Sunday, February 27, 2011

CNY in mangalore!!!! food lagiiiii..~

hadiah sbb dapat jawap kuiz CNY.
 makan lagi..~ tapi kali ni kene bayar. keh keh keh. tak pe...makan punye pasal. aku tak penah nk berkira. tahun ni sambutan lebih meriah. mgkin sbb ramai junior. dan mgkin sbb wat kat tempat yang kecik.
"chefs" antara chinese restaurant yang ade kat india nih. aku sbnrnya tak la ske sgt mknn kat cni. tapi,mlm ni..mknn dia mmg bes. menu:
1. sweet corn ciken soup.
2. nasi goreng sayur.
3. mee goreng sayur.
4. ayam crispy.
5. ayam masak ape tah. [mancurian kot]
6. sayur cmpur y bes. [ade brokoli]
7. dimsum. [ayam dan udang]
8. askem vanila.
ayam crispy dan abg tukang bg mknn.


huhuhu..klu tak silap bnde ni dbli di msia.
meriah je..siap ade ikan lagi.
aku dan shusupian [housemate]


tahun ni kn tahun arnab. [ni lukis sendiri ni. keretip sungguh bdk2 junior]
aku mkn tak byk sangat. tak tambah pon. mkn se"round" je. mgkin sebab aku tak minat sangat kot mknn dia. tapi aku taktau bape byk bdk ni dh mkn. lepas abis se"round",dia mkn sayur je. pastu aku tgk dia mkn ayam crispy lak. pastu askem lagi. tapi bgus gak. kurus sgt bdk nih. dh la tggi. lg la nmpk kurus. hehehe...
yosh!! elly..~ mkn lagi. siap tapau lak. kagum aku.


ok....aku pon taktau knp perlu ade gamba ni sebagai ending. hahahahahaha.










Friday, February 25, 2011

food hunting!!!


1st event :
tahniah buat tukang masak berjaya.[tika,rozek dan bob] walau tanpa menggunakan bahan api,tetap dapat memasak dgn jayanya. serius!!! sedap gilozz!!! menu :
1. coconut shake.
2. thai somtam.
3. triffle.
4. fruit salad.
huhu..tahun nih,msian dh sumbang 2 bende utk interclass. netball [johan] dan ni pulak..cooking without fire [no.3]. caya lah!!!
 2nd event :
happy besday suhaili..~
walau ko punye besday dh lepas. baru nk wat party arini. aku tak kesah. yang penting,aku dapat makan dgn sangat banyak.
menu :
1. ikan goreng letak sambal.
2. udang butter.
3. masak lemak labu.
4. nasi puteh.
5. buah betik.
6. onde-onde.
7. cheese kek.
8. kek tika buat. [aku tatau nama dia]
9. pisang goreng.

 tema dia pink hitam okeyh!!!! dan disebabkan dorg ni lebih byk y ade baju itam dan tudung pink. jadilah begini..
terima kasih pada orang y memasak...sedap. aku mkn 2nd round pon sama byk dengan 1st round. tu tak termasuk pencuci mulut lagi. aku pon taktau bape potong cheese kek y aku mkn. betik lagi. kek tika lagi. onde-onde lagi. huhuhuhuuu...heaven...~



food palsy..~
last skali aku dh tak larat nk mkn. duduk diam2 kat tepi sebelah sinki. lalalaaaa...~ aku terlebih mkn hari ni. alhamdulillah...

Thursday, February 24, 2011

ape y berubah lepas kawen?

huish!!! aku blk awal arini.. 1st time dapat blk awal dari posting ENT. bes sbnrnye posting ENT ni...lagi2 klu ade DR. MCH. [owh..sumpah! klu korg tny aku "MCH stand for what?" aku pon tak tau.] orang kat cni mmg ske wat shortfom name2 dorg.


bende 1st skali.....
cite pasal nama..lepas aku kawen nih, kengkawan aku kat cni [tempe la...bkn malaysian] sibuk tny aku..nk pggil aku dgn nama ape.. mrs hanafi or mrs jaafar. what the???? muslim kat msia tak penah la pulak nk tuka2 nama lepas kawen nih. komon la weyh..~ pggil aku hawa k..siti pon aku ske gak.. sbb t aku dh jd dktor,aku lagi ske org pggil aku DR. SITI...


