Sunday, January 24, 2010

hati.

sekarang,aku sedar sesuatu yang dulunya aku hanya mengatakan pada zahir tapi tak terima dihati dn diakal. aku bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang. hari ini,aku tahu. bagaimana sayang pun kita pada seseorang,itu tak menjamin kita boleh hidup dengan dia. kalau pemikiran dan pengamalan antara dua orang itu berbeza. bayangkan kalau dia keras,dan aku pon keras. sampai ke hujung tiada penyelesaian. aku tahu dia bagaimana orangnya. aku kenal dia. dan sepanjang aku mengenalinya,memang dia keras. aku pula tegas. dia pernah kata,"sy ni ssh nk terima bila ditegur,lagi2 kalau perempuan yang tegur. walau sy tahu yang dikata tu betul"

wajarlah dia tidak memilihku. dan aku bersyukur kerana aku tidak dengan dia. dua2 anak sulung,ada pendirian,ketegasan,kedegilan yang sukar difaham. bak kata org.."panas". aku harap,seseorang itu tidak akan menyesal suatu hari nnt kerana mengorbankan masa depannya demi sebuah cerita yang tak pasti lagi penghujungnya. itulah satu2nya perkara yang aku tak mampu buat dulu. MENGORBANKAN MASA DEPANKU. apa pun,keputusan yang sgt berani. aku akan mendoakan mereka,dan cepat-cepatlah menamatkan status pertunangan kepada perkahwinan. aku pastinya akan menjadi orang yang sangat gembira bila mendengar berita itu.

aku akui,mendengar berita pertunangannya memang menyakitkan. tapi bila mendengar sendiri ceritanya..seperti yang aku katakan diatas tadi,aku tahu..seseorang itu mmg cocok dengannya,dan memang seperti yang dia pernah harap dari aku dulu. maaf aku terlalu tegas. bagiku,PELAJARAN ADALAH SEGALANYA. biarlah walau nnt tidak bekerja.


terima kasih buat kalian. memberi kenangan dan pengajaran dalam hidup. ada yang dapat dipelajari dari kalian.


buat yang tersayang,mak..abah..hajar..alif..afiq..khaliq....HANAFI.. aku merindui mereka. terima kasih mengajar aku membuat pilihan,terima kasih sabar menunggu,sabar mengajar dan menasihat.

khas untuk HANAFI :
- CINTA ITU SENTIASA MEMBERI,DIA TAK PERNAH MEMINTA.
- DIAM TAK BERERTI TIDAK SUKA,MARAH TAK BERERTI TIDAK SAYANG.
- BIAR SAKIT,BIAR PENAT,ASALKAN HASILNYA MEMUASKAN.
- SEMOGA DIPERMUDAH SEGALA URUSAN.

1 comment:

nur_amalina said...

takpe aku paham... :) insyaAllah semuanye baik2 aja