Sunday, November 22, 2009

BIRU (BAB 1 PART1)

Petang itu,mendung seakan sudah mahu malam. Angin yang menandakan hendak hujan. Kambing-kambing mula mengembek. Risau akan terkena hujan. Berlari-lari menuju ke tempat berbumbung. burung-burung kembali ke sarang. "nampaknya macam nak hujan lebat ni nur,ayah kamu tak balik-balik lagi ni. Risau pulak mak." jelas terpancar kerisauan diraut wajah yang sudah dimamah usia. Nur yang tadinya khusyuk menyapu,berhenti. timbul sedikit kerisauan dihati. Betul juga,terfikir kalau-kalau ayahnya masih dilaut. "takpe la mak..mungkin ayah dah sampai ke pelabuhan kot." cuba menyedapkan hati ibunya dan juga hatinya,walaupun hati sebenarnya terasa seperti ada yang tak kena. cepat-cepat diselesaikan menyapu,bila teringat ada lagi kain yang dijemur masih belum diangkat. Guruh mula berdentum. Tanpa sempat menyimpan penyapu kembali ke tempat asal,nur bergegas keluar mendapatkan kain jemuran. "ayah kamu tak balik lagi nur?" "belum mak.." jawapnya pendek. "adik kamu mana?" "tadi dia dah balik dari main bola. Sedang mandi agaknya" hanya mengagak kerana sebentar tadi terlihat saiful bertuala keluar dari bilik. "haa..yelah. Mak nak ke rumah makcik kamu kejap. Hantar lauk ni. Nanti kalau ayah kamu balik,cakap mak dirumah makcik." nur hanya mengangguk sambil menghulurkan payung kepada ibunya. Sebaik saja ibunya keluar dari rumah, hujan mula turun dengan lebat.

No comments: