smlm aku tiba-tiba terdetik. ingin menulis tentang kisah aku dan encik suami. bagaimana kami bermula. aku tak tau la klu korang berminat nk tahu ke tak. tapi aku rase aku ingin mengabadikan kisah kami ini. mungkin,penulisan ini akan berguna suatu hari nanti.
so,setelah mendapat kebenaran dari encik suami. aku pon dengan hati berbunge ingin berkongsi kisah kami.
macam mana kami kenal?
aku kenal hanafi jaafar ni kat sekolah. masa tu tingkatan 4. kitorang baru masuk sekolah menengah sains muar. kebetulan kami 1 kelas. ingt lagi,kali pertama dia memperkenalkan dirinya dlm kelas. dia kata dia dari bangi. ini agak menarik perhatian aku,sbb sblm aku masuk samura,aku pernah ke salah sebuah sekolah di bangi. utk coral speking bahasa arab.
hah,mcm tu la kami kenal. takde pon mcm sweet2 ke. terlanggar ke. jmp dlm tren,terduduk atas dia ke. tak de ok!!
aku rasa,masa form4..kitorang jarang kot bercakap. kecuali kalau ade hal penting atau kerja sekolah je kot baru bercakap. aku pon tatau la dia sedar tak aku ada dlm kelas tu. sbb aku ni tuggul dlm kelas. jarang bercakap atau bgn dari tempat duduk aku.
tapi macam mana pon aku rasa dia adalah budak yang sgt poyo mase tu. dan aku rase dia ni pelik sket. bukan sket,tapi byk. [hahaha...sori sayang..ayg bkn nk kutuk ke ape..tp,sbb pelik tu la wat abg special] tapi aku tak kesah sgt. slagi dia tak menyusahkan aku. aku tak amik port sgt.
aku masih ingt masa jamuan 4jaya. mase tu men kotak beracun. dan aku kene tiru cara dia berjalan masuk ke kelas. "hah!!! kejadah ape aku nk kne tiru. bukan aku tau pon. bukan aku slalu tgk dia masuk kelas pon" tapi buat jela kn. suke2..
kisah kami bermula mase form5. kami berlainan kelas. kami tak berkawan pon. tak berjumpa. tak bercakap. segalanya tak la. aku rasa berselisih semasa berjalan pon jarang. tapi kitorng ade 2 bende je yang mengaitkan kitorg. pengawas dan BADAR.
entah macam mana,aku dan dia berutus surat. aku rasa surat tu bermula dgn ucapan tahniah aku pada dia sbb berjaya menguruskan risalah utk BADAR dgn baik. aku rase mse tu dlm bulan 4 tahun 2005. bdk dorm aku jadi poswomen. y kelakarnya,surat tu mula2 hanyalah sebesar stiker note. makin lama..makin besar sebesar kertas A4. pastu dari sehelai kertas,jadi dua helai kertas. tapi serius!! dlm surat2 kitorng tu. tak de sikit pon bercerita tentang hati dan perasaan atau pasal kitorng. semua pasal kelas,sekolah,dan BADAR. dan paling penting,takde siapa pon yang tahu y kami berutus surat. kecuali bdk2 dorm aku. dan,anda perlu tahu yang kami hanya bercakap melalui surat. itu saja. blh dikira dgn jari kot,berapa kali je aku ckp dgn dia masa form5.
hari berganti hari. SPM dh nk mula. mase periksa percubaan SPM,byk masalah y menimpa aku. aku mls nk cite. bulan september. mmg melelahkan. tapi,aku mendapat kejutan masa tu. 6 september 2005. selesai perhimpunan pagi. aku pon terus nk masuk kelas. kelas aku tingkat 3. depan tangga. sedang lelah2 naik tgga, seorang lelaki berdiri di depan pintu masuk kelas. memegang sekotak hadiah. lelaki itu hanafi jaafar. dia memberi hadiah itu kepada aku. dan berlalu pergi. [sayang,mase ni abg ade ckp pape tak? ayg lupe la.]. besday aku rupanya. masuk kekelas. byk mata memandang ku. pelik kot. aku buat muka selamber,duduk kat tempat aku.
sebelum balik cuti beraya [SPM lepas raya]. sesuatu berlaku. aku rasa hanafi ni orangnya boleh diharap. aku menilai dari kerja2 dan tanggungjawap y diberi kepada dia,dia dapat lakukan dgn baik. jadi,aku rasa dia boleh di jadikan calon ketua keluarga. dari situ,dalam surat aku. aku mencuba. hahaha..korang mesti membayangkan aku meluahkan perasaan aku dlm surat tu. dgn ayat bunge2 kn? owh,tidak!!!!! [sbb seriously mse tu takde lagi rasa cinta ke syg ke pada dia. cuma yakin dia blh dijadikan calonnya]. utk pengetahuan korang. akulah ratu dalam cakap berlapik dan berkias2 nih. semuanya aku susun dgn teliti. semua ayat yang ditulis tak ckp pon y aku suka kat dia ke. nk dia jadi calon laki aku ke.