*tempe adalah panggilan kitorg [msian] untuk orng local kat cni. asal dari perkataan "tempatan" kot. aku pon tatau sgt sejarah nama ni.

bende no. 2.....
satu lagi...aku rase la kn... "teori hanafi" [bak kata anum] mmg betul. sbb setau aku la..suami aku ni suka membaca.[ tapi bukan la bende2 y masuk exam. tapi baca suke2.] jadi,ade la tu dia baca kat mana2.
aku tak ingt sangat...tapi lebih kurang la...
selalunya,kalau kita tgk suami isteri..msti mcm nk serupa..dari segi rupa..gaya... so timbul la kata2 "orang kata kalau rupa nk sama,ade jodaoh..atau jodoh pjg" [macam aku dgn suami aku la..bak kata mak aku..'kenapa la ko cari muka pakwe dh nk sama..cuba tgk mcm mak dgn abah,lain.... mak cantik..abah hensem..."]
mengikut teori hanafi...kenapa mereka jadi serupa...sebab..
1.pemakanan..
2.enviroment..
3.pasangan cenderung utk mengikut gaya percakapan,gaya badan dan macam2 gaya pasangan y lagi satu.
hah! tu jeh y aku ingt. y lain aku tak bape nk ingt. korg nk tau..korng tanya sendiri r kat suami aku. dan aku rase..aku mengalaminya. aku pon dh terikut2 cara dia. contoh...
1. [bende paling aku tak suke dulu] kumpul baju kotor atas lantai.
2. berada dalam bilik tanpa kipas..[owh! dem.. india panas kot. mmg sepatutnya on kipas.] tp sbb dia,bila takde kipas pon,tak kesah sgt.
3. "komon la.." bende yang dia agak slalu jgak ckp. dan sekarang..aku pon dh mula gne.
mm..pastu ade la lagi perubahan yang aku rase tak sesuai nk cite. hahahahaha..

bende ke 3....
kalau aku kate kat cni..kalau dgn bdk tempe..aku lebih rmai kawan boys dari gurls..percaya ke? hahaha...tapi mmg tu la hakikatnya. so,kalau dulu aku blh aci redah nk studi dgn budak ni berdua..takde sape kesah. but sekarang!!!! hohoho...aku bini org dowh..~ jaga sikit hati laki la weyh... disebabkan suami aku ni mmg syg gile kat aku. kalau blh nk aku ni dia punye sorang... kena la cari kawan lagi..belajar ramai2.. dan..disebabkan aku ni nk jadi isteri solehah yang di kasihi suami...[aku baik tau] aku pon ikut la cakap dia..

bende ke 4...
selalu..gurlz..kalau y belum kawen la terutamanya... sibuk berdiet,jaga badan..jaga muka,jaga sume la. tapi aku ni..ikot suke je. kalau aku cakap aku ade pencuci muka,tapi aku penah je cecah 2 bulan tak gune pencuci muka tu..percaya ke? hah! aku malas la weyh..byk bende nk kne wat selain cuci muke. seingat aku,dalam sejarah idup aku..tak penah aku berdiet. pedehal...makan je sume bende. de ku kesah pasal berat aku? hohoho...plg berat aku penah capai..55kg.. agak berat sebenarnya utk saiz badan aku y kecik. tapi...lepas kawen ni..aku rase takut sket. berat naik tak kesah sangt...cuma risau takde shape..huhuhu...kena la jaga sket kn... baru la suami sayang lebih. ni tak...kdg2 gurlz ni..sebelum kawen je jaga sume bende,dah kawen...sume bende terabai. isk3....patutnye..lepas kawen la nk kne jaga lebih...dapat pahala extra..keh keh keh..

yang ke 5..
aku perasan...sekarang ni aku lebih suka berkhaluwat. berkhaluwat? what the???????. weyh...weyh... apenih...aku mne de mencarut ke ape... berkhaluwat tu kn maksudnya bersendiri..mengasingkan diri.. rasulullah sendiri pon pernah wat.. aku pon muskil..nape aku jadi cmtu. aku lebih byk habiskan masa dalam bilik. wat nota..studi...baca artikel.. tapi bagus gak. berilmiah sket aku nih. tak la tertinggal je.

hoho...aku bau makanan la. lapa dh ni. t kne g kelas lak.. perot dh berkeroncong utk ana dh ni.. lalala...~ malam ni dapat mkn free..yes..!! food hunting.

Tuesday, February 22, 2011

meruntun jiwa berlagu kasih.

tuhan saja yang tahu,betapa aku sedih menangis di dalam hati. hari ini dia pulang ke jerman. meninggalkan aku meneruskan perjuangan di bumi india. malam semalam,walaupun dia berada tidur disebelah aku,jiwa aku dipenuhi rindu. ditambah rindu pabila menyedari hakikat yang dia akan pulang. ya Allah,selamatkanlah perjalanan suamiku. sesungguhnya hanya Engkau tempat aku meminta pertolongan.

seperti biasa,aku akan kejut dia untuk bersolat subuh. tapi kali ini,terasa tidak mahu mengejutkannya. rasa hendak menatap wajah tenang itu lebih lama. ingin saja dicium wajah itu berkali2. mahu saja dipeluk tubuh itu tanpa rasa ingin melepaskan. air mata bergenang lagi. ya Allah,kuatkanlah hambamu ini.

aku cuma mampu menghantarnya sehingga ke teksi sahaja. tidak sanggup menghantarnya sehingga ke airport. takut aku terasa kesunyian itu. walau tak sampai 2mggu kami bersama,tapi kehadirannya cukup buat aku rasa sungguh bahagia. dua bulan kami berkahwin,cuma 15 hari kami bersama. itu jalan yang kami pilih,aku redha.

selesai mencium tangannya mengucapkan selamat,dengan penuh kerisauan aku melepaskan dia berlalu masuk ke dalam kereta. hatiku makin sebak. kusembunyikan air mata disebalik senyuman pahit. perlahan melangkah ke hospital. pulang dari hospital,bercadang hendak menulis laporan usrah yang tertunggak. perlahan aku membuka pintu bilik...tiada lagi senyuman dan ciuman sambutan mesra dari suamiku. tiada lagi suaranya yang meminta aku membuatkan milo untuknya. tiada lagi tangan yang mengusap kepalaku. hmm..mlm ini pastinya akan jadi lebih susah.

perlahan aku mencapai laptop dimeja kecil. aku alihkn ke meja besar. tempat dimana dia duduk mengadap laptopnya. kini kosong... hanya tinggal barang2 aku sahaja. dengan cermat aku membuka laptop. sepucuk surat terselit di dalam laptopku. kali ini, aku tidak dapat menahan lagi air mata ku.. ku buka dan aku baca surat itu.

air mata aku tak tertanggung. semuanya aku biarkan tanpa tertahan.. aku rindukan suamiku.

"abang.....ayang minta maaf atas segala kekurangan sepanjang abang berada disini. halalkan segala yang ayang dah ambil dari abang. ayang akan terus cuba untuk jadi yang lebih baik untuk abang..sayang abang sangat2. rindu abang sangat2.."

dan sekarang..sewaktu aku menulis ini. aku menangis lagi.

Sunday, February 6, 2011

ya Allah..andai itu ujianMu..

aku redha ya Allah..
ya Allah...kerana dia suamiku..kerana dia cintaku...
jauhkanlah aku dari sedikit pun rasa marah, rasa kecil hati, rasa benci pada dirinya.
kerana redhaMu itu adalah redha suami ku.

sungguh aku rindu..
aku manusia biasa yang cuma berharap menjadi yang terbaik utk suamiku.
kerana itu,tabahkanlah aku ya Allah.
jadikan lah aku seorang yang sabar dan redha ya Allah.

tenangkan lah hatinya ya Allah.
kerana ketenangannya adalah ketenanganku.
kuatkan lah semangatnya ya Allah.
kerana kekuatannya adalah kekuatan ku...

sungguh tidak sanggup aku mendengarnya menangis lagi ya Allah.
cukuplah dia menangis keranaku sebelum dia bergelar suamiku.
hati isteri mana yang sanggup mendengar,suara seorang lelaki menangis,apakan lagi itu suaminya.
meruntun jiwa..
andai saja aku bersamanya..akan ku tolong apa terdaya.
biarlah dia menangis kerana gembira kesyukuran..jgnlah dia menangis kedukaan.

ayang utk abang sorang. tiada yang lain.
ayang tidak sempurna...ayang juga juga tak berharap utk abg menjadi sempurna..
maaf ayang tidak dapat memenuhi harapan abang,bersedia utk abg bila2 masa dan mengorbankan perasaan dan emosi ayg.
ayang cuba..sedang cuba,dan akn terus cuba.. ayang harap percubaan ayang membawa perubahan yang dpt dirasa oleh abang.
maafkan ayg kerana tidak sempurna.

Wednesday, February 2, 2011

tiap hari sayang..

macam mana pon dia...dialah lelaki terbaik pernah aku jumpe dlm dunia. memang la kadang2 tu dia lambat sket nk tangkap ape y aku maksudkan sebenarnye...tapi...serius,dia mmg penyabar. untung...sapa dapat jadi bini dia.. siapa la tu kn...? huahuahua. aku lah tu..[bangga2..] ye..aku ni mmg bukan perampuan yang lemah lembut..sopan santun..menjaga tutur kata. aku ni aci redah je... aku harap mak mertua aku tak pening dgn aku nih. adoi..dh la tak bape blh harap. nk masak pon tak reti. naseb baik la laki aku mkn je ape aku masak. [eh jap..seinagt aku,baru dua kali aku masak tuk dia.] huahuahua.

sungguh..aku tak sabar nk tggu 11hb...dia nk dtg cni....~ huuu~ rindu giler.. mau tak gile. baru kawen 5 hari dh kne berpisah lain benua. sangap dowh!!!! aku dh asyik membilang hari je. sabar cik kak,sabar.... mggu depan sampai la laki ko tu.... aku doakan dia selamat sampai cni.... huhuhuuuuu..taksaba2. xcited giler!! [love palsy]