiap muslim dengan penuh ikhlas dan tanggungjawab. Menegakkan rukun lslam bermakna
kesempurnaan, keteguhan, keutuhan dan keelokan binaan lslam sebaliknya kecuaian bererti
keruntuhan, kehancuran dan kemusnahan lslam.

Wednesday, March 18, 2009

centrum...

terima kasih buat dia yang bagi benda ni kat aku.. agak membantu..aku menjadi kurang ngantuk. pagi,aku dapat bangun dan baca buku. selalunya aku pasti tewas dengan mengantuk. 

hari ini..aku pergi menonton fesyen show. macam2 pakaian yang aku tengok. tradisional,moden. sopan,seksi. bergaya,serabai dan serabut. apa pun yang pasti aku cuma berkenan dengan baju kebaya dan baju melayu. sopan,ringkas,senang dipakai. melihat dari pemakaian,aku terfikir pada manusia sekarang yang makin miskin. tidak mampu membeli kain dan material yang cukup untuk menutup tubuh...apa pun,fikir2kan lah. 

dalam keseronokan menonton..tercalit sedikit rasa kesal dan sedih.. hati ini jadi sedih kerana tidak tahu bagaimana ingin menerangkan kepadanya. mungkin persekitaran kami berbeza. jadi dengan itu aku bersyukur menjadi rakyat malaysia. walaupun malaysia bukan lah negara yang sepenuhnya mengikut undang2 islam..tapi..masih ada yang sedar akan kepentingan halal dan haram..

aku menulis bukan untuk mengata. jauh sekali untuk memburukkan. tapi untuk peringatan pada diri sendiri dan mereka yang sempat singgah disini....

maaf...

Tuesday, March 17, 2009

kurik kundi..

aku terpanggil untuk post lagu ini. agak menarik..nyanyian dato' siti..



(ramai):
nak berkhabar tingginya budi kita ya tuan
nak berkisah kaya tutur bicara
kalau tinggi untung jadi bintang 
oh..oh..oh...oh..
kalau rendah masih jadi intan

(solo):
teratak mahligai bak dipayung teduhnya
bila budi melingkar anak asuhan
adat yang lama berbudi berbahasa
akar kehidupannya

(ramai):
yang kurik itu kundi
yang merah saga
baik budi indahlah bahasa
oh..oh..oh...oh
pantun lama tinggi kiasannya

(solo):
berpantun seloka sambil menari canggung
serentak melangkah rentak timur diarak
gurau senda
sopannya dijaga
sepakat makin kukuh terikat

(loghat utara)(ramai):
hang dok pi hang dok mai
lagu tu lagu mana
pi sini pi sana depa menghela sakan
awatlah dok kalut megah condong ke barat
mai kita..
(solo):
pakat tarik ramai ramai
biar ke timur condongnya....(tu kah)

(ramai):
nak berkhabar tingginya budi kita ya tuan
nak berkisah kaya tutur bicara
kalau tinggi untung jadi bintang
oh..oh..oh..oh..
kalau rendah masih jadi intan

(Perak)(solo):
ada...O...ada..E....bunyinya tidaklah serupa
erti tidak berbeza
(ramai): 
betoi yong betoi sungguh
betui ape dikate
(solo):
selembut tarian hoi...
nak muda berlotah
tutur bahasanya
(ramai):
maghi yop maghilah yong
maghi kita memikio
parit dengan kuala
cakap tidak serupe....(ateh)

(solo):
dihitung beratus-ratus bilangan
digali beratus-ratus terpendam
di lubuk yang mana,
tak terjangkau ingatan
makin dibongkar makin banyak yang terpendam
(ramai):
di sini ibunya
tersurat kurik itulah kundi
tertulis merah itulah saga
saga dalam lagu pada indah syairnya
kundi dalam tarian indah lenggok tarinya
aduhai indahnya

(Negeri sembilan)(solo): 
mana usang diperbaharui
mana lapok hai dikajangi
mana elok dipakai ondeh dipakai
kalau singkat cantik manis 
disambungkan
kalau panjang cantik manis
minta dikerat...(yo lah)
(ramai):
yo sungguh yo bonar
kato sungguh dikato
(solo):
muafakat ya tuan
ibu adat ya ondeh tidak dilupa

tak boghadat
minum tidak bergula
tak bobudi
pohon tidak berbuah
tak boghadat
minum tidak bergula
tak bobudi
bagai pohon tidak berbuah

(ramai):
yang kurik itu kundi 
yang merah saga
baik budi indahlah bahasa
oh..oh..oh..oh..
pantun lama tinggi kiasannya

(Kelantan) (solo):
halus manis hai bila berkata
hai lapik berkias 
molek sungguh lah wei
santun lakunya wei merendah suara
bagai berpayung wei rasa teduhnya
(ramai):
teghtek teghning oghe kito
hok tu keno jago
jange sape berlete kale
l'uar napok come
jange d'ale habih k'uca lembe
l'uar napok come
jange d'ale habih k'uca lembe

(Sabah) (solo):
membubutlah bayu
lalu limpas siring semalu
mengalai bagai tari sesuku
tari sesuku

(Sarawak) (ramai):
selembut madah begitu taghi
sek ada sakit ghasa di hati
kame' nyambut madah tuan hulurkan
kita' nyambut madah kame' tuturkan