dan nasib baik hanafi ini bijak orangnya. aku rasa dia faham maksud aku. aku rase,kalau korang baca surat tu,msti korang tak paham pny. hahahaha. mm..jadi,selepas dari itu yang menguruskan hal aku dan hanafi ini adalah kawan baik aku. nadira. aku tak jumpa pon encik hanafi. semua perbincangan dibuat oleh nadira.
tibalah beberapa hari sebelum balik bercuti hari raya. aku dapat kad raya dari hanafi. dalam itu mengatakan yang ada hal penting y nk diberitahu. dan dia akan call aku masa cuti nanti.
hari raya kedua. seingat aku lah. dia call rumah. sbb tyme tu aku mne de hp. ingt lagi ayat dia. dia cakap, dia nk cuba hubungan yang lebih serius dgn aku. dan aku pon setuju. tapi sbnrnya,klaka jugak ayat dia mase tu. terus terang ckp,masa tu aku cuma suka kn perangai dan peribadi dia. sifat tanggungjawap dia. takde rasa kasih sayang atau cinta.
lepas balik dari cuti beraya. SPM bermula. kitorng tak jumpa pon walau ade kat dlm 1 sekolah. mcm peristiwa hari raya ke2 tu tak terjadi je. selesai paper last,EST. barulah dia berjumpa aku. berjalan seiring menuju ke asrama. berckp tentang ape nk buat mase cti. itu je kot y kitaorg bual,tak lama pon. kejap sgt. pastu masing2 balik dorm,bersiap nk balik rumah.
begitulah kisahnya. mcm mne kami bermula. hahahaha. tak de yang menrik sgt pon. tapi yang besnye. surat2 kitorng utus tu..semuanya masih lagi kitorng simpan. siap abadikan kt dlm album gambar lg. bila baca blk,blh gelak guling2. hahahaha. blh bg cucu2 baca bila dh tua nnt. hahahaha.
apa pon,aku tidak salah memilih orang. masa tu,walau tiada rasa cinta. hati aku kuat mengatakan,dialah orangnya. rasa cinta dan sayang itu terbina selepas beberapa lama kami berkawan. dan sampai sekarang. kasih sayang itu masih membina. semakin hari. semakin kuat.
ayang beruntung dapat suami seperti abg.
11 comments:
ok. frust sbb x dpt folow cite cinta awe ni dr awal awe knal..huhu..teringat time form 3 time kite sedorm dulu..mcm2 kisah psl awe n tuuttt......heheh..agak2 nye kalo awe x pindah samura n stay maahad smpai form 5, mungkin ke awe akn jumpe org laen..btw, jodoh di tangan tuhan.. i'm happy for u now dear..^__^
cute lah story :)
moga berkekalan dear...bahagia hingga akhir hayat...
ahaha..macam comel aje..
classic sungguh..
siap hantar surat-surat lagik..
hihi..
neway. semoga kekal hingga akhir hayat!
ha'ah...hanafi suami kamu memang poyo! ahaha...;D
Sayalah encik posmen itu :) hahahaha! lawak betul masa tau aku posmen sebenarnya.
tahniah encik posman!!!!!!!! tikah,ko mmg ade bakat.
haha~ walau sy xkenal korang, tp s doakan kamu bahagia. kih3. agak kelakar kisah kamu berdua. bile bace buat sy tergelak je.
Sweet sgt la korang. DOakan korang kekal sampai bila2. AMin. =D
Alhamdulillah, semoga kekal ke akhirnya. Itulah dinamakan jodoh dari Allah, bahagia gembira suka duka serahkan pada Nya.
Akak dulu dijodohkan atas pilihan keluarga, tak boleh kata apa2, tapi bila pertama kali berbicara bersemuka, dalam hati berkata,
"aku yakin inilah jodoh terbaik untukku"
Suke bace cite sal korang berdua. hee lebih lebih lagi cite sal korang nak kawen tu.kawen koboi kn?hehe
part pling best lam entri ni mase cik hanafi berdiri depan kelas n bagi hadiah kt cik hawa.sweet sangat.hehe :)
Im sorry at first if what im going to say next will make you mad or whatever it is, actually im from samura too. From what i read from your post, i dont think what you did was right. Youre the prefect and badar, so do him right? Then youre exchanging letter, doesnt that one kind of path to zina hati? Im very sure that you know better than me right? Im writing this because were sisters in islam. No offence. Love, ex samurian
Post a Comment