cintakanlah kau pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu,
agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu.
ya Muhaimin,jika aku jatuh hati,
izinkalah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu.
ya Rabbana,jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu.
ya Rabbul Izzati,jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu.
ya Allah,jika aku menikmati cinta kekasihMu,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu.
ya Allah,jika aku jatuh ahti pada kekasihMu,jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu.
ya Allah,jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu,
jgn biarkan aku melampaui batas sehingg melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu..
Amin..
doaku,moga kita sama berjaya di dunia dan akhirat.
berjaya dalam mengharungi segala dugaan dan cabaran yang sememangnya menguji kekuatan iman.
kerana tapak iman itulah yang menemukan cinta yang selama ini telah hilang.
semoga cinta yang dicari telah di temui.
semoga Allah meletakkan kita di bawah payung rahmat kasihNya...
insyaAllah...
No comments:
Post a Comment