seorang bayi lelaki,usia lebih kurang 2 bulan,comel..selalu senyum. kami pon amik la ukuran beliau. sungguh diA memang kecik. kepala,tangan...bayangkan..tapak kakinya 7cm.. hahahaha...sebenarnya tak perlu pon amik ukuran tapak kaki,mengade je nk ukur.
sedang asyik bermain dengan budak bayi lelaki [ ????] aku terdengar jeritan tangisan budak perempuan berusia lebih kurang 3tahun di katil sebelah..perlahan..makin lama makin kuat. lama dia menangis,menjerit. aku cuba lihat apa yang berlaku,rupanya si kecil ini mahu di suntik. ku lihat picagarinya besar... ada dua pulak tu. amik masa yang lama untuk memasukkan ubat kedalam badannya. lama dia menjerit..ditenangkan oleh ibunya.. tanpa ku sedar,mata ku bergenang,air mata hampir jatuh ke pipi. aku tak kuat utk terus mendengar tangisannya. Ya Allah,kuatkan lah aku....sesungguhnya,inilah yang bakal aku hadapi. sebagai seorang doktor.
dalam hatiku terdetik,andai ditakdirkan anakku juga begitu,kuatkah aku? dalam masa yang sama,aku cukup tahu dengan penyakitnya,aku cukup tahu dengan kesakitannya. kerana aku belajar semua itu. kerana aku bakal doktor dan bakal ibu. apa pun..."Allah tidak akan menguji seseorang itu,kalau dia tahu orang itu tak boleh menghadapinya."
SEMOGA AKU KUAT!!!!!!!!!!!!!!
No comments:
Post a Comment