Friday, May 27, 2011

gambate!!!!

 I can't think of a single reason why I should be a surgeon, but I can think of a thousand reasons why I should quit. They make it hard on purpose... there are lives in our hands. There comes a moment when it's more than just a game, and you either take that step forward or turn around and walk away. I could quit but here's the thing, I love the playing field.

Wednesday, May 25, 2011

keluarga saya.


this is my abah and my emak.


adik aku no.3. afiq / bapit /ait / bampet. blja lagi. form5.


adik aku no.2. alep..skrg blja. kat uitm. amik engine.



satu2nya adik pompuan aku. hajar. skrg wat praktikal. juga bakal engineer.


berbaju biru. adik bongsu aku. abdul / khaliq / adik. aku tak jmp gamba dia sorg. 
[tgh tu abah,yang baju itam puteh tu,afiq]


gambar penutup. sungguh,abah ku bukannye bekas penari kebudayaan.
dia engineer. hahahaha.

budus!!!


bende y aku tulis...


bende ni y ko buat!!!! arghhhh!!!! ko bengong ke hape cik siti!!!!


Sunday, May 22, 2011

di situ cinta kami mekar.

smlm aku tiba-tiba terdetik. ingin menulis tentang kisah aku dan encik suami. bagaimana kami bermula. aku tak tau la klu korang berminat nk tahu ke tak. tapi aku rase aku ingin mengabadikan kisah kami ini. mungkin,penulisan ini akan berguna suatu hari nanti.

so,setelah mendapat kebenaran dari encik suami. aku pon dengan hati berbunge ingin berkongsi kisah kami.

macam mana kami kenal?
aku kenal hanafi jaafar ni kat sekolah. masa tu tingkatan 4. kitorang baru masuk sekolah menengah sains muar. kebetulan kami 1 kelas. ingt lagi,kali pertama dia memperkenalkan dirinya dlm kelas. dia kata dia dari bangi. ini agak menarik perhatian aku,sbb sblm aku masuk samura,aku pernah ke salah sebuah sekolah di bangi. utk coral speking bahasa arab.
hah,mcm tu la kami kenal. takde pon mcm sweet2 ke. terlanggar ke. jmp dlm tren,terduduk atas dia ke. tak de ok!!

aku rasa,masa form4..kitorang jarang kot bercakap. kecuali kalau ade hal penting atau kerja sekolah je kot baru bercakap. aku pon tatau la dia sedar tak aku ada dlm kelas tu. sbb aku ni tuggul dlm kelas. jarang bercakap atau bgn dari tempat duduk aku.

tapi macam mana pon aku rasa dia adalah budak yang sgt poyo mase tu. dan aku rase dia ni pelik sket. bukan sket,tapi byk. [hahaha...sori sayang..ayg bkn nk kutuk ke ape..tp,sbb pelik tu la wat abg special] tapi aku tak kesah sgt. slagi dia tak menyusahkan aku. aku tak amik port sgt.

aku masih ingt masa jamuan 4jaya. mase tu men kotak beracun. dan aku kene tiru cara dia berjalan masuk ke kelas. "hah!!! kejadah ape aku nk kne tiru. bukan aku tau pon. bukan aku slalu tgk dia masuk kelas pon" tapi buat jela kn. suke2..

kisah kami bermula mase form5. kami berlainan kelas. kami tak berkawan pon. tak berjumpa. tak bercakap. segalanya tak la. aku rasa berselisih semasa berjalan pon jarang. tapi kitorng ade 2 bende je yang mengaitkan kitorg. pengawas dan BADAR.

entah macam mana,aku dan dia berutus surat. aku rasa surat tu bermula dgn ucapan tahniah aku pada dia sbb berjaya menguruskan risalah utk BADAR dgn baik. aku rase mse tu dlm bulan 4 tahun 2005. bdk dorm aku jadi poswomen. y kelakarnya,surat tu mula2 hanyalah sebesar stiker note. makin lama..makin besar sebesar kertas A4. pastu dari sehelai kertas,jadi dua helai kertas. tapi serius!! dlm surat2 kitorng tu. tak de sikit pon bercerita tentang hati dan perasaan atau pasal kitorng. semua pasal kelas,sekolah,dan BADAR. dan paling penting,takde siapa pon yang tahu y kami berutus surat. kecuali bdk2 dorm aku. dan,anda perlu tahu yang kami hanya bercakap melalui surat. itu saja. blh dikira dgn jari kot,berapa kali je aku ckp dgn dia masa form5.

hari berganti hari. SPM dh nk mula. mase periksa percubaan SPM,byk masalah y menimpa aku. aku mls nk cite. bulan september. mmg melelahkan. tapi,aku mendapat kejutan masa tu. 6 september 2005. selesai perhimpunan pagi. aku pon terus nk masuk kelas. kelas aku tingkat 3. depan tangga. sedang lelah2 naik tgga, seorang lelaki berdiri di depan pintu masuk kelas. memegang sekotak hadiah. lelaki itu hanafi jaafar. dia memberi hadiah itu kepada aku. dan berlalu pergi. [sayang,mase ni abg ade ckp pape tak? ayg lupe la.]. besday aku rupanya. masuk kekelas. byk mata memandang ku. pelik kot. aku buat muka selamber,duduk kat tempat aku.

sebelum balik cuti beraya [SPM lepas raya]. sesuatu berlaku. aku rasa hanafi ni orangnya boleh diharap. aku menilai dari kerja2 dan tanggungjawap y diberi kepada dia,dia dapat lakukan dgn baik. jadi,aku rasa dia boleh di jadikan calon ketua keluarga. dari situ,dalam surat aku. aku mencuba. hahaha..korang mesti membayangkan aku meluahkan perasaan aku dlm surat tu. dgn ayat bunge2 kn? owh,tidak!!!!! [sbb seriously mse tu takde lagi rasa cinta ke syg ke pada dia. cuma yakin dia blh dijadikan calonnya]. utk pengetahuan korang. akulah ratu dalam cakap berlapik dan berkias2 nih. semuanya aku susun dgn teliti. semua ayat yang ditulis tak ckp pon y aku suka kat dia ke. nk dia jadi calon laki aku ke.

dan nasib baik hanafi ini bijak orangnya. aku rasa dia faham maksud aku. aku rase,kalau korang baca surat tu,msti korang tak paham pny. hahahaha. mm..jadi,selepas dari itu yang menguruskan hal aku dan hanafi ini adalah kawan baik aku. nadira. aku tak jumpa pon encik hanafi. semua perbincangan dibuat oleh nadira.

tibalah beberapa hari sebelum balik bercuti hari raya. aku dapat kad raya dari hanafi. dalam itu mengatakan yang ada hal penting y nk diberitahu. dan dia akan call aku masa cuti nanti.

hari raya kedua. seingat aku lah. dia call rumah. sbb tyme tu aku mne de hp. ingt lagi ayat dia. dia cakap, dia nk cuba hubungan yang lebih serius dgn aku. dan aku pon setuju. tapi sbnrnya,klaka jugak ayat dia mase tu. terus terang ckp,masa tu aku cuma suka kn perangai dan peribadi dia. sifat tanggungjawap dia. takde rasa kasih sayang atau cinta.

lepas balik dari cuti beraya. SPM bermula. kitorng tak jumpa pon walau ade kat dlm 1 sekolah. mcm peristiwa hari raya ke2 tu tak terjadi je. selesai paper last,EST. barulah dia berjumpa aku. berjalan seiring menuju ke asrama. berckp tentang ape nk buat mase cti. itu je kot y kitaorg bual,tak lama pon. kejap sgt. pastu masing2 balik dorm,bersiap nk balik rumah.

begitulah kisahnya. mcm mne kami bermula. hahahaha. tak de yang menrik sgt pon. tapi yang besnye. surat2 kitorng utus tu..semuanya masih lagi kitorng simpan. siap abadikan kt dlm album gambar lg. bila baca blk,blh gelak guling2. hahahaha. blh bg cucu2 baca bila dh tua nnt. hahahaha.

apa pon,aku tidak salah memilih orang. masa tu,walau tiada rasa cinta. hati aku kuat mengatakan,dialah orangnya. rasa cinta dan sayang itu terbina selepas beberapa lama kami berkawan. dan sampai sekarang. kasih sayang itu masih membina. semakin hari. semakin kuat.

ayang beruntung dapat suami seperti abg.

