Thursday, April 16, 2009

serius!! kena masuk ICU.




melihat keadaan sekarang yang agak serabut. penyesuaian diri dengan keadaan sekeliling dan keadaan diri. tahap kesedaran terhadap kesingkatan masa yang tinggal untuk peperiksaan,yang kadangkala maksima dan kadangkala merundum ke 'level' kosong. menambahkan lagi 'frequency' kebimbangan. dan hasil dari terkumpulnya semua keserabutan,kemurungan dan kerinduan..tergambarlah pada diri aku yang sekarang.

ketidakseimbangan hormon kadangkala membuatkan aku melupakan darat [lupa daratan]. tahap mengidamkan blueberry cheesecake berada dalam keadaan kritikal,menyebabkan aku tidak lagi berselera dengan makanan seperti capati,kuah kari,kacang kuda di dewan makan. adakalanya megi lebih dilihat melazatkan. penemuan makanan baru [biskut] di nilgiri's semalam membuatkan aku 'addict'. dan sesungguhnya biskut itu lebih tinggi harganya berbanding di malaysia. disebabkan ke'addict'an aku terhadap biskut itu terlalu tinggi,aku menyimpan hasrat untuk membelinya lagi lain kali.

tahap kerehatan diri dan akal [total physical and mental rest] agak bercelaru. kemungkinan untuk 'basal metabolic rate' aku meningkat adalah 99.9% sahih. tachycardia.. masalah personaliti yang bukan berpunca dari kerosakan prefontal area[brain]..dan ianya sebenarnya tak lebih dari hanya tahap mengada dan kemanjaan diri yang kronik. 

sungguh!! aku semakin tenat. 'leading' kepada koma. jika tidak dirawat..kematian jiwa akan berlaku. rawatan solat lima waktu memang tak memadai [disebabkan kelewatannya di kerjakan]. terapi bacaan al-quran belum cukup..[mungkin kesalahan semasa membacanya]..
akhir kata. fikir-fikirkan lah.

No comments: