terasa lama tidak menulis bende yang lebih berfaedah dari bercerita hal diri sendiri.
pernah dgr terjemahan surah An-nur ayat 26?
"perempuan-perempuan yang keji untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji (pula), sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik (pula). mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang. mereka memperolehampunan dan rezeki yang mulia (syurga)"
rasanya banyak kali kita dgr dan kita diberitahu ayat ini. tetapi,selalunya yang kita dgr adalah sebahagian dari ayat ini. iaitu...
"perempuan-perempuan yang keji untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji (pula), sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik (pula)."
kemudian ayat itu berhenti disitu. tidak pula si pemberitahu menyambung dan menghabiskan ayat itu. dan kita mula terfikir..
"kalau dah dlm al-quran sendiri ckp mcm tu,mknanya..aku ni jahat,dan aku akan dpt pasangan yang jahat jugak la"
kita pon mula risau. tapi sekejap sahaja..kemudian kita lupa dgn ayat tadi.
ayat ini jika tidak diambil sepenuhnya,blh menimbulkan salah faham yang membawa kepada perkara negatif dan perkara positif.
yang positif : mereka mengambil ayat ini,dan berusaha menjadi yang terbaik. menjadikannya satu motivasi yang membawa kepada kebiakan.
yang negatif : mereka mengambil ayat ini. dan berputus asa dgn kehidupan mereka. mereka tidak mencari pasangan yang baik untuk mereka,mereka merasa diri mereka tidak layak,dan tidak sepatutnya mendapat pasangan yang baik.
rakan2 sekalian...
Ayat ini diturunkan untuk menunjukkan kesucian ‘Aisyah r.a. dan Shafwan bin al-Mu’attal r.a. dari segala tuduhan yang ditujukan kepada mereka. Pernah suatu ketika dalam suatu perjalanan kembali dari ekspedisi penaklukan Bani Musthaliq, ‘Aisyah terpisah tanpa sengaja dari rombongan kerana mencari kalungnya yang hilang dan kemudian dihantarkan pulang oleh Shafwan yang juga tertinggal dari rombongan kerana ada suatu keperluan. Kemudian ‘Aisyah naik ke untanya dan dikawal oleh Shafwan menyusul rombongan Rasullullah SAW. dan para shahabat, akan tetapi rombongan tidak tersusul dan akhirnya mereka sampai di Madinah. Peristiwa ini akhirnya menjadi fitnah dikalangan umat muslim kala itu kerana terhasut oleh isu dari golongan Yahudi dan munafik jika telah terjadi apa-apa antara ‘Aisyah dan Shafwan.
Sikap Nabi juga berubah terhadap ‘Aisyah, beliau menyuruh ‘Aisyah untuk segera bertaubat. Sementara ‘Aisyah tidak mau bertaubat kerana tidak pernah melakukan dosa yang dituduhkan kepadanya, ia hanya menangis dan berdoa kepada Allah agar menunjukkan yang sebenarnya terjadi. Kemudian Allah menurunkan ayat ini.
ayat ini mahu membuktikan yang aisyah tidak bersalah,dengan menerangkan kepada Rasulullah yang aisyah itu orang yang baik. dan Rasulullah juga orang yang baik. dan orang yang baik tidak akan melakukan sesuatu yang dia tahu salah. dan dipenghujung ayat itu tertulis,mereka tidak melakukan perkara yang diperkatakan,bahkan mereka mendapat ganjaran syurga.
jadi,jgn lah kamu2 berputus asa untuk mencari pasangan yang baik dan yang dapat membimbing kamu. dan jangan lah kamu merasa rendah diri utk berdamping dgn mereka yang baik dan soleh. cba kita lihat pasangan firaun dan isterinya asiah.
asiah seorang wanita yang beriman, baik budi pekerti. sanggup mengambil musa sebagai anak angkatnya. jika dilihat firaun,seorang yang kejam, angkuh, tidak beriman, bahkan mengaku dirinya tuhan. tapi Allah menjodohkan mereka berdua.
ada juga yang nabi terdahulu yang isteri mereka tidak mahu beriman kepada Allah. dan berpegang kepada kesesatan yang nyata walau sudah diajak beriman.
rakan2 sekalian,maka tidak wajarlah untuk kamu mengambil al-quran hanya sebahagian, dan meninggalkan sebahagian yang lain. kerana boleh menimbulkan salah faham. dan yang lebih membimbangkan,apabila kamu mengambil al-quran hanya sebahagian kerana kamu tidak suka atau tidak berkenan dgn sebahagian yang lain.
makanya,jangan pernah merasa terlalu merendah diri kerana kesilapan lalu yang kita dh buat. yakinlah yang Allah menerima taubat setiap hambanya. dan jgn sesekali melepaskan seorang wanita atau lelaki soleh solehah kerana rasa rendah diri itu.
memang dalam sesetangah perkara kita perlu mendahulukan orang lain. tapi tidak dalam beribadah. kita perlu berlumba2 menunaikan ibadah. dan perkahwinan itu adalah ibadah. jgn lah kamu tidak jadi berkahwin kerana rasa rendah diri dan rasa tidak sesuai dgn pasangan yang baik dan soleh. pilihlah dia,sayanglah dia. kerana dia mungkin harapan untuk kamu berubah.
ilmu aku takla byk. sekadar menyampaikan ape yang aku tahu.
5 comments:
tq berkongsi ilmu..sy pun selalu muhasabah diri melalui ayat ni bila rumahtangga bergelora
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Hawa!!! My exclassmate 4 Jaya!! (entah ingat ke tak mai ni)
Mai cuma nak kata, mai suka entry ini.. ;)
Teruskan menulis ya
wallahul musta'an
penat! post call syndrome~ thanks for sharing! (^_^)
huuu~ thanks for this..follow sini support lady bloggers =)..blog ni very useful utk bg kesedaran pd kaum2 isteri( termasuk aku la ni) yg kdg2 tlupa atau...
aku jugak tak baik, cmne? :((
Post a Comment