Friday, May 20, 2011

si kekasih mahu berhenti merokok? aku rasa 5 "A" sangat berguna.

korang pernah dengar tak 5 "A" ni? bukan 5 "A" UPSR tu tau.

5 "A" ini adalah "FIVE MAJOR STEPS OF INTERVENTION [ 5 'A's ]"

5 'A' ni digunakan oleh mereka2 yang terlibat dalam menangani masalah ketagihan rokok.
dia ni kire macam reference guide utk clinicians la jugak for treating tobacco use and dependence.

ok, ape 5 'A' ni?

1. ASK : bende pertama yang perlu kita buat. mstilah tny dulu,orang tu merokok atau tidak. kalau dia tak merokok, nk wat pe kite suh dia berhenti merokok. nnt dia kate kite gila.

2. ADVICE : bila kite tahu dia merokok. barulah kita mula menasihati dia supaya berhenti merokok. ok,advice ni pon ade criteria dia jugak. advice mestilah "clear". jgn nk bermadah-madah berlapik2. nnt dia tak paham lak. pastu mestilah "strong". kne bgtau dgn yakin. jgn mcm tak pasti je. atau mcm...owh..terpulang la pada awak..bla..bla..bla... last skali "personalized". kaitkan advice kita tu dgn masalah kesihatan yang dia pernah alami,sedang alami dan akan alami. jelaskan kepada mereka.

3. ASSESS : yang nih,kita perlu tgk orang yang kita nasihat tu. sejauh mana kesungguhan dia nk berhenti merokok. pastu kite kne tahu sume sejarah dia. maksud aku,bukan sejarah hidup dia segala bagai. sejarah ni maksudnya..kesihatan dia,amount rokok yang dia dh ambil. hari2 berapa batang or peket dia merokok. haaa...dan yang berkaitan la. yang nk gatai tanya sejarah cinta monyet dia tu tak perlu la.

4. ASSIST : ok,kalau bagi nasihat mmg la senang. cakap je....gne mulut. tapi praktikal sebenarnya ssh. jadi kita perlu la tolong dia. bgtau dia...macam mne nk buat. ape nk buat. mcm mane nk mula. macam mne nk elak.. kalau kite suh je dia buat,tapi tak bgtau dia caranya..tak boleh jugak kn?

5. ARRANGE : yng last skali,bila korang dh nasihat..dh bgtau cara... korang bgtau la dia sape yang perlu dorang jumpa..no phone kaunselor ke.... arrange kan appoiment utk dorang.. buatkan schedule utk dorng....

haaa...macam tu la yang perlu dibuat. sbb org merokok ni,dia perlukn keazaman dan pertolongan yang tinggi utk berhenti merokok...

dan aku rase,bukan doktor je yang patut tahu bende nih. korang2 yang bukan doktor pon patut tahu bende nih. senang la nnt. kalau2 suami korang..ayah korang..adik ke,abang ke ,pakcik ke, makcik ke, kakak ke..mak ke.. sape2 la yang berkaitan. yang merokok dan nk berhenti merokok. at least..korang sedikit sebanyak,blh la tlg dorang dgn cara 5 A yang aku cite tadi. hehehe..tapi kalau korang cm mls,nk senang, jmp je la doktor..huhuhuhuhu..

ape pon,bende 5 A ni kita blh apply kalau orang minta nasihat ape2 dari kite. atau mungkin dia nk melakukan perubahan,dan minta nasihat dari kita. yela,nama lagi step for intervention kn? ape2 perubahan nk buat pon blh gne kot step nih.

hehehehe...jadi..selamat mencuba..

ilmu aku tak byk. kalau ade yang tersilap,blh trus tegur aku k. aku cuma nk berkongsi ape y aku tahu.

rakan2 y nk exam commed. aku rase korang dh tau bende nih.
thanks DR. SUBHA sbb bagitau bende ni dlm kelas commed.

Wednesday, May 18, 2011

aku tak la baik. abis aku mcm mne?

terasa lama tidak menulis bende yang lebih berfaedah dari bercerita hal diri sendiri.


pernah dgr terjemahan surah An-nur ayat 26?


"perempuan-perempuan yang keji untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji (pula), sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik (pula). mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang. mereka memperolehampunan dan rezeki yang mulia (syurga)"


rasanya banyak kali kita dgr dan kita diberitahu ayat ini. tetapi,selalunya yang kita dgr adalah sebahagian dari ayat ini. iaitu... 


"perempuan-perempuan yang keji untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji (pula), sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik (pula)."


kemudian ayat itu berhenti disitu. tidak pula si pemberitahu menyambung dan menghabiskan ayat itu. dan kita mula terfikir..
"kalau dah dlm al-quran sendiri ckp mcm tu,mknanya..aku ni jahat,dan aku akan dpt pasangan yang jahat jugak la"
kita pon mula risau. tapi sekejap sahaja..kemudian kita lupa dgn ayat tadi.


ayat ini jika tidak diambil sepenuhnya,blh menimbulkan salah faham yang membawa kepada perkara negatif dan perkara positif.


yang positif : mereka mengambil ayat ini,dan berusaha menjadi yang terbaik. menjadikannya satu motivasi yang membawa kepada kebiakan.


yang negatif : mereka mengambil ayat ini. dan berputus asa dgn kehidupan mereka. mereka tidak mencari pasangan yang baik untuk mereka,mereka merasa diri mereka tidak layak,dan tidak sepatutnya mendapat pasangan yang baik. 


rakan2 sekalian...

Ayat ini diturunkan untuk menunjukkan kesucian ‘Aisyah r.a. dan Shafwan bin al-Mu’attal r.a. dari segala tuduhan yang ditujukan kepada mereka. Pernah suatu ketika dalam suatu perjalanan kembali dari ekspedisi penaklukan Bani Musthaliq, ‘Aisyah terpisah tanpa sengaja dari rombongan kerana mencari kalungnya yang hilang dan kemudian dihantarkan pulang oleh Shafwan yang juga tertinggal dari rombongan kerana ada suatu keperluan. Kemudian ‘Aisyah naik ke untanya dan dikawal oleh Shafwan menyusul rombongan Rasullullah SAW. dan para shahabat, akan tetapi rombongan tidak tersusul dan akhirnya mereka sampai di Madinah. Peristiwa ini akhirnya menjadi fitnah dikalangan umat muslim kala itu kerana terhasut oleh isu dari golongan Yahudi dan munafik jika telah terjadi apa-apa antara ‘Aisyah dan Shafwan.
Sikap Nabi juga berubah terhadap ‘Aisyah, beliau menyuruh ‘Aisyah untuk segera bertaubat. Sementara ‘Aisyah tidak mau bertaubat kerana tidak pernah melakukan dosa yang dituduhkan kepadanya, ia hanya menangis dan berdoa kepada Allah agar menunjukkan yang sebenarnya terjadi. Kemudian Allah menurunkan ayat ini.


ayat ini mahu membuktikan yang aisyah tidak bersalah,dengan menerangkan kepada Rasulullah yang aisyah itu orang yang baik. dan Rasulullah juga orang yang baik. dan orang yang baik tidak akan melakukan sesuatu yang dia tahu salah. dan dipenghujung ayat itu tertulis,mereka tidak melakukan perkara yang diperkatakan,bahkan mereka mendapat ganjaran syurga.


jadi,jgn lah kamu2 berputus asa untuk mencari pasangan yang baik dan yang dapat membimbing kamu. dan jangan lah kamu merasa rendah diri utk berdamping dgn mereka yang baik dan soleh. cba kita lihat pasangan firaun dan isterinya asiah. 


asiah seorang wanita yang beriman, baik budi pekerti. sanggup mengambil musa sebagai anak angkatnya. jika dilihat firaun,seorang yang kejam, angkuh, tidak beriman, bahkan mengaku dirinya tuhan. tapi Allah menjodohkan mereka berdua.


ada juga yang nabi terdahulu yang isteri mereka tidak mahu beriman kepada Allah. dan berpegang kepada kesesatan yang nyata walau sudah diajak beriman.


rakan2 sekalian,maka tidak wajarlah untuk kamu mengambil al-quran hanya sebahagian, dan meninggalkan sebahagian yang lain. kerana boleh menimbulkan salah faham. dan yang lebih membimbangkan,apabila kamu mengambil al-quran hanya sebahagian kerana kamu tidak suka atau tidak berkenan dgn sebahagian yang lain.


makanya,jangan pernah merasa terlalu merendah diri kerana kesilapan lalu yang kita dh buat. yakinlah yang Allah menerima taubat setiap hambanya. dan jgn sesekali melepaskan seorang wanita atau lelaki soleh solehah  kerana rasa rendah diri itu.


memang dalam sesetangah perkara kita perlu mendahulukan orang lain. tapi tidak dalam beribadah. kita perlu berlumba2 menunaikan ibadah. dan perkahwinan itu adalah ibadah. jgn lah kamu tidak jadi berkahwin kerana rasa rendah diri dan rasa tidak sesuai dgn pasangan yang baik dan soleh. pilihlah dia,sayanglah dia. kerana dia mungkin harapan untuk kamu berubah.


ilmu aku takla byk. sekadar menyampaikan ape yang aku tahu.

amaran : jangan baca!!

beradu mengadu aku rindu.
makan bersudu tak cukup garfu.
tapi perut tak tepu2.
bukan nak merapu cuma nak bagitahu.

mengadap buku aku lesu.
penat terpaku berdiri macam batu.
nak beradu jadi berudu.
guling2 tetap macam tu.
last2 aku termangu-mangu.

pusing2 aku tetap kat situ.
atas katil dengar lagu.
busan2 aku lak y berlagu.
haru biru kelabu ungu.
padan lah muka kamu.
lain kali byk2 la merapu.
mcm kerapu bukan penyapu.

sometimes it better to remain silent.

silent is the best answer. it better then when talking turns into screaming. and neither us is listening. fighting for something that we know that we both will lose.

i prefer not to say a single word. because if you search for the answer as to why i am silent, you will remember it more.


i don't wanna go to bed mad at you. and i don't want you to go to bed mad at me. 

Tuesday, May 17, 2011

all about LOVE.

pernah tak korang rasa, korang bergerak dgn sgt perlahan. sgt perlahan sampaikan terasa seperti tidak bergerak. tapi sekeliling korang bergerak dgn sgt laju. laju y tanpa berhenti.

Wednesday, May 11, 2011

sebuah perkahwinan.


“Sudah berkahwin nanti, senanglah hati. Tidak perlu runsing-runsing lagi” kata Ali.
“Baju pun tak payah basuh sendiri. Sudah ada washing machine pelbagai guna!” sampuk Amir.
Semua ketawa.
Berderai-derai, meraikan hari-hari akhir bujangnya Ali.
Biar pun semua rakan ketawa, hati Ali ada gelisahnya. Dia tahu, pandangannya terhadap Alia, bakal isterinya itu, jauh lebih mulia daripada gurauan rakan-rakannya. Dia berharap agar perkahwinannya itu nanti akan menjadi mahligai hidup. Bayangannya banyak dibantu oleh drama, novel, dan kisah mulut ke mulut yang didengari selama ini.
Malah sebahagiannya adalah bayangan ciptaannya sendiri.
Perkahwinan itu indah.
KENANGAN LALU
Peristiwa gurau senda Ali bersama rakan-rakannya di kedai mamak itu sudah lama berlalu. Sudah lima tahun Ali dan Alia mendirikan rumahtangga. Mereka juga sudah dikurniakan dua orang cahaya mata yang comel. Ia benar-benar seperti watak-watak mahligai hidup yang pernah dibayangkannya dahulu. Dua insan sebagai pasangan yang sempurna, sepasang cahaya mata, seorang lelaki seorang perempuan… mereka bahagia.
Sepatutnya.
Tetapi ada sesuatu yang tidak kena. Apabila Ali melepak bersama rakan-rakannya, beliau gembira. Ketawa. Walaupun ketawanya tidak sampai ke lubuk hati, namun cukuplah sesi itu menjadi ‘panadol’ yang melegakan. Akan tetapi, apabila Ali pulang ke rumah, serabutnya datang semula. Melihat Alia, dan merenung keletah anak-anak, ia tidak lagi menyejukkan mata. Ia memanaskan emosi.
Apakah mengahwini Alia merupakan tindakan yang betul?
Jika cinta di luar perkahwinan banyak halangan, mengapa selepas halangan-halangan itu hilang, perkahwinan tidak memberi bahagia?
HAKIKATNYA
Dalam perkahwinan tiada cinta.
Ia seperti sebuah kotak yang kosong.
Cinta hanya ada dalam diri manusia.
Maka manusialah yang mengisi kotak perkahwinan itu dengan cinta.
Apabila manusia mula berhenti mengisi kotak perkahwinan itu dengan cinta, ia kembali menjadi sebuah kotak yang kosong.
Hukum perubahan, antara kebahagian dan kesengsaraan sentiasa Allah letakkan pada firman-Nya:
“Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa-apa yang ada pada sesuatu kaum itu sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri” [Al-Ra'd 13: 11]
Perkahwinan, medan memberi.
Banyak mengambil kurang memberi, perkahwinan kembali menjadi kotak kosong, sebuah penjara!

artikel diatas bukan milik penulis blog nih.
bagi mereka y tak pernah terbaca, atau terjumpa, artikel ini diambil dari ABU SAIF [ saiful islam ].
rajin2 la lawat link tu eyh. byk ilmu y kite blh dapat.

Monday, May 9, 2011

bila aku nk membesar nih?

aku tgk2 gambar kenduri kawen 5 bulan lalu.
dan aku jumpa ini....

try klik. nnt dia besa. canggih..~ magik.
aku rase aku nmpk macam budak sekolah dlm gamba nih.
yang budak comel sebelah tu,sepupu. encik ali nama dia.




hmmm....lagi2 cite pasal suh aku pregnen. sabar la weh. pe kate,korang tlg pregnenkan utk aku.

perbualan dibawah adalah didalam FB. antara aku, encik suami,dan adik lelaki aku.

wahai abg,isteri mu dh mcm panda. kalau comel mcm panda takpe gak. ni dh mcm hantu panda. serius,tak penah exam mcm nih.
Saturday at 1:38pm ·  ·  · See Friendship

    • Hanafi Jaafar panda comel, cuba cakap om nom nom sket... hehehehe
      Saturday at 1:48pm · 

    • Alep Jr Boss Kecik wakakaka....we...aku nk tny sikit nie..tp jgn mara,,bile nk ade anak..teringin nk ade bby kat umah nie...nk ade anak buah..:P
      Saturday at 6:05pm · 

    • Siti Hawa Md Dolkafle ops...~ huhu..tanya hanafi. tugas dia memberi,aku menerima je... harharhar.
      Saturday at 8:38pm · 

    • Alep Jr Boss Kecik wakakaka
      22 hours ago · 


Wednesday, May 4, 2011

ye..aku akan jadi ibu...


di suatu mlm yang hening..dan aku tgh pening..[sbb nk exm] terjadilah perbualan antara anak beranak.

mak : owh,aritu..kawan mak ade tnya.. "kak ros [tu nme mak aku la] bila nk dapat cucu?" kawan abah pon ade tnya jgak.
aku : woish!!! gilozz..~ abis mak ckp ape?
mak : mak ckp la..korng belajar lagi..sorang tempat lain.. sorg tempat lain. jauh2..susah.
aku : haha..mak,lain kali mak jawap la.."haish..aku mudo lagih. mne buleh ade cucu"
mak dan aku : hahahahahahahaha....
[serius,parent aku agak muda utk dapat cucu,umur baru 48 tahun ni]

hmm..anda2 dan kamu2 sekalian..
ye..memang la..
aku akan jadi ibu.
tapi bukan sekarang la.
sorang kat jermen,sorg kat india. mne nk dtg anak?? [owh,tapi cuti ni aku nk g jermen,blh la nk dtg anak. hohoho.. ops..apekah????]


aish..sabar..sabar.. aku yang bakal seorang ibu ini patutnye yang tak sabar.
ni,korang yang lebih2 tak sabar. amboi..lawan tokey..

aku yang belajar medik ni pon dh rase berat bagai ibu mengandung. lagi2,bila jawap soklan exam yang aku rase jarang gile soklan tu kua. dan ade yang aku tak penah jmp pon dlm koleksi past year question y aku ade.

jadi motipnye..jadikanlah otak anda seperti komputer dan elakkan dari mendapat anak ketika belajar. [tapi,kalau tak blh..jalanilah kehidupan anda seperti biasa]

p/s : ade orang ckp, aku letak nama suami aku kat dlm henfon sebagai "encik suami" itu comel. comel ke?