Wednesday, January 20, 2010

aku budak baru belajar.

SESUNGGUHNYA TAHUN DEPAN AKU DAH FINAL YEAR!!!
walau tak macam orang lain..final year aku dua tahun.


sebenarnya aku sendiri baru mengetahui jadual sebenar perjalanan pembelajaran aku dalam bidang kedoktoran ni petang ini. setelah aku melihat takwim di pejabat. selama ini aku memang tidak tahu. rupanya disini cuma ada 1ST MBBS, 2ND MBBS, dan FINAL MBBS. patut la lecture tak pernah panggil kami mengikut tahun pembelajaran,tetapi mengikut SEMESTAR. kepada rakan-rakan,aku pasti anda juga ada yang belum menyedarinya. sebagai bukti..housemate aku pon tak perasan benda nih. hahaha.. kalau nk tgk takwim nih,sila la tgk di papan kenyataan dipejabat,sebelah tangga nk turun.



UMUR AKU TAHUN INI, 22TAHUN.
walau sebenarnya besday aku lambat lagi,tetap tahun ini umur aku 22tahun.


syndrome tak dapat terima kenyataan yang umur dh berangka "DUA" dihadapan, seperti yang dialami oleh kebanyakan orang,tak pernah aku alami sehinggalah aku bergelar TUNANG ORANG. dan dikuatkan lagi apabila aku melihat TAKWIM petang tadi. walau aku rasa agak "bongok" [secara kasarnya] jugak la sebab2 itu.



YA...AKU BUKAN YANG DISANGKA. KUAT TAK KUKUH.
apa sebenarnya yang aku mahu sampaikan,aku tak tahu.
aku budak baru belajar. masih ada sabar yang tak sampai hadnya. baru menapak. tersepak,tersadung,luka. parut...terbawa2.

No comments: