Tuesday, December 25, 2012

hadiah ulang tahun ke2.

tahun ni..sorang kat benua lain. sorang lagi kat benua lain. puas sebulan lebih aku pikir nk buat ape utk ulang tahun kali ni. [haha..bersungguh betul!!!]

siap 2 bidio. tatau mne nk pilih. alang2 dh buat. ku bagi la dua2. tp,y 1 lagi tak leh post kt cni. special utk hubby je.

untuk abang...
ayang tahu,ini tak seberapa kalau nak dibandingkan kenangan pahit manis kita. ayang tahu...ayang tak pandai nk bermadah cinta. tapi ayang tahu,ayang bertuah dapat abang sebagai suami ayang.

Thursday, December 6, 2012

bermanja itu tidak salah..

dinner..sepasang suami isteri selesai mkn mlm..
si suami cuma melakukan sesuatu y tak digemari isteri ketika itu.

isteri : haaa...haaaa... apa y cuba abg lakukan..? ayg cucuk ni..dgn garfu ni.. (sambil menghalakan garfu ke arah muka suami)

suami : apa y cuba ayg lakukan? ini bukan cerita p.ramlee...

isteri : tak boleh...abang pakai spec...~

suami : hahahahahaha..kalau la p.ramlee pakai spec waktu tu... dah jadi cerita lawak dh...

isteri : sbb tu la dia tak pakai spec..haha..

Sunday, November 25, 2012

membilang hari.
terlalu menginginkan kehadiran yang dirindui.
tahun akhir bukan satu perkara mudah.

aku ke kelas,kau masih tidur. aku pulang dari kelas,kau pula ke kelas.
kau pulang dari kelas,kau mahu belajar. aku mahu masak dan makan malam.
aku mahu belajar,aku mengantuk. kau masih di kelas. aku tidur. kau mahu makan malam.

aku belum bersedia. aku mahu banyak lagi masa.
dalam masa yang sama,aku tak sabar. menghabiskan sisa2 hidup dibumi india.
manusia sentiasa tamak. sentiasa mahu apa yang tiada.

jodoh kita bukan tiada,mungkin belum tiba masanya.
sabarlah hati, sampai waktunya. kita akan bersama. selamanya. selagi nafas tidak terhenti.

senyumlah wahai hati, walau ia tak seindah syurga.
walau hidup ini kadang kala tidak adil.
ingatlah satu..cinta kita melengkapi segalanya.
sayang kita menjadikan ia sempurna.



Saturday, August 18, 2012

perpisahan.

airmata ini bukan kerana sayu.
aku tidak bersendiri kali ini.


ramadan bakal berakhir.
adakah aku dapat bertemu dgnmu lagi?



Wednesday, April 11, 2012

this is why i love him..~

rindunye...~
menghitung hari nak balik malaysia.
menitis air mata dapat kad ni...
terus semangat datang!!!!!

terima kasih suami.

Wednesday, April 4, 2012

sempurna.

"a man who truly loves you will never let you go, no matter how hard the situation is."
dan itulah yang dia dah lakukan, sedang lakukan. 
"kalau kita sayangkan seseorang,perjuangkanlah sehingga ke akhirnya."
"cinta harus memiliki" bak kata Anuar Zain.
kalau cinta tak harus memiliki,mengapa hati terasa sakit?
jadi,tiada istilah melepaskan dia pergi.

Monday, April 2, 2012

aku dan kamu.

kamu..
dalam hati tersembunyi,
bicara mata melindungi,
manis senyuman menutupi,
rindu....
rindu dalam hati..


aku..
kering menanti hujan..
gersang ditanah berdebu.
kontang tanpa embun.


dia...
sedikit pun tak memahami..
berat lagi yang mengalami.
biar...
biar dia..
tiada hubungannya dengan aku dan kamu.


kita..
tahu apa adanya..
tahu mana tahannya..
tahu jauh tahapnya..
tenggelam timbul.
hanya kita..bukan meraka.


merangkak,berguling.
mengereng, mengesot.
yang penting kehadapan.
yang berlalu, toleh untuk pengajaran..


aku, seorang..
kamu, seorang..
kita, berdua..
jauh jasad, malam siang kita berbeza.
tapi aku tahu..
kamu tetap sama..

