Tuesday, September 1, 2009

2nd year M.B.B.S [1st day]

bangun pagi,jam 7..duduk. tarik semula selimut. hujan pagi tadi membuatkan aku semakin liat untuk bangun.. kembali memejamkan mata. teringat "encik biskut teddy"..dia telefon pagi tadi. entah jam berapa. aku sendiri masih mamai.. tersenyum sendiri.

[bunyi nada dering telefon bimbit]
aku terjaga..meraba2 katil dan bantal. [hadoi..mana pula aku letak telefon ni...]
KEDEBUK..bukan aku yang jatuh..telefon bimbit aku jatuh dari katil. [huaaaaa!! habislah..]
belek2..okeh. sihat. tak ada calar. sempat lagi cium telefon sendiri[reaksi spontan,jangan salah faham]. masih berdering.
eh,abang..[panggilan dari en.biskut teddy] butang hijau ditekan.
belum sempat berkata apa2.....terdengar suara.

"hello sweetheart....." [huhuhu...cair aku] suka dipanggil begitu.
dan hakikatnya..perbualan yang seterusnya aku tak ingat. mamai punya pasal. kesian en.biskut teddy..[hehe..maaf sayang...]

hakikatnya,jam720 baru aku bangun. keluar mengambil tuala disidaian. masuk ke bilik air. ok..sampai sini je cerita. takkan nak cerita detail..aku buat apa dalam bilik air kot...

selesai..duduk kembali atas katil. baring kejap. [huaaaaaa!! sedapnya kalau sambung tidur] haha..hari2 sebelum ini,boleh la buat. tapi hari ini aku perlu bersiap ke kelas.
HARI PERTAMA AKU SEBAGAI PELAJAR TAHUN DUA MBBS.

745 pagi. pakai stokin..[mestila dah siap pakai baju]
"mekda...aku pergi dulu..." menuju ke pintu sambil tangan menekan2 butang di telefon bimbit. SUHAILI. dail...

"suhaili..aku tunggu kat bawah.."
"mokwo..kite baru bangun.."
[alamak.....aku kene pergi seorang la ni]
"takapa la,kite pergi dulu ye..."

sampai kelas..aku seorang je malaysian. duduk dibarisan keempat. masa tu kosong lagi.
seorang demi seorang masuk ke kelas. [hairan....]kenapa tak ada seorang pon nk duduk sebaris dengan aku. muka aku macam hantu ke? suka hatilah. nanti dah penuh,ada lah. bila kelas mula penuh. mungkin tiada banyak tempat kosong..datang la sekawan tempe [sekawan? macam pelik je perkataan tu. ada yang lagi sesuai tak?]. "can you move inside?" [itulah yang dia cakap] aku senyum. berganjak satu tempat ke kanan. "thank you.." aku senyum je la.

suhaili macam takkan datang je. aku seorang lah jawapnya.
810pagi. mana cikgu ni..tak sampai lagi. beberapa minit kemudian,cikgu datang. aku pun tak tahu apa nama cikgu tu. yang pasti...dia seorang PEREMPUAN [sebab dia rambut panjang dan memakai baju perempuan] dan dia CIKGU PATHOLOGY [sebab waktu tu adalah untuk subjek pathology]

"CHEMICAL MEDIATORS OF INFLAMMATION" itu la yang aku belajar tadi.
tapi,dia macam ada kaitan sedikit dengan tajuk yang aku tertinggal kelasnya. jadi, aku perlu baca semula.
"remember the steps before the inflammation occur...?"
[hahaha...aku baca tak sampai lagi ke situ.] sepanjang cuti seminggu. baru baca bab pertama. CELLULAR ADAPTATION,CELL INJURY AND CELL DEATH. rupanya mereka sudah masuk bab yang kedua. ACUTE AND CHRONIC INFLAMMATION...[Hmmm..sesungguhnya,janganlah kalian gagal. nanti tertinggal macam aku]..

sekejap saja 1jam berlalu. POSTING!!!!! hehehe....takutnya..~~
aku ikut je hassini and the gang. mana mereka pergi. [turun satu tingkat saja]
COMMUNITY MEDICINE....DEMONSTRATION ROOM.
masuk2..duduk. tunggu suhaili datang. terpinga2 bila tengok budak2 sibuk dengan komputar riba masing2. mereka duduk dalam kumpulan. aku dengan suhaili buat tak tahu je.
adalah seorang mamat tinggi ni,masuk.. panggil roll number kami yang tertinggal ni,untuk pembahagian kumpulan. aku dan suhaili dapat kumpulan dua. sayangnya rashdeep kumpulan 3.
hakikatnya tiada apa pun yang menarik. aku cuma ikut je orang2 pergi mana. masuk bilik cikgu. dengar cikgu bagi komen slide untuk presentation. semuanya sudah siap. mereka sudah pergi ke kampung2 untuk mengambil data. jadi...kami tak tahu nak buat apa. diam dan ikut shaja. BUSAN......

hmmm...sekarang patutnya aku tidur.
sebab kejap lagi ada kelas yang panjang. 3jam. tapi,aku menulis blog. jadi kalau nanti aku ngantuk di dalam kelas. baru padan muka....




4 comments:

norfaridahanum mad norizan said...

wahwahwah hawa...aq pun x abes lagik bab cell adaptation tuh..sesungguhnya,kalo pass awal2 nih pun,jadik pemalas syok sendrik ade r.hahaha!

p/s:lab coat u i bg sok pg ye syg..haha!ampun hanafi =p

hanafijaafar said...

takpe kak anum, hanafi ampunkan...haha..

sitihawa said...

huhuhu...ade org pggil aku sayang...~~~~~
hahahha..mcm la tak biasa ko pnggil aku syg.
abang jangan jeles ye..[nseb bek anum pempuan,klu laki...mcm mne ye...?????]

nur_amalina said...

adoyai macam2 la korg ni!! hawa tahniah sudah untuk kamu! masuk tahun kedua! menarik la cite ko ni, aku ni pun malas nak bgn awal2 kul 7 tu sebab kelas aku start kul 9 hehe k la teruskan usaha yer!