Friday, February 12, 2010

pelikkan?

pelikkan?????

kadang2 kita nak ape yang orang lain dapat. padahal kita tak perasan yang kita tak perlu pun bende tu.

sesekali,kita rasa cemburu..dgn apa yang kita lihat..tapi sebenarnya,sudah cukup apa yang kita ada. aku sendiri selalu berkata "manusia..takkan pernah cukup."

kadang2 kita rasa,kenapa aku tidak bersama dengan si dia. padahal aku dah lama meminati dan sgt2 menyayangi dia? dan aku sendiri selalu berkata "kadang2 jodoh tu bukan takda,tapi belum sampai masanya".

bintang tu cantik,tapi terlalu tinggi utk dicapai. cuma boleh tgk je. apa pun,sekurang-kurangnya,boleh kita nikmati keindahannya.

kita mungkin tak perasan,yang kita selalu mungkir janji. bukan dengan orang lain. tapi dengan diri sendiri. hari demi hari,setiap saat,setiap detik. pastinya ada yang kita mungkiri.

kadang2 kita lihat orang tersenyum. tapi kita tak tahu,yang kadang2 senyuman itulah sebagai petunjuk yang dia sedang berduka.

orang kata,sabar ada hadnya. pernah tak korang terfikir,sampai mana had sabar itu? apakah yang menentukan hadnya?

orang selalu cakap,bila kita tak dapat lagi sesuatu. kita pasti akan mengejarnya. biarlah walau kita hilang apa yang kita ada. tapi,bila kita dh dapat. kita abai,kita lupa,kita buat sambil lewa. dan perasan tak? yang kita cuma akan sedar,bila kita kehilangan ia semula.

pernah tak korang fikir,kenapa ikan tak masin walau hidup kat dalam air laut? abah cakap..sebab ikan tu memilih utk jadi tidak masin. kalau ikan tu memilih utk masin..kita cuma akan ada ikan masin. sama jugak dgn manusia.

kalau korang nak tahu,seorang doktor..dia dapat ilmunya bukan dari doktor yang lain atau pensyarah2 yang mengajar. tapi dia dapat ilmu dari pesakitnya.


2 comments:

norfaridahanum said...

aahhhhhh...ape lagik?

so so AGREEEEE!!!

sitihawa said...

hahaha..bagus2. pe lagi...renung2kan..dan slamat beramal...