Tuesday, October 12, 2010

seronok wat ECG

pengalaman hari ni..

aku tak bape sihat sebenarnya lately. sakit dada. huh,serius sakit dan mmg tanak pon sakit tu dtg. dh setahun aku de sakit nih. tapi tak ske jump doktor,malas. tapi sejak 2 mggu ni..sakit tu makin teruk. paling lama aku kne....sakit tu berlarutan dh nk dekat 12 jam. hah!! mmg tak boleh tdo la. sbb ble baring tambah sakit.

so aku decide arini nk jmp doktor. mcm2 la pulak dia tanya. huu..lagi segan,doktor tu adalah doktor unit aku mse aku posting medicine 3rd sem. dh la mse 3rd sem tu aku hampeh. tanya sume tak leh nk jawap. huhu....anat dan physio terbang sume ilang. hahaha. tapi aku rase dia tak ingat kot... sbb dia cme 2 ke 3 kali je amik kelas. haha.

done!! last2 dia suh wat blood test. BLOOD TEST????? haha, hamik kau....!!!!
aku bukan la fobia dgn darah. takut darah. cume....aku de problem sket...je. aku akan nk pitam bila tiap kali kne cucuk. tak kesah la..cucuk utk amik darah, cucuk nk masuk ubat..tercucuk pin mse nk pakai tudung...tercucuk duri ikan...duri bunge ros...ape2 klu tercucuk ke..kne cucuk ke... aku akan pitam.

haaaaa..parah!! aku sorg pulak nih. huhu..kuat kn diri. dlm hati tu bape kali ulang..
takde pape...takde pape..takde pape... ok...ok...ok.... haha. lpas "bayar" bil [wlu sbnrnye tak byr pon sbb nnt my DADDY akn bayar,bkn sugar daddy..JPA da..] g la lab..tempat org bg darah dorg utk dimasukkn dlm botol2 kecik....

test yang aku kne...
1. hb count [ doktor ckp sbb aku pny hb dlu rendah,jd nk tgk cmne lak skrg]
2. ESR
3. serum TSH

seram gak mle2...wlu dh byk kali je withdraw blood nih. tp,cuak sbb kali ni sorg2. takut pitam. ingt lagi dlu. aku melakukn aksi bahaya. g klinik nk amik hep B puny vaccine.. kne cucuk.. blk dgn rasa nk pitam tuh..aku drive!! nseb bek sampai umah dgn slamat. lampu isyarat kat jln mcm nmpk tak nmpk je. hahaha.. huhu,tp alhamdulillah...aku tak pitam kali ni....huh!!!!! teror la... hahaha..bangga dgn diri sendiri. [ala...bukan bangga mendabik dada...tapi gembira la sbb tak pitam]

tp....paling bes arini....aku wat ECG. hah!! pengalaman..... slama aku dok g hospital hari2 [kecuali ahad] tak pernah la pulak ku tgk org buat ECG. alih2 aku sendiri y kne. huhuhu....bes2. mcm de letrik lalu dlm bdn. geli pon ade. haha.....byk glie wayar dia letak. sambung kat kaki..kat tangan...kat bdn..... cuak pon ade gak mle2. mse tu terbayang mcm dlm tv. cite y dorg buat robot ke...cite alien ke...y wayar byk2 berselirat. pastu dia amik data dr bdn kita....dr otak kite....[pengaruh tv melampau].

wlu aku terpaksa ponteng posting ortho arini..tapi berbaloi... sbb aku dpt pengalaman.
hah!! bercerita macam org tak sakit je. mmg tak sakit pon sekarang. dia cuma dtg tibe2 ikut ske ati dia je.....

AKU NAK EXAM DH...ISNIN DEPAN!!!!!semoga aku lulus dgn cemerlang.gemilang dan terbilang....


Sunday, October 10, 2010

high sekejap.

hah!!!!! kn dh ckp...siti ni bgus.... huhuhuhu...smlm tak sempat nk tunjuk kat ckg keje skolah y dh dibuat. ckg sibuk dok betulkan tulang org dlm ot. hahahahaha...arini OPD,cik siti nih pon dgn konfidennye menunjukkn kije skolah y tertangguh....

"nice.....very good note" sehelai demi sehelai dia belek note aku....

pergh!!! melayang2 bila dipuji. huhuhu.... astaghfirullah... riak dlm hati. hah!
bukan ape dik...dh kamu tak buat kije skolah...tangguh2...kne la wat yang terbaik... nmpk la y sebenarnya kamu nih bkn tak berminat... cuma sibuk dan tade mase je... hehehe[yo la tuh...].




Thursday, October 7, 2010

luruskan budak

siti, dia nih sebenarnya dh nk exam. 3rd sessional. huhu..tapi duk macam nih jugak. tapi yang menariknya..harini dia tak dapat attenden posting ortho..sbb dia tak buat kerje yang ckg dia suruh buat. hahaha...buat pertama kalinya dia tak dpt kedatangan sbb dia tak buat kerja sekolah. haha...tu je la nk cite. dan alang2 dh ckp pasal ortho nih.. meh cite sket pasal orthopedics. [sbb skrg siti nih tgh posting ortho].

ortho = straight
pedics = children

smlm..ckgu dia cerita bende nih la. orthopedics nih,dia... ceritanya.... sebenarnya... asalnya.... [banyaknya 'nya'] dorg nih nk seteretkn tulang belakang budak2 kecik..sbb dlu penyakit nih [scoliosis-medical condition in which a person's spine is curved from side to side.] kot y mula2 muncul. hahaha..ske hati stoberi cik siti je wat kesimpulan sendiri. tapi tu lah y siti paham masa dia didlm kelas semlm....

banyak lagi yang diajar smlm..
fracture [patah tulang]...
dislocation[tulang keluar dari soket]...
subluxation[kira macam dislocation,tapi tulang tu tak kuar dari soket,dia lari sket la...]

siti nih..bkn la jahat..tak siapkan keje skolah... walau tak siap,tapi dia baca tau....kalau tny... insyaAllah,blh la jawap.. cuma naseb je kurang baik,kalau ikot jadual..bukan ckgu tuh y dtg mengajar hari ni...jd,dia dgn jayanya membaca fracture.... siap complete satu bab fracture patho dia bace dan wat nota. jadi dia tak buat la keje yang ckgu tu suh buat.. mne la cik siti nih nk tau.. tetiba ckgu tu y dtg ajar ari ni. hehehe..nseb la kamu siti...

tapi dia dh siapkan dh keje tu ptg td... bende dh bace dh,cuma tggal tulis dn susun je..
huhuhu.....

nomnomnom.....

Sunday, October 3, 2010

LAFAZ SAKINAH


wahai perasaan..
ku layarkan bersamamu sebuah harapan
ke samudera penuh godaan
sang camar beriringan menunjuk jalan
agar aku tak kesesatan dilambung gelombang
atau kehilangan arah jalan pulang....
wahai perasaan yang tak pernah terpuaskan
kemana lagikah haluan harus ku halakan?
akhirnya dalam pelayaran belum kesudahan..
ku temukan sebuah pelabuhan
untuk ku pujukmu wahai perasaan..
oh Tuhan..berikaku percikan nurMu..
agar aku tak kesesatan..dan tahu jalan pulang...

Thursday, September 23, 2010

benda boleh fikir kan..... tak salah orang...

mana tak marah kalau benda tu patut marah. kalau tak marah,kata tak sayang. pelik lah kalau tak marah. kenapa berharap kita takkan marah benda yang patutnya orang akan marah. jadi tak boleh la salahkan orang yang marah kalau kita sendiri yang nak buat,dah buat,sedang buat sesuatu yang akn buat orang marah. logik kn....???????

Saturday, August 28, 2010

nikah gantung...

Taysir Az Ziwaj ialah " Permudahkan Proses Perkahwinan " terutama kepada anak - anak muda yang tidak berkemampuan dari segi material untuk mendirikan rumahtangga tetapi dalam masa yang sama mempunyai keinginan yang tinggi untuk hidup berpasangan .

Islam adalah agama yang penuh dengan rahmah dan berkah. Ia diutuskan oleh Allah swt Tuhan yang mencipta manusia bukan untuk menghalang atau menidakkan keperluan manusia seperti keinginan [ nafsu ] syahwah dan sebagainya tetapi Islam datang untuk membetulkan dan memandu manusia agar melunas keinginannya secara yang betul , benar dan baik .

