Wednesday, March 23, 2011

kau la monyet!! aku bkn monyet!!!


di suatu hari yang indah. seekor monyet,duduk berehat di atas pokok. pokok tu tinggi gile. monyet seronok melihat permandangan hutan dari atas pokok.
tiba-tiba,datang seekor gajah yang kelaparan. gajah ternampk buah diatas pokok tempat monyet berehat. gajah tak perasan monyet ade kat atas pokok. lalu,gajah menyondol dan melaga-laga kepalanya kat pokok,dengan harapan ade buah yang akan jatuh.
mula2,perlahan. makin lama2 makin menganas. makin lama,makin kuat dia menyondol.

monyet yang tadinya sudah melihat dan dapat mengagak tindakan gajah,cepat2 berpaut kepada dahan pokok. di peluk dgn kuat dahan tu. dalam hatinya,dia berdoa..supaya dia tidak jatuh dari pokok yang tinggi gile itu.
setelah puas menyondol. dan agak2 dh byk jugak la buah yang jatuh. gajah pon mkn buah2 tadi. dan berlalu pergi. meninggalkan monyet yang ketakutan tadi. monyet berasa lega kerana dia tidak jatuh dari pokok yang tinggi gile itu.

beberapa minit kemudian..angin semput2 bahasa pon menyapa.. "aduh....~ seronoknye...dapat angin mcm ni..nyaman..je rase." kata monyet. dia pon membetulkan tempat duduknya,supaya dia lebih selesa. monyet mula leka..matanya makin lama makin mengecil. selesa benar... lalu,dia pon tertido..
tanpa sedar..monyet tidur dgn lena. lupa yang dirinya berada diatas pokok yang tinggi gile tadi. tiba-tiba..... GEDEBUK!!!!!! jatuh lah dia dari pokok. dia mengalami kecederaan parah pada punggungnya. terpaksa di kejarkan ke hospital hewan. dia disahkan menghadapi masalah keretakan punggung yang dahsyat...


pengajaran cerita :
cerita ini boleh dikaitkan dgn kehidupan manusia. manusia bila menghadapi masalah,pasti akan sentiasa berwaspada,ingat tuhan. sentiasa peka. tapi bila diberi kesenangan..manusia leka..alpa..dan akhirnya, kelekaan dan kealpaan mereka itu membawa padah pada diri mereka sendiri.

4 comments:

hanafijaafar said...

erk, terasa dowh....~

kotak said...

ups.....~ terasa ke... tak penah pon nk tujukan kat sape2..

attholib said...

Moga kita sentiasa beringat-ingat.. Tapi kesian juga pada monyet tu... Retak punggung dia.. Kesian... huhu

soutulmujahid.com said...

hehehe.. lawak la.. lawak + best + tazkirah. alhamdulillah. huhu