apa silapnya?
yang membuatkan aku semakin tidak yakin.
apa yang berlaku hari ini sahaja cukup untuk buat aku tidak yakin.
kalaulah aku tidak pernah mengenalinya.
perkara begini membuatkan aku mengingati sesuatu yang aku tak patut aku ingat sebab tiap kali aku ingat,pastinya aku yang sakit. sakit sebab mengetahui hakikat yang ia takkn blh berubah.
seharian aku melawan dengan diri sendiri
berperang dengan hakikat sifat diri. puas cuba diambil segala kebaikan. cuba diambil yang positif. tapi malangnya usaha macam sia2. perbincangan tidak menyelesaikan apa yang yang terbuku dihati. dan akhirnya,akulah yang mendengar. bukan apa yang kuat dalam hati ini yang diperbincangkan. tapi seperti biasa,sebaliknya yang berlaku. aku lali. hampir setiap kali.. ia memang begitu. pastinya berakhir dengan bukan cerita diriku,hatiku,perasaanku. segalanya tentang dia. kesedihan dia,apa yang tak cukup pada tafsiran dia.
segala yang hari ini..membuat aku berfikir. baiklah aku tak pernah mengenali dia. sakit hati bagai dirobek. hancur. sehingga nafas seakan tersekat. kerana sakitnya hati. kegembiraan yang sedikit mengubat petang tadi bagai diragut dengan kasar. sampai sekarang. aku masih sakit. sakit..cukup sakit. lama dibiar dari semalam.
keadaan ini lebih membuatkan aku merinduinya. walaupun sekejap. sakit hati yang aku terima tak pernah sehebat ini. sangat hebat sehinggakn aku cukup marah. masih marah. ditegaskan!! bukan merajuk!! tapi marah!!!
hatiku berbunga petang tadi. aku dapat tahu yang aku akan ada cuti bulan12 ni. 3minggu seperti pelajar2 lain. itu cukup membuatkan aku terfikir sesuatu yang memang akan mengembirakan dia. tp,sekarang..aku jadi tak pasti sama ada aku masih mahu cuti itu atau tidak. maaf...kalau penulisan ini menjengkelkan. ada yang tidak puas hati. ada yang terasa hati. hakikatnya,aku menulis untuk diri aku.
bagi yang terasa. ketahuilah..aku marah. sangat marah. marah yang menyebabkan aku sangat sakit. seperti mahu segalanya berakhir.
"cinta dn sayang tak semestinya bersama" perkataan y aku selalu guna tapi aku sendiri tak tahu aku dapat terima atau tidak.
salahkah aku?
kurang apakah aku?
tidak cukup kah usaha aku?
aku cuba ketepikan segala perasaan aku. kebiasaan aku.
kenapa..setiap kali hal begini,aku yang menjadi pendengar. aku rindukan orang yang mendengar. tang diam tanpa kata. tapi ada saja kelucuannya.
No comments:
Post a Comment