Tuesday, March 17, 2009

aku..

hari ini,tak ada disect. jadi aku,shu dan elly duduk di muzium anatomy. menghabiskan membaca parotid region yang agak banyak. malam ni,aku cuba untuk buat nota. hanya sempat menghabiskan parotid gland. facial nerve aku tinggalkan. penat menulis mungkin... esok,akan ku sambung. sambil menyiapkan nota,aku makan toblerone. tiba-tiba mengingatkan aku pada seseorang. katanya,dia tak pernah makan toblerone..aku tersenyum sendiri. tak apa..nanti,aku belikan untuknya. 

sedang menulis,aku lihat botol air atas meja. baru aku sedar,hari ini aku kurang minum air. teringat pesan abah..minum air banyak.. hmm..aku tak tahu kenapa,aku semakin kurang minum air. padahalnya,dulu aku seorang yang kuat minum air. tak kisahlah..mungkin kesibukan menyebabkan aku lupa untuk minum air.

malam ini,sebelum tidur..aku tertarik untuk menulis. padahal,dalam kepala ku,belum ada lagi apa yang hendak aku tulis.. esok,hari yang lain akan bermula. hari yang akan makin hampir dengan peperiksaan. bak kata an,ada 49 hari lagi untuk 3rd sessional. walau apapun,aku tetap risau. dan aku sangat risau. keputusan peperiksaan aku sebelum ini,bukanlah boleh dibanggakan. walau pun tidak gagal,tapi..lulus hanya sekadar cukup makan. aku tak tahu lah,dapatkah aku jawap periksa kali ini dengan jayanya.

aku menjadi teringat emak dan abah. aku menjadi seorang yang sangat sensitif sejak akhir2 ini. cepat tersentuh,mudah menangis. entah..mungkin aku jauh dari keluarga..aku jauh dari adik2 aku. walau pun acap kali kami bergaduh..tapi..tetap ada masa yang kami gembira dan ketawa...

panjang sungguh aku merapu..aku berharap..malam ini aku dapat mimpi yang indah. aku dapat rehat yang cukup,untuk aku teruskan kehidupan dan pembelajaran aku dengan lancar. mak..abah...awa rindu mak dgn abah.. aja..alip..afiq..khaliq..belajar elok2... selamat malam... awa sayang korang semua.. 

[malam ini..aku bukan sahaja rindukan keluargaku.. aku rindukan kekasih ku yang sudah lama meninggalkan aku..yang meninggalkan padaku warkahnya,kebaikannya..dan kenangannya. kerinduan ini menyebabkan aku sebak....adakah aku layak berada disampingnya kelak...?? itu yang membuatkan aku takut dan risau...]

No comments: