ade lelaki yang bg alasan "sayang punye pasal" kene la bg apa yang dia nk..
tapi, pernah dengar tak...
"terciptanya wanita itu dari rusuk lelaki,bukan dari kaki untuk menjadi alas.
bukan dari kepala untuk dijunjung, tapi dekat dibahu untuk dilindung,
dekat dihati untuk dikasihi"
wanita ini ibarat kayu rapuh. bayang-bayang yang terhasil dari kayu itulah dianggapkan peribadi mereka. dan takkan dapat bayang-bayang yang cantik dan lurus,kalau kayu itu sendiri bengkok. tugas siapa yang perlu meluruskan kayu ini? tugas lelaki.. kerana seorang wanita akan menarik 4orang lelaki masuk ke neraka:
1. ayahnya.
[jika ayahnya tidak memberi pelajaran agama secukupnya dan mengabaikan anak perempuannya]
2. suaminya.
[jika suaminya tidak mempedulikan tingkah laku isterinya,tidak menegur kesilapan isterinya]
3. adik beradik lelakinya.
[sekiranya ayah perempuan itu telah meninggal dunia,maka tugas ayah td,jatuh kepada adik beradik lelaki perempuan itu]
4. anak lelakinya.
[seorang anak lelaki,wajar menegur tingkah laku ibunya,sekiranya ibu yang melakukan dosa]
jadi,wanita ini perlu dididik dengan keimanan dan ketakwaan. bukan dengan harta dan kemanjaan tanpa batasan. kalau itu caranya,maka jadilah seperti sekarang,wanita materialistik. bukan juga dengan pujian yang blh membuatkan dia tersungkur tak sedar diri. kerana wanita ini suka dipuji,tetapi tak tahu macam mana cara untuk menerima pujian. itulah timbulnya rasa tinggi diri dan sombong..
OPS!!!! aku "ter"bagi tazkirah pulop...~ aku tak la pandai mana pon bab agama ni. tau sikit2 je. banyak lagi yang perlu dipelajari. kalau kita sedar,makin banyak bende yang kita belajar,makin banyak bende yang kita tak tahu. rasenye,kalau nk suruh manusia tulis semua ilmu Allah yang ada kat bumi ni,dgn menggunakan dakwat yang sebanyak lautan yang ade kat dunia ni, takkan cukup utk tulis.
ATAU
pilihan terletak ditangan anda.
tapi,payah jugak kalau perempuan tu sendiri tak nk mengubah diri dia kn??? hah!! kaum HAWA [haha..aku la tu.."hawa". ok...mengarut] apa lagi..orang dh bg nasihat tu..ikot la. tak kesahlah walau nasihat tu datang dari sesiapa pon. yang penting isi yang dia cakap. bukan orang yang bercakap.
"alos...hidup ni skali je..~ enjoy la...kumpul duit byk2. hidup dgn gembira. senang lenang..ambil semua peluang y ade.."
hah!! pandai la. celah mana ko blja idop ni skali je? [amboi...bahasa...sedapnye.] hehe..sowi..~ ok, kawan-kawan kaum HAWA sekalian...kita hidup ni...dua kali. MATI yang sekali je. HIDUP DUA KALI...kita ada hidup di dunia,dan hidup di akhirat. kalau kita tak dapat nk enjoy dan bersenang lenang kat dunia ni,kita masih ada peluang utk hidup enjoy dan bersenang lenang di akhirat. dan kalau kita sedar,hidup di akhiratlah yang akan menjadi selama-lamanya. hidup di dunia ni sementara je. dan penentu kehidupan kita di akhirat adalah masa kematian kita. kalau kita mati dalam keadaan baik[beriman] maka eloklah hidup kita di akhirat. kalau kita mati dalam kedaan yang tak baik[tak beriman] maka sshlah hidup kita di akhirat. dan kita ade peluang utk MATI SEKALI SAHAJA.
1 comment:
satu peringatan yang bagus untuk kaum hawa sekalian ^^
eh,,jom join bloglist SCC =D
http://www.cikscc.com/2011/03/jemputlah-datang-kenduri-kesyukuran.html
Post a Comment