Sunday, November 25, 2012

membilang hari.
terlalu menginginkan kehadiran yang dirindui.
tahun akhir bukan satu perkara mudah.

aku ke kelas,kau masih tidur. aku pulang dari kelas,kau pula ke kelas.
kau pulang dari kelas,kau mahu belajar. aku mahu masak dan makan malam.
aku mahu belajar,aku mengantuk. kau masih di kelas. aku tidur. kau mahu makan malam.

aku belum bersedia. aku mahu banyak lagi masa.
dalam masa yang sama,aku tak sabar. menghabiskan sisa2 hidup dibumi india.
manusia sentiasa tamak. sentiasa mahu apa yang tiada.

jodoh kita bukan tiada,mungkin belum tiba masanya.
sabarlah hati, sampai waktunya. kita akan bersama. selamanya. selagi nafas tidak terhenti.

senyumlah wahai hati, walau ia tak seindah syurga.
walau hidup ini kadang kala tidak adil.
ingatlah satu..cinta kita melengkapi segalanya.
sayang kita menjadikan ia sempurna.



No comments: