tidurlah,malas nak teruskan kerja yang seakan-akan sia-sia.
sepatutnya,aku terus tidur waktu ini. tapi tersangkut kepada kotak hitam 4segi ini. melihat-lihat,meraba-raba,dan menekan-nekan kekunci huruf yang bersusun tidak mengikut susunan abjad ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTUVWXYZ...dan begitulah kisahnya bagaimana aku boleh mula menulis entry untuk kali ini...muqaddimah yang aku rasakan tak patut dan tak perlu untuk dipaparkan. cuma cuba menambah kebosanan mereka-mereka yang membaca. saja,tiada kerja.
teringat tadi masa makan bersama shuhaiza dan zahida. aku hadir lewat ke meja makan. makanan sudah dia bahagi kedalam tiga mangkuk putih. aku pun duduk untuk memulakan acara makan. tiba-tiba...
"woit...apesal aku punye banyak???" aku lah itu yang berkata-kata.
zahida tersengeh..
"mekda..ko punye sket je.. amboi..."
shuhaiza yang dari tadi makan seakan *huhu..bukan salah aku..aku dah amik part aku...*
terfikir..kalau di rumah..dengan adik beradik la..bila ada makanan apa-apa pun lah,pastinya akan ada yang berbunyi..
"ape nih...aku punye sket je...mne aci...."
marah bila melihat makanan didalam pinggan yang dihidang untuknya sedikit.
situasi yang berbeza. kenapa agaknya? kelakar pun ada. ada yang marah bila makanan dalam pinggan hanya sedikit. ada yang marah apabila diberi lebih.
kisah kedua...teringat bersembang-sembang dengan suhaili,mengisi kekosongan semasa posting yang waktu itu aku sangat mengantuk hingga seakan-akan terasa hendak muntah kerana menahan ngantuk.aku pun tidak pasti bagaimana topik ini boleh keluar. lebih kurang beginilah...
"mokwo...hanafi letak gamba mokwo kat facebook dia tak...?"
"tak..dia kata dia taknak kongsi aku dengan orang lain.."
"pelik kan...ade orang laki yang letak gamba awek dia kat facebook atu kat frenster"
"dan..sebab dia, sebab nk tunjuk kat semua orang,yang pempuan tu milik dia..."
P/S : TULISAN MERAH DIALOG MILIK SUHAILI.
tapi kali ini,ada sebab yang kedua kenapa ada diantara lelaki atau perempuan yang tidak meletak gambar pasangan mereka di facebook atau frenster...sebabnya..mereka mahu orang ramai menganggap mereka masih single.. pelik kan dunia? macam-macam sebab dan alasan berbeza-beza.
kisah ketiga..perbualan aku dengan encik biskut teddy.
"orang lelaki ini simple.." dia meluah mentafsir apa yang disampaikan didalam movie the ugly truth. maka keluarlah perbahasan,yang bagi aku...tak patut dibahaskan antara lelaki dan wanita. kerana tiada penghujung.
perempuan berkata.."lelaki ni complicated..susah nak faham.."
lelaki berkata..."perempuan ni leceh..susah nk faham..complicated.."
fikirlah..apa yang susah untuk difaham,dan apa yang complicated sangat? bagi aku..setiap manusia itu complicated. lelaki tidak faham perempuan,perempuan tidak faham lelaki. dan mungkin yang lebih parah..perempuan sendiri tidak faham perempuan..dan lelaki sendiri tidak memahami lelaki. dan akhirnya,aku pun tak faham hairan,kenapa topik ini jugalah antara yang hangat dijadikan dialog-dialog di dalam drama-drama dan movie-movie.
selesai kisah-kisah yang terlintas dalam kepala aku. mungkin ada lagi yang belum mahu menunjukkan diri. dan selesai entry aku untuk kali ini.
P/S: SANGATLAH BERBEZA MENULIS DI BLOG DAN DIDALAM DIARI.
1 comment:
senang cakap sume pun complicated la hawa aku pun tak taw nak cakap pe penyudahnye huhu
Post a Comment