Saturday, October 31, 2009

end posting medicine utk sem ini.

kelu,terpaku aku pilu.
seharian aku menatap lesu,
lelah,mengah aku kah salah?
semalaman aku dirudung resah,
sedaya kudrat mengukir senyum,
dalam hati luluh terpahat,
biar..
abai...
jangan dipeduli..
hati ini lali,
jangan diendah walau disakiti,
berulang-kali.

duri ditarik,selumbar tak sedar.
puas dibelek,diterbalik,tertonggeng,tertonggek,
luka tak dapat dicari,
bernanah merebak menjadi barah,
sembuh tak pulih,
menjadi berbekas.

kisahnya....atau kasihnya.....

- "sudikah awak ambil saya sebagai pemaisuri awak?"
- "mestilah sudi sayang.."

-"pink ke unggu?"
-"unggu."
-"lavender?"
-*angguk dan senyum*

-"tu la..lain kali makan byk2,makan sikit sgt. kecik.. je"
-"ala,orang makan banyak la,ayg mana tau"
-"yela tu..makan mc ciken pon tak abis"
-"yala..you kena makan byk sikit,tgk..jari you lagi kecik dari dia"
-"ala,moi..dia gigit jari saya hari2 maa..memang la jadi kecik"
-*tergamam*

-"ada rasa lain tak hari ni?"
-"mmm..ada bau lain."
-"hehehe.."
-"baru ke?"
-"abang beli pewangi baru,sedap tak?"
-"sedap2.."
-"tapi dia special tau.."
-"kenapa pulak?"
-"cuba bukak tu..(laci kat depan kereta)"
-*buka.ada bekas pembalut pewangi kereta.tertulis I LOVE YOU.(nama pewangi tu i love you)*
-"hehehe"
-*terharu*
-"I LOVE YOU 2..."

-"yang,yang..perempuan tu dari tgk abg je.."
-"mana3...?????"
-"tu yang jaga kat tepi pintu tu..."
-"yang mana? amboi..meh ayg belasah dia meh."
-"haaaa..betul2...gi belasah dia."
-*gelak...*

-"aish...ape la..yang dibaca..tak paham tol la..."
-*main tarik2 buku*

-"yang,alaaa...ayang nih,tgk..kawan ayg dh terlepas. nasib baik tak langgar"
-"ape....????tah pape la..."
-"tu sebelah ayg tu.."
-*pandang ke tingkap.tetiba bertembung dgn muka kambing.*
-"AAAAAA..!!!" *terkejut*
-"pap!!" *bahu dipukul*
-"eee...jahat!!"
-"hahahahahahahahahhaahaha"

-"abg tgh watpe tu?"
-"ayg tgh watpe?"
-"ayg tgk tv...."
-"haaa...abg tgh tgk ayg tgk tv"
-"abg ni..org tny betol2 la..."
-"abg betol2 la ni..takkn abg tak betol pulak....hahahahahaha"

-"nk kol abg blh?"
-"hah? blh2..kol la."
-*dail*
-"hello.."
-*tanpa cakap apa2.nangis.sangat dahsyat.tak berhenti hampir 30minit*
-*berhenti nangis.*
-"dah? dah abis nangis dah?"
-"dah..dah abis dah..."
-"huish....ayang nk tau tak...tadi hujan lebat...lebat gile. tak de pon tanda2 nk ujan. tetiba dia hujan,pastu tetiba je berhenti...huuu..dahsyat..."
-"hah? hujan? kat cni tak hujan pon."
-"tula..tadi ada orng nangis..ingat hujan..sampai banjir...."
-"eeee...nk ejek org la tu"
-"hehehe..mana ade..alaaa...abg tau ayg ciwek...nangis tu kalau tadah mesti berbesen2."
-"hehehehehe..mane de..pandai2 je..."
-"aik? dah gelak dah......tadi nangis"
-"dah...dah gelak dah..nk ayg nangis lagi ke?"
-"isk,tanak2..nnt banjir...hahahahhaha"
-*gelak*

-"eee...napela..mak dia tak pakaikan ank dia selipa?"
-"mana2?"
-"tu....?"
-"jap2...ape dia? tak pakai ape?"
-"selipa..."
-"selipa...hahahahha..selipa..."
-"ngape???"
-"tak la...macam kelakar...selipa...org slalu gne selipe"(sambil goyang2 selipa dikaki)
-"ayg biasa je guna..kt sekolah guna je.."
-"selipa...hahahahaha..selipa..."
-*dan sepanjang jalan la dia ulang perkataan "selipa"*
-"isk....abaaaaanggg..dah la...pening."
-"selipa....hahahahhha...selipa..."


thanks for acting like you cared.

mana silapnya?
apa silapnya?
yang membuatkan aku semakin tidak yakin.
apa yang berlaku hari ini sahaja cukup untuk buat aku tidak yakin.
kalaulah aku tidak pernah mengenalinya.
perkara begini membuatkan aku mengingati sesuatu yang aku tak patut aku ingat sebab tiap kali aku ingat,pastinya aku yang sakit. sakit sebab mengetahui hakikat yang ia takkn blh berubah.

seharian aku melawan dengan diri sendiri
berperang dengan hakikat sifat diri. puas cuba diambil segala kebaikan. cuba diambil yang positif. tapi malangnya usaha macam sia2. perbincangan tidak menyelesaikan apa yang yang terbuku dihati. dan akhirnya,akulah yang mendengar. bukan apa yang kuat dalam hati ini yang diperbincangkan. tapi seperti biasa,sebaliknya yang berlaku. aku lali. hampir setiap kali.. ia memang begitu. pastinya berakhir dengan bukan cerita diriku,hatiku,perasaanku. segalanya tentang dia. kesedihan dia,apa yang tak cukup pada tafsiran dia.

segala yang hari ini..membuat aku berfikir. baiklah aku tak pernah mengenali dia. sakit hati bagai dirobek. hancur. sehingga nafas seakan tersekat. kerana sakitnya hati. kegembiraan yang sedikit mengubat petang tadi bagai diragut dengan kasar. sampai sekarang. aku masih sakit. sakit..cukup sakit. lama dibiar dari semalam.

keadaan ini lebih membuatkan aku merinduinya. walaupun sekejap. sakit hati yang aku terima tak pernah sehebat ini. sangat hebat sehinggakn aku cukup marah. masih marah. ditegaskan!! bukan merajuk!! tapi marah!!!

hatiku berbunga petang tadi. aku dapat tahu yang aku akan ada cuti bulan12 ni. 3minggu seperti pelajar2 lain. itu cukup membuatkan aku terfikir sesuatu yang memang akan mengembirakan dia. tp,sekarang..aku jadi tak pasti sama ada aku masih mahu cuti itu atau tidak. maaf...kalau penulisan ini menjengkelkan. ada yang tidak puas hati. ada yang terasa hati. hakikatnya,aku menulis untuk diri aku.

bagi yang terasa. ketahuilah..aku marah. sangat marah. marah yang menyebabkan aku sangat sakit. seperti mahu segalanya berakhir.

"cinta dn sayang tak semestinya bersama" perkataan y aku selalu guna tapi aku sendiri tak tahu aku dapat terima atau tidak.

salahkah aku?
kurang apakah aku?
tidak cukup kah usaha aku?
aku cuba ketepikan segala perasaan aku. kebiasaan aku.
kenapa..setiap kali hal begini,aku yang menjadi pendengar. aku rindukan orang yang mendengar. tang diam tanpa kata. tapi ada saja kelucuannya.

Friday, October 30, 2009

seandainya..

masalahnya satu,
kau tak pernah berkasar,
sedikit tanpa sedar..membawa luka yang dalam..

semuanya dh terlewat..
tiada 2 selepas 3..
tetap akan terus berlaku.

malam ini....

Kian

Artist: Mawi
Kian jauh
Kian hilang
Kasih antara kita

Nampak tenang
Pada zahirnya
Tapi batin terseksa

Yang terguris tak nampak dimata
Yang terhiris terluka
Sesekali terbit air mata
Tahan sebak didada

Ke manakah..nak dibawa
Resah kian melanda

Di manakah
Hendak ku khabar
Pilu di dalam dada

Bila kasih di hujungnya nyawa
Rasa ingin dimanja
Perasaan pun kian tersentuh
Bila rindu ini berlabuh

Apakah yang dikejar dalam hidupmu
Berkali ku kata padamu
Kita singgah di dunia yang sementara
Penuh tipu daya

Yang kekal
Disana
Biarlah..kita bersama

Usahlah
Hanyut terus terlena
Kerana dunia

Pada aku masih ada
Kasih belum terhakis
Sebenarnya..sudah lama
Ku sungguh berkecil hati

Sunday, October 11, 2009

Jangan Pernah Berubah..[percayalah,tajuk tiada kaitan langsung dengan isi entry ini]

[garu kepala yang tidak gatal] uurrmmm..sesuatu bermain didalam kepala aku. sesuatu yang seakan sedang bermain bowling. dapat rasakan bagaimana sebiji bola bowling bersaiz 12 dibaling dan menjatuhkan pin-pin yang disusun oleh mesin. namun,sekuat tenaga diarah demi menuruskan penulisan. sayangnya,penulisan seakan sering tergelincir salah. dakwat putih yang diguna untuk menutup kesalahan makin malu-malu hendak keluar,walau puas dipicit perutnya yang seakan ikan,sehingga kempis terpenyek. hendak dibuang sayang,masih ada lagi sisa-sia yang masih sudi untuk keluar. [barang dari malaysia lah katakan...tiada terjumpa di bookmark atau di depot juga di nilgiris]. biarlah ia terus setia didalam kotak pensel bergambar pooh[anda pasti kenal beliau]. aaahhh..tak ada guna meneruskan penulisan seperti ini,makin comot kertas putih bergaris hitam itu. seakan mahu saja dibuang,buat yang baru. hodoh! comot! tidak kemas! benci melihat hasil kerja sendiri.
tidurlah,malas nak teruskan kerja yang seakan-akan sia-sia.

sepatutnya,aku terus tidur waktu ini. tapi tersangkut kepada kotak hitam 4segi ini. melihat-lihat,meraba-raba,dan menekan-nekan kekunci huruf yang bersusun tidak mengikut susunan abjad ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTUVWXYZ...dan begitulah kisahnya bagaimana aku boleh mula menulis entry untuk kali ini...muqaddimah yang aku rasakan tak patut dan tak perlu untuk dipaparkan. cuma cuba menambah kebosanan mereka-mereka yang membaca. saja,tiada kerja.

teringat tadi masa makan bersama shuhaiza dan zahida. aku hadir lewat ke meja makan. makanan sudah dia bahagi kedalam tiga mangkuk putih. aku pun duduk untuk memulakan acara makan. tiba-tiba...

"woit...apesal aku punye banyak???" aku lah itu yang berkata-kata.
zahida tersengeh..
"mekda..ko punye sket je.. amboi..."
shuhaiza yang dari tadi makan seakan *huhu..bukan salah aku..aku dah amik part aku...*

terfikir..kalau di rumah..dengan adik beradik la..bila ada makanan apa-apa pun lah,pastinya akan ada yang berbunyi..
"ape nih...aku punye sket je...mne aci...."
marah bila melihat makanan didalam pinggan yang dihidang untuknya sedikit.

situasi yang berbeza. kenapa agaknya? kelakar pun ada. ada yang marah bila makanan dalam pinggan hanya sedikit. ada yang marah apabila diberi lebih.


kisah kedua...teringat bersembang-sembang dengan suhaili,mengisi kekosongan semasa posting yang waktu itu aku sangat mengantuk hingga seakan-akan terasa hendak muntah kerana menahan ngantuk.aku pun tidak pasti bagaimana topik ini boleh keluar. lebih kurang beginilah...

"mokwo...hanafi letak gamba mokwo kat facebook dia tak...?"
"tak..dia kata dia taknak kongsi aku dengan orang lain.."
"pelik kan...ade orang laki yang letak gamba awek dia kat facebook atu kat frenster"
"dan..sebab dia, sebab nk tunjuk kat semua orang,yang pempuan tu milik dia..."

P/S : TULISAN MERAH DIALOG MILIK SUHAILI.

tapi kali ini,ada sebab yang kedua kenapa ada diantara lelaki atau perempuan yang tidak meletak gambar pasangan mereka di facebook atau frenster...sebabnya..mereka mahu orang ramai menganggap mereka masih single.. pelik kan dunia? macam-macam sebab dan alasan berbeza-beza.


kisah ketiga..perbualan aku dengan encik biskut teddy.

"orang lelaki ini simple.." dia meluah mentafsir apa yang disampaikan didalam movie the ugly truth. maka keluarlah perbahasan,yang bagi aku...tak patut dibahaskan antara lelaki dan wanita. kerana tiada penghujung.

perempuan berkata.."lelaki ni complicated..susah nak faham.."
lelaki berkata..."perempuan ni leceh..susah nk faham..complicated.."

fikirlah..apa yang susah untuk difaham,dan apa yang complicated sangat? bagi aku..setiap manusia itu complicated. lelaki tidak faham perempuan,perempuan tidak faham lelaki. dan mungkin yang lebih parah..perempuan sendiri tidak faham perempuan..dan lelaki sendiri tidak memahami lelaki. dan akhirnya,aku pun tak faham hairan,kenapa topik ini jugalah antara yang hangat dijadikan dialog-dialog di dalam drama-drama dan movie-movie.


selesai kisah-kisah yang terlintas dalam kepala aku. mungkin ada lagi yang belum mahu menunjukkan diri. dan selesai entry aku untuk kali ini.

P/S: SANGATLAH BERBEZA MENULIS DI BLOG DAN DIDALAM DIARI.

Friday, October 2, 2009

AMARAN : BAIK JANGAN BACA!!!

arini..aku sedikit tiada mood. hilang entah kemana. teringat org di malaysia?mungkin... rindu?mungkin.. sayang?mungkin.. cinta?mungkin...
aku terpanggil untuk menulis.. ingin meluah..tapi tak tahu bagaimana...


melihat aku ke langit..
bintang tiada menemani..
berlari aku ke laut..
ombak tidak mahu beralun..

kesini aku meraung..
kesana aku terluka...
tersungkur aku merangkak..
lelah menelan nafas sendiri...

sepi....
sunyi...sendiri...
hanya sayup nyanyian rindu..
dan gemersik bisikan cinta..
memanggil aku kembali..
memaksa hati menuruti...

tatkala itu akal terjaga..
dibangunkn dek tangisan jiwa..
lemas dalam rindu..
yang nafasnya dari cinta..
bertunas dari sayang...

lepaskan aku kelangit..
kau sentiasa menjadi awan..
lepaskan aku ke laut...
kau sentiasa menjadi airnya..
lepaskan aku kehutan..
kau sentiasa menjadi hijaunya..

aku terduduk..
terdiam....
kemana lagi arah tujuan..
kemana saja ia telah berakar umbi..
kukuh mencengkam hati..
hati yang selalu mengetahui..
ianya tidak bersyarat..
dan ianya tidak minta bersatu...