Gejala seks bebas [ zina ] dan rogol adalah angkara nafsu yang tidak terkawal dan ia disalurkan secara tidak betul , tidak benar dan membawa keburukan kepada diri dan orang lain . Sedang Islam menggalakkan perkahwinan [ aqad nikah ] agar hati manusia tenteram dan tenang serta nafsu dapat dikawal . Ini membawa kebaikan kepada semua ummat manusia .ala

Firman Allah swt yang bermaksud :

dan kahwinkanlah orang - orang bujang [ lelaki dan perempuan ] dari kalangan kamu dan orang - orang yang soleh dari hamba - hamba kamu , lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin , Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah swt Maha Luas rahmat dan kurniaNya lagi Maha Mengetahui .

An Nuur : Ayat 32


Perkahwinan yang digalakkan oleh Islam ini sewajarnya dipermudahkan prosesnya agar generasi muda negara tidak liar dan kemaruk nafsu lalu terjebak dalam kancah seks bebas [ zina ]. Memudahkan prosesnya boleh dilakukan oleh pihak berwajib [kerajaan] seperti [ sekadar menyebut beberapa contoh ] :

  • Memberi peruntukan kepada pasangan muda yang ingin berkahwin
  • Memberi insentif sebagai galakan berkahwin
  • Mengurangkan karenah birokrasi yang menyulitkan
  • Kursus dan khidmat bimbingan perkahwinan secara percuma
  • Menganjurkan perkahwinan beramai - ramai yang menjimatkan
  • Mendidik masyarakat dengan budaya sederhana dalam majlis perkahwinan
  • Merendahkan hantaran perkahwinan

Antara kaedah mempermudahkan proses perkahwinan ini ialah Nikah Khitbah atau dalam bahasa mudah disebut oleh masyarakat kita sebagai Nikah Gantung . Nikah Khitbah adalah sama seperti nikah biasa mengikut hukum dan perundangan Islam yang mempunyai 5 rukunnya iaitu :

  • Suami
  • Isteri
  • Wali
  • Saksi
  • Aqad [ Ijab Qabul ]

Cuma bezanya ialah pasangan pengantin [ suami isteri ] tidak tinggal serumah dalam tempoh - tempoh tertentu kerana beberapa keadaan seperti [sekadar menyebut beberapa contoh] :

  • Masih menuntut di kolej atau uniersiti
  • Tidak mempunyai kemampuan menyewa rumah
  • Belum bersedia menanggung komitmen kehidupan berumahtangga

Justeru itu , buat tempoh tertentu pasangan suami isteri yang telah dinikahkan itu tinggal berasingan [ atas persetujuan bersama kedua - dua pihak ] dan barangkali tinggal bersama keluarga masing sehinggalah mereka merasakan segala halangan diatas telah selesai dan mereka benar - benar bersedia mengharungi kehidupan berumahtangga yang besar tanggungjawabnya.

Kelebihan Nikah Gantung ini ialah mereka adalah pasangan suami isteri yang sah mengikut hukum agama dan undang - undang negara . Andai dalam tempoh itu mereka bertemu , keluar makan , dating , study bersama bahkan kalau mereka terlanjur sekalipun mengadakan hubungan seks , maka apa yang mereka lakukan itu tidak salah atau tidak haram .

Andai berlaku kehamilan , maka pasangan itu tidak perlu panik terutama pihak gadis yang hamil kerana ia menghamilkan anaknya yang sah nasab [ keturunan ] . Bahkan nanti mereka tidak perlu malu dan menjauhkan diri dari keluarga kerana keluarga pula akan menyambut kedatangan bayi itu dengan bangga dan bermaruah .

Kes buang bayi yang berleluasa hari ini rata - ratanya adalah ekoran rasa panik dan hilang pertimbangan akibat malu dan hilang maruah dari pasangan terbabit. Malah mereka juga takut untuk kembali kepangkuan keluarga justeru mereka mengetahui bahawa hubungan mereka salah dan mereka hamil hasil hubungan terlarang . Ia memalukan keluarga dan mencemarkan maruah bangsa dan agama . Akhirnya , jalan pintas dan terdesak yang ada pada mereka ialah buang bayi tersebut dengan harapan selesai masaalah dan beban yang mereka hadapi tanpa mereka menyedari bahawa akan mencetus bencana yang lebih parah kepada sosial negara .

Sebenarnya Nikah Khitbah ini pernah dilakukan dalam masyarakat Arab . Menurut amalan tersebut , sewaktu majlis pertunangan , ia dilangsungkan sekali dengan majlis aqad nikah [
halflun nikah ] tetapi mempelai tidak boleh tinggal sekali [serumah] sehingga berlangsungnya pula majlis perkahwinan [haflul Qiran] . Terkadang tempoh itu [ antara pertunangan dan perkahwinan menjangkau tahun lamanya.]

Dalam masyarakat Melayu , amalan ini sebenarnya pernah diamalkan sebelum ini dengan nama Nikah Gantung . Ia pernah di kaji oleh beberapa Anthropologist seperti Paletz , Djamour
dan Jones. Mereka mengistilahkan Nikah Gantung sebagai "Suspended Marriage Contract" iaitu satu fenomena sosial yang diamalkan oleh masyarakat Islam di Asia tenggara .

Malah menurut Abdul Jalil Borhan , perkara yang berkaitan dengan Nikah Gantung terdapat dalam seksyen 112 [dalam bahagian 5] enakmen Pentadbiran
Agama Islam Johor.

Perbahasan Hukum

Salah satu dalil yang digunakan oleh sebahagian para alim ulama' ialah Perkahwinan Rasulullah saw dengan Aishah rha. menurut hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim , Rasulullah saw telah mengahwini Aishah ketika berumur 6 tahun dan hanya duduk serumah ketika Aishah berumur 9 tahun . Hadis ini menjadi dalil berlakunya aqad nikah , maka bukan menjadi kewajipan bagi mempelai untuk terus tinggal serumah terutama atas persetujuan kedua pihak untuk beberapa tempoh yang dipersetujui.

Apabila pasangan pengantin [ nikah gantung ] bersetuju untuk tinggal berasingan kerana beberapa perkara yang diambil kira seperti yang saya sebutkan di atas tadi , maka tidaklah berbangkit isu nafkah batin [
jima' \ bersetubuh ] . Apa yang timbul ialah perbahasan dari segi nafkah zahir [ material ] . Berkait perkara ini , kita mempunyai beberapa pandangan :

a] Mazhab Zahiri seperti yang dinyatakan oleh Ibn Hizam iaitu nafkah ini [ nafkah zahir ] wajib dengan berlakunya aqad , maka selepas sahaja aqad nikah , suami wajib memberi nafkah zahir kepada isterinya .

b] Pandangan Jumhur ulama' iaitu nafkah zahir itu hanya wajib apabila isteri memenuhi syarat - syarat tertentu seperti isteri menyerahkan diri kepada suami [ berpindah ke tempat suami ] , boleh melakukan istimta' [ mengambil keseronokan] , jima' [ bersetubuh ] , isteri tidak keluar rumah tanpa izin suami dan seumpamanya .

Nikah khitbah dapat disimpulkan bahawa : bebanan nafkah itu tidak diwajibkan ke atas suami sekiranya kehidupan biasa suami isteri belum berlaku . Bagaimanapun sekiranya suami isteri tersebut keluar bersama , maka tiada halangan dari segi hukum syara' kerana mereka adalah suami isteri yang sah. Demikian juga andai berlaku kehamilan maka bayi itu sah dan mereka boleh menjalani kehidupan berkeluarga seperti biasa yang sah. Tidak perlulah mereka melarikan diri , buang bayi dan menggugurkan bayi atau membunuhnya .

Tegasnya saya sebutkan disini , terutama kepada pihak berkuasa agama , ibu bapa dan seluruh anggota masyarakat termasuk anak - anak muda agar mereka kembali kepada cara hidup Islam . Walaupun nikah gantung ini kelihatan seperti baru dalam negara kita bagi sesetengah pihak , tetapi ia lebih baik dari kita membiarkan anak - anak gadis dan teruna kita berpeleseran , bergaul bebas lalu akhirnya mereka terjebak dalam kancah seks bebas dan penzinaan yang memalukan . Bukan sahaja maruah keluarga dan agama tercalar , murka Allah swt itulah yang paling ditakuti.

Disediakan Oleh

Ust.Nasruddin Hassan At Tantawi

Ketua Pemuda

Dewan Pemuda PAS Pusat

Thursday, August 5, 2010

10 sifat calon suami yang baik.

Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.
Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.

1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.

2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.

3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.

4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.

6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.

7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.

9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.

10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan