aku diminta masuk ke bilik yang lebih kecil. kali ni dia gunakan cahaya direct masuk ke mata. sakit. banyak kali juga. selepas itu dia keluar meninggal aku. ada urusan lain barang kali. kepala aku dah mula berdenyut. dia masuk kembali. meminta aku duduk di kerusi menghadap papan putih. sekali lagi aku diminta menanggalkan spec. dan diminta baca tulisan. memang,satu pun aku tak boleh baca. hanya nampak satu garisan hitam melintang. dia beri aku pakai spec kartun. hahaha...bagaimana agaknya rupa aku masa itu. dia meminta aku baca melalui satu lubang kecil,aku masih tak boleh baca. kali ini dia letak cermin yang agak gelap,mengurangkan cahaya yang masuk kemata aku. kali ini aku dapat melihat dengan jelas.
"mmm...power spec masih sama. jadi,apa masalah awak sebenarnya?"
"owh..saya tak boleh tengak cahaya..makin kerap sakit kepala,mata jadi berair.."
dia bangun dan meminta aku tunggu diluar. aku diminta berjumpa doktor lain. dibilik lain. kali ini aku di minta melihat mata pen. dia gerakkan pen mendekati aku.
"bagitahu saya kalau awak nampak mata pen ini jadi dua"
selesai membuat eksperimen,dia mencatat sesuatu.
"tunggu di laur dulu. nanti saya panggil lagi"
aku tunggu diluar. dan buat kali ketiga aku dipanggil. kali ini berjumpa doktor lain. dia memeriksa mataku sekali lagi. kali ini menggunakan alat yang aku lihat dia bilik sebelum ini.
alat itu membuatkan lebih banyak cahaya yang masuk ke dalam mata. kepala makin berdenyut.
"mata awak ok..tak ada fundus..."
sekali lagi dia membuat eksperimen yang doktor sebelum ini buat.
"mata awak ni teruk" tiba2 dia cakap macam itu. aku terkejut.
"muscle kat mata awak lemah"
dia ajar aku buat senaman mata..hahahahah..dan aku perlu buat 3kali sehari. setiap kali buat,kena buat 10kali. tadi dah cuba buat. hahahahaha...sakit kepala. papa pun tetap kena buat. 2minggu lagi kena jumpa dia balik....hua!!!!malasnya.....
[tapi yang menariknya hari ini, aku berpeluang melihat mata an mejadi besar....]
No comments:
Post a Comment