Thursday, March 22, 2012

ahli baru..

muhammad saiful haziq. sedap nama.. selamat datang ke dunia. acik harap,haziq akan jadi anak y soleh.
jangan buli kak qina...

seorang lagi ahli baru dalam keluarga besarku. lepas ni..giliran siapa pulakkkk????
berharap giliranku akan tiba suatu hari nnt. tapi,ilmu di dada perlu dimantapkan.

p/s : tahniah buat adikku Ahmad Afiq. berjaya dapat 5A untuk SPM nih. semoga perjalananmu seterusnya dipermudahkan...

Monday, March 19, 2012

mood rindu2 manje..

the best smell in the world is that man that you love.

Friday, March 16, 2012

hari tanpa kelas petang.

hampir 2bulan aku berada di final year. dh sampai ke final ni,perasaan nk jd suri umah tgga sepenuh masa sgt menebal. sbb taklarat dgn kerja yang perlu dibuat,kelas yang banyak,dan hospital. aku tak pernah suka hospital. entah mcm mana aku blh memilih kerjaya yang memerlukan aku berada dihospital.

seorang pelajar, seorang anak, seorang isteri, seorang da'ie.
aku harap aku cukup baik dlm semua bidang.
berjauhan dengan keluarga,terutamanya suami. rindu yang luar biasa. rindu yang lebih bermakna. rindu yang lebih suci jika tulus ikhlas dari hati.

tips untuk kamu yang seperti aku-berjauhan dgn suami-sibuk-penat-tiada cuti. [bukan bermaksud aku dh pakar, mungkin kamu boleh cuba].....
1. cuba buat jadual dan target untuk setiap aktiviti.
2. elakkan perselisihan faham.
3. bercakaplah dgn lembut walau pon kamu penat.
4. sabar. taip kali mahu berputus asa,ingat!! ada orang y lagi teruk keadaannya berbanding kamu.

Sunday, February 19, 2012

CERITA PENDEK.


malam itu sejuk. isteri sudah lena diatas katil. tapi,entah kenapa...isteri terjaga..suaminya tiada disebelahnya. dia cuba tidur kembali. tapi tak berjaya. dalam samar2, dia melihat suami khusyuk mengadap laptop.. dia mahukan suaminya..

"abang....sejuk..."
dengan cepat suami berjln kearah isteri. pantas menarik,membetulkan selimut si isteri. dia duduk memandang isteri. dicium dahi isteri beberapa kali. dan kali ini, dengan mudah isteri kembali kedalam mimpi..

Saturday, January 14, 2012

hadiah ulang tahun pertama.

ulang tahun pertama,kami bercuti. senang juga kalau kawen mase cuti umum.
ada orang tanya,apa hadiah aku dapat untuk ulang tahun pertama ni.. terlalu byk yang aku dapat. yang paling berharga adalah bersama2 dgn yang dirindu selalu Encik suami.
cuti bakal habis..entah bila boleh berjumpa lagi..





.
terima kasih buat yanie dan yusri..seronok jalan dgn korang.



hargai perkara yang ada bersama kamu selagi ia ada. takut nanti bila tiada di depan mata, baru tercari2.

aritu,dalam perjalanan ke airport mangalore,driver teksi yang aku naik sibuk nk bersembang. bila aku bagitau aku dah kawen,terkejut kambing pakcik tu. dia ingat umo aku 18 tahun. haha..last2,dgn xcitednye,dia suh aku bawa balik berita gembira dari jerman ke mangalore..siap nk bagi no fon lagi,suh call klu2 aku blh bw blk baby dalam perot... [hehe,sowi uncle..bukan aku tanak,cuma tak sanggup bila pk baby bergoncang2 dlm perot bile aku nek auto.]

last skali..aku ade ucapan khas wat sahabatku yang baru berumah tangga....
puan norfaridahanum dan encik habib hassan..
aku tak dapat nk hadir majlis dorang..sbb nk jmpa hubby kat cni..hehehe..