seperti biasa,aku akan kejut dia untuk bersolat subuh. tapi kali ini,terasa tidak mahu mengejutkannya. rasa hendak menatap wajah tenang itu lebih lama. ingin saja dicium wajah itu berkali2. mahu saja dipeluk tubuh itu tanpa rasa ingin melepaskan. air mata bergenang lagi. ya Allah,kuatkanlah hambamu ini.
aku cuma mampu menghantarnya sehingga ke teksi sahaja. tidak sanggup menghantarnya sehingga ke airport. takut aku terasa kesunyian itu. walau tak sampai 2mggu kami bersama,tapi kehadirannya cukup buat aku rasa sungguh bahagia. dua bulan kami berkahwin,cuma 15 hari kami bersama. itu jalan yang kami pilih,aku redha.
selesai mencium tangannya mengucapkan selamat,dengan penuh kerisauan aku melepaskan dia berlalu masuk ke dalam kereta. hatiku makin sebak. kusembunyikan air mata disebalik senyuman pahit. perlahan melangkah ke hospital. pulang dari hospital,bercadang hendak menulis laporan usrah yang tertunggak. perlahan aku membuka pintu bilik...tiada lagi senyuman dan ciuman sambutan mesra dari suamiku. tiada lagi suaranya yang meminta aku membuatkan milo untuknya. tiada lagi tangan yang mengusap kepalaku. hmm..mlm ini pastinya akan jadi lebih susah.
perlahan aku mencapai laptop dimeja kecil. aku alihkn ke meja besar. tempat dimana dia duduk mengadap laptopnya. kini kosong... hanya tinggal barang2 aku sahaja. dengan cermat aku membuka laptop. sepucuk surat terselit di dalam laptopku. kali ini, aku tidak dapat menahan lagi air mata ku.. ku buka dan aku baca surat itu.
air mata aku tak tertanggung. semuanya aku biarkan tanpa tertahan.. aku rindukan suamiku.
"abang.....ayang minta maaf atas segala kekurangan sepanjang abang berada disini. halalkan segala yang ayang dah ambil dari abang. ayang akan terus cuba untuk jadi yang lebih baik untuk abang..sayang abang sangat2. rindu abang sangat2.."
dan sekarang..sewaktu aku menulis ini. aku menangis lagi.
1 comment:
Hidup penuh dengan perjumpaan dan perpisahan, berulang-ulang kali.. Hinggalah nanti perpisahan yang terakhir di dunia dan perjumpaan abadi di akhirat.
ps: Moga kalian bahagia hingga akhir hayat.
Post a Comment