Saturday, April 16, 2011

ketenangan waktu dhuha.

sungguh aku tak tipu. ini sgt tenang.
"kekasihku rasullullah sallallahu 'alaihu wasallam telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu : supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat sembahyang dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan" [hadis riwayat al-bukhari dan muslim]

*awwabin berasal dari perkataan arab yang bermaksud orang yang sering bertaubat.
terdapat perbezaan pendapat di kalangan ulama perihal solat sunat awwabin ini.ada yang berpendapat solat sunat awwabin ini dilakukan antara waktu maghrib dan isyak. ada juga yang mengatakan solat sunat awwabin ini adalah nama lain bagi solat dhuha. [berdasarkan hadis diatas].


semoga kita sentiasa dimurahkan rezeki.
dalam al-Quran surah al-Dhuha, Allah s.w.t telah BERSUMPAH demi kehebatan waktu dhuha. Firman Allah s.w.t :

demi waktu dhuha dan demi malam apabila menjadi sepi. tidaklah Tuhanmu meninggalkanmu dan tidaklah Dia membencimu. dan akhirat itu lebih baik daripada dunia ini. dan pasti Tuhanmu akan memberi kepadamu kurniaan hingga kamu menjadi suka.

(surah al-dhuha : 1-5 )
 


selalunya setiap sesuatu yang dijadikan sebagai bahan sumpah Allah s.w.t mengandungi kepentingan yang sangat hebat.

di sini Allah s.w.t menjadikan waktu dhuha sebagai bahan persumpahan-Nya. itu menunjukkan bahawa waktu dhuha itu ada keistimewaannya , antara keistimewaannya adalah seperti yang telah di sebut oleh Allah s.w.t., waktu dhuha adalah waktu Allah s.w.t mencurahkan kurniaan kepada hamba-Nya. 


" barangsiapa yang melakukan solat dhuha membaca rakaat pertama surah Al-Fatihah dan ayat Kursi 10 kali, dan pada rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Al-Ikhlas 10 kali, nescaya ia mendapat kerelaan Allah Yang Maha Besar." [HR. Anas B Malik]. 

*aku pernah dgr tentang solat sunat awwabin nih [antara maghrib dgn isyak]. tapi aku tak pernah tahu cara dan bila ia dibuat. kalau sapa2 yang tahu lebih dalam hal ni. blh la kongsi.

No comments: