Showing posts with label cerita. Show all posts
Showing posts with label cerita. Show all posts

Friday, November 27, 2009

BIRU (BAB 1 PART2)

nur duduk melipat baju. hujan makin lebat. tiada tanda-tanda hendak berhenti. sayup-sayup terdengar suara adiknya yang menyanyi di dalam bilik air. saiful memang begitu,suka menyanyi di dalam bilik air. sudah berapa kali ditegur ayah. nur tergelak kecil sambil mengeleng-gelengkan kepala.
"aduhai...adik aku sseorang ni.."
tak lama kemudian,azan maghrib bergema. hujan masih lebat. ayah masih belum pulang. tiba-tiba nur terasa semakin resah. ada sesuatu yang tak kena. dia beristighfar didalam hati. menenangkan diri dari terus berfikir yang bukan-bukan.
"akak masak ape hari ni?"
tiba-tiba saiful muncul di ruang tamu. sambil memegang perutnya yang leper. kurus sungguh adiknya,tapi makan macam untuk dua orang makan.
"dah solat belum? kalau dah baru boleh makan. tak pun tunggu ayah dan mak balik,kita makan sama-sama."
"alaaaaa....orang dah lama la... ayah tak balik lagi ke kak? mak mana?"
sambil duduk membelek-belek surat khabar yang tadinya diatas meja.
"belum... mak pergi rumah makcik,hantar lauk..pun tak balik lagi... ape kata,saiful tolong akak lipat kain..haaa...cepat sikit habis,banyak ni,baju saiful pon ada."
"ape pula....lipat kain kan kerja orang perempuan,akak la buat. saiful lelaki...duduk dan baca surat khabar...haaa..baru la betul...hehehehe.."
"banyak la kamu,sekarang dah moden..siapa-siapa pun boleh buat kerja,tak kisah dah pasal lelaki ke perempuan.. kalau malas cakap la malas...."
"hehehehhe..."saiful tersengeh.

tok,tok,tok.
pintu diketuk.
"hah,jangan nak cakap buka pintu pun kerja perempuan juga, pergi tengok siapa yang datang"
"akak ni,macam mak orang la. membebel je..." sambil bangun membuka pintu.
ayahnya yang basah kuyup berdiri didepan pintu.
"ambilkan tuala" tanpa sempat saiful berkata apa-apa,ayahnya sudah bersuara.
bergegas dia masuk ke bilik mengambil tuala,meninggalkan kakak dan ayahnya.
"mak kamu mana?"
"mak pergi rumah makcik td, hantar lauk, tak balik-balik lagi. ayah nak makan? nur siapkan."
berhenti melipat baju dan bangun untuk kedapur.
"tunggu mak balik la,tak sedap makan bila mak kamu tak ada" saiful muncul dengan tuala dan kain pelekat. diberi pada ayah lalu duduk untuk menonton televisyen.
"kamu tak ada kerja sekolah ke saiful?" tanya ayah sambil melangkah masuk ke dalam rumah.
"tak ada.."jawapnya ringkas.
ayah terus hilang ke bilik air.

Sunday, November 22, 2009

BIRU (BAB 1 PART1)

Petang itu,mendung seakan sudah mahu malam. Angin yang menandakan hendak hujan. Kambing-kambing mula mengembek. Risau akan terkena hujan. Berlari-lari menuju ke tempat berbumbung. burung-burung kembali ke sarang. "nampaknya macam nak hujan lebat ni nur,ayah kamu tak balik-balik lagi ni. Risau pulak mak." jelas terpancar kerisauan diraut wajah yang sudah dimamah usia. Nur yang tadinya khusyuk menyapu,berhenti. timbul sedikit kerisauan dihati. Betul juga,terfikir kalau-kalau ayahnya masih dilaut. "takpe la mak..mungkin ayah dah sampai ke pelabuhan kot." cuba menyedapkan hati ibunya dan juga hatinya,walaupun hati sebenarnya terasa seperti ada yang tak kena. cepat-cepat diselesaikan menyapu,bila teringat ada lagi kain yang dijemur masih belum diangkat. Guruh mula berdentum. Tanpa sempat menyimpan penyapu kembali ke tempat asal,nur bergegas keluar mendapatkan kain jemuran. "ayah kamu tak balik lagi nur?" "belum mak.." jawapnya pendek. "adik kamu mana?" "tadi dia dah balik dari main bola. Sedang mandi agaknya" hanya mengagak kerana sebentar tadi terlihat saiful bertuala keluar dari bilik. "haa..yelah. Mak nak ke rumah makcik kamu kejap. Hantar lauk ni. Nanti kalau ayah kamu balik,cakap mak dirumah makcik." nur hanya mengangguk sambil menghulurkan payung kepada ibunya. Sebaik saja ibunya keluar dari rumah, hujan mula turun dengan lebat.