ROMANTIS. sentiasa dikaitkan dgn lelaki. kalau lelaki tu tak romantis. jatuh la saham dia sebanyak beberapa peratus mengikut kehendak hati sang perempuan. jarang sungguh nk dgr atau terbaca hal perempuan romantis. semuanya "ciri-ciri LELAKI ROMANTIS" "cara-cara nk tau LELAKI ROMANTIS atau tidak".
kalau tanya kat perempuan. APAKAH CIRI-CIRI LELAKI IDAMAN KAMU?
- "owh..sy nk yang kacak,kaya,bergaya,romantis...bla..bla...bla..."
- "sy nk yg beriman..baik..penyayang... owh...plg penting,sy nk yang romantis la.."
kalau tanya kat lelaki. APAKAH CIRI-CIRI PEREMPUAN IDAMAN KAMU?
- "sy..takla memilih sgt..tp klu blh sy nk y gebu..manja,cantik macam itik..jalam terkedek-kedek"
-"sy suka yang lembut diluar..tapi keras didalam. bukan queen control. owh..plg penting pandai masak..."
hah!! tak timbul pon perkataan romantis dlm ciri-ciri wanita idaman seorang lelaki. tapi,hampir semua perempuan yang meletakkan romantis dlm senarai ciri-ciri lelaki idaman mereka.
tapi...apa pun..persoalan yang timbul dalam kepala aku sepanjang hari nih?
1. macam mne korang tentukan y "itu" adalah romantis dan "itu" adalh tidak romantis?
kalau tanya pendapat setiap perempuan pandangan mereka berbeza2. kalau org kata cantik tu subjektif,aku rase romantis ni pon subjektif. cuma ade beberapa perkara je yang dipersetujui oleh ramai perempuan yang perkara itu adalah romantis. contoh:
- bagi bunga.
- nyanyikan lagu kegemaran perempuan tu masa ulang tahun ape2 la.
- tulis surat cinta,puisi cinta meluahkan rasa cinta.
- candle light dinner.
-dan lain2 yang korang slalu baca dalam majalah,tgk dalam tv,atau kat dalam novel.
tapi,bagi mereka yang mengemari cerita korea. mereka akan mengatakan lelaki yang senyap..misteri..serius..dan y "glow in the dark" tu la yang romantis.
bagi mereka yang mengemari cerita romantik komedi. mereka rasa lelaki yang kelakar..pandai wat lawak,itulah y romantis.
jadi,ape yang kita tengok. ape yang kita baca. itulah yang agak mempengaruhi penentuan perkara itu romantis atau tidak. sama ada perkara tu romantis atau tidak,semua terletak ditangan perempuan. mereka yang akan tentukan ikot suka hati stoberi selera mereka.
2. macam mana nk jadi romantis?
jadi,masalh bagi orang lelaki sekarang nih..mcm mne nk jadi romantis? dh kalau setiap perempuan tu ade selera masing2,mcm mne nk tahu? owh....berat..berat...!!! sampai ade yang terlalu tension dgn masalah ini. maka,jadilah situasi2 yang mcm nih..
"movie love story dan novel2 cinta memang tak sepatutnya ada kat atas muka bumi nih!! menyusahkan kaum lelaki je. abis sume perempuan nk demand lelaki romantis. HUH!!!" kata lelaki dgn geramnya sambil berlari masuk ke dlm bilik.
"amboi..hang nak sangat aku jadi romantik. abis hang ingat,hang tu romantik sgt?? suka2 nk suh orang jd romantik,sendiri tak romantik,nk suruh orang. kalau dh pandai sgt,tau sgt yang mana romantik yang mana tak..hang buat la..bla..bla..bla..." bebel lelaki kerana tak puas hati. aweknya merajuk kerana lelaki itu memberinya bunga semasa hari lahirnya. awek itu merasakan bagi bunga tak romantis,kalau bagi petai lagi romantis.
tapi,tak semua orang mengalami masalh ini. kerana ada sesetengah lelaki yang sentiasa berusaha utk belajar menjadi romantis dgn membaca novel2 cinta dan menonton movie love story. ade juga lelaki yang bernasib baik..kerana mendapat pasangan yang memang sejak mula2 kenal lagi dh anggap dia tu romantis.
3. kenapa lelaki je yang mesti kene romantis? wajib r..blh dikatakan.
yang ni,aku rase sebab kebanyakkan lelaki lebih gemar menghabiskan masa dgn kawan2 dan bermain game. perempuan je yang suka tgk cerita cinta dan baca novel cinta nih. dan kalau baca novel cinta,penulisnya mesti perempuan. jadi dlm cerita tu yang romantis mesti lelaki. jadi dlm mind set kite,lelaki la yang kne romantis.
4. apakah ia satu kemestian utk lelaki itu menjadi romantis? perlu tak perempuan jadi romantis?
persoalan ni..aku tinggalkan kat korang yang baca entry ni la. [kalau korang tak baca,cmne korang nk tau kn?] pilih jawapan korang.
A. uish!!! mesti la lelaki kene romantis. sebab mmg sejak azali,romantis ni keje lelaki. perempuan rileks je.
B. lelaki wajib romantis. perempuan cam sunat la. kalau tak romantis,takpe..kalau romantis lagi baik..
C. dua2 perlu jadi romantis. baru adil dan saksama.
D. ikot la keadaan. ikot permintaan pasangan. dan ikot la mood masing2...
hohohoho..rasa mcm byk pulak aku bebel. tapi..ape pon..aku bercita-cita nk jadi isteri yang romantis. dan aku rasa aku romantis. kalau korang tak rasa..aku peduli hape. hahaha.
No comments:
Post a Comment