(ramai):
nak berkhabar tingginya budi kita ya tuan
nak berkisah kaya tutur bicara
kalau tinggi untung jadi bintang
oh..oh..oh...oh
kalau rendah masih jadi intan

yang kurik itu kundi
yang merah saga
baik budi indahlah bahasa
oh..oh..oh..oh..
pantun lama tinggi kiasannya 

aku..

hari ini,tak ada disect. jadi aku,shu dan elly duduk di muzium anatomy. menghabiskan membaca parotid region yang agak banyak. malam ni,aku cuba untuk buat nota. hanya sempat menghabiskan parotid gland. facial nerve aku tinggalkan. penat menulis mungkin... esok,akan ku sambung. sambil menyiapkan nota,aku makan toblerone. tiba-tiba mengingatkan aku pada seseorang. katanya,dia tak pernah makan toblerone..aku tersenyum sendiri. tak apa..nanti,aku belikan untuknya. 

sedang menulis,aku lihat botol air atas meja. baru aku sedar,hari ini aku kurang minum air. teringat pesan abah..minum air banyak.. hmm..aku tak tahu kenapa,aku semakin kurang minum air. padahalnya,dulu aku seorang yang kuat minum air. tak kisahlah..mungkin kesibukan menyebabkan aku lupa untuk minum air.

malam ini,sebelum tidur..aku tertarik untuk menulis. padahal,dalam kepala ku,belum ada lagi apa yang hendak aku tulis.. esok,hari yang lain akan bermula. hari yang akan makin hampir dengan peperiksaan. bak kata an,ada 49 hari lagi untuk 3rd sessional. walau apapun,aku tetap risau. dan aku sangat risau. keputusan peperiksaan aku sebelum ini,bukanlah boleh dibanggakan. walau pun tidak gagal,tapi..lulus hanya sekadar cukup makan. aku tak tahu lah,dapatkah aku jawap periksa kali ini dengan jayanya.

aku menjadi teringat emak dan abah. aku menjadi seorang yang sangat sensitif sejak akhir2 ini. cepat tersentuh,mudah menangis. entah..mungkin aku jauh dari keluarga..aku jauh dari adik2 aku. walau pun acap kali kami bergaduh..tapi..tetap ada masa yang kami gembira dan ketawa...

panjang sungguh aku merapu..aku berharap..malam ini aku dapat mimpi yang indah. aku dapat rehat yang cukup,untuk aku teruskan kehidupan dan pembelajaran aku dengan lancar. mak..abah...awa rindu mak dgn abah.. aja..alip..afiq..khaliq..belajar elok2... selamat malam... awa sayang korang semua.. 

[malam ini..aku bukan sahaja rindukan keluargaku.. aku rindukan kekasih ku yang sudah lama meninggalkan aku..yang meninggalkan padaku warkahnya,kebaikannya..dan kenangannya. kerinduan ini menyebabkan aku sebak....adakah aku layak berada disampingnya kelak...?? itu yang membuatkan aku takut dan risau...]

Monday, March 16, 2009

nasi lemak....



semalam..aku buat nasi lemak..dengan shu..aku tak tau la dah berapa lama aku tak buat nasi lemak. kalau tak silap,kali terakhir aku buat,masa aku di tingkatan 2. masa itu masih lagi bergelar pelajar s.m.k.a maahad hamidiah.. haha..nasib baik masak makanan tu,bolehlah jugak dimakan.
walaupun sambal itu agak pedas..



sambal sotong..sotong beli dengan zahida di fish market...agak murah jugak la..



nasi lemak yang aku kira..macam tak cukup santan..



satu yang tak cukup..ikan bilis goreng.. tak ada..

malam itu..lepas loceng..kitaorang makan ramai2 kat bilik aku. terfikir..nanti,bila masing2 dah ada rumah sendiri..jarang2 la dapat makan ramai2 macam tu..

karena ku sayang kamu...

Seandainya kau ada disini denganku
 Mungkin ku tak sendiri
 Bayanganmu yang selalu menemaniku 
Hiasi malam sepiku 
Kuingin bersama dirimu
 Ku tak akan pernah berpaling darimu 
Walau kini kaujauh dariku 
'Kan slalu kunanti
 Karena ku sayang kamu 
 Hati ini selalu memanggil namamu, dengarlah melatiku 
Ku berjanji hanyalah untukmu cintaku 
Takkan pernah ada yang lain 
Adakah rindu dihatimu, seperti rindu yang kurasa 
sanggupkah terus terlena, tanpamu di sisiku 
Ku 'kan slalu menantimu

Friday, March 13, 2009

bismillah...

setelah lama menutup blog aku yang lepas..kini aku kembali menulis..
alhamdulillah..hidup sekarang makin baik..setelah menilai kembali apa yang kurang dan apa yang perlu dibetulkan. yang penting sekarang,aku perlu bersedia untuk 3rd sessional,sekaligus..final exam yang akan menjelang bulan 5 ini. abah pesan,selagi kita berusaha..bertawakal,Allah akan tolong kita. abah kata..kalau sedih,tak bersemangat..tengok balik surah dhuha dan surah al insyirah..partinya ada penyelesaian..dan dapat kembali semangat yang hilang.. insyaAllah..