siapa aku sebenarnya?
apa hak ku keatas kemahuan hati ini.
hanya ingin menyelit dilembaran waktu. mungkin itu memang bukan hak aku.
siapalah aku yang hanya menumpang didalam perjalanan. bukan utama sepenting perjalanannya. tapi,bagaimana dengan perjalananku?
perjalananku mungkin dirasa ringan. kesakitan aku mungkin tenggelam.semuanya kabur kerana aku yang merasa. tiada sedikit yang terasa.
jeritan aku hanya sudi didengar oleh pena dan papan kekunci komputer.
menemani aku menangis hanya air semasa bersiram. batu hitam berat cuba dilontar jauh2. tapi terlalu berat,hanya boleh menolaknya perlahan2 sambil sakit dan lelahnya terasa panjang.
andai aku punya kesempatan. kesempatan apakah yang ingin aku pinta?
pabila sudah termiliki,usaha untuk memiliki pastinya terhenti.
kenapa usaha tidak diteruskan? kerana yang termiliki belum pastinya berlarutan.
kenapa dahulu berkata besar menanam anggapan aku akan dimanja berpanjangan.
tidak mahu sedikit pun menerima kataku yang perjalanan lebih penting dari yang menumpang.
"Aaaahhh!!!tanpa aku,tiadalah perjalanan. tak berertilah perjalanan,kaburlah tujuan perjalanan"
kau yang salah!! membuatkan aku berasa berhak. aku kah yang perlu berubah? setelah tegas kukuh kau tanam kebiasaan berakar umbi mencengkam hati.
kalau aku yang perlu berubah,kenapa dari dulu tak mengikut kata ku. prinsipku bukan begini. kau yang mengukir ukiran kemas tercatat dijiwa. aku kah yang salah disaat aku begini? aku kah yang salah disaat aku berdiam diri? berkali2 takkan masih tidak mengerti?
marah ku bukan kerana amarah..cuma aku seorang wanita..terlalu lembut walaupun sekeras2nya kelikir. terlalu rapuh walau seteguh2nya konkrit. terguris sedikit,melaut kekecewaan.
No comments:
Post a Comment