Sunday, September 11, 2011

lihat dengan mata hati.

betapa bertuahnya aku sebagai seorang isteri.
 memiliki lelaki sehebat si suami..


bukan luarannya yang menarik hati.
tapi hatinya yang tulus mencintai.


berikan aku sejuta lelaki.
pasti dia juga yang aku pilih.

Tuesday, September 6, 2011

rahsia kita berdua...=)


Untuk kali keseratus lima puluh juta
Mereka tanyakan engkau soalan yang sama
“Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?”
“Apa kau buta, apa kau pura-pura suka”

Di seratus lima puluh juta kali itu
Di depan semua engkau tarik tangan aku
Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu
Sambil ketawa engkau bilang satu per satu
“Dia mungkin bengis seperti singa”
“Tapi dia nangis tonton cerita Korea”
“Dia mungkin keras bila bersuara”
“Tapi dia jelas, jujur apa adanya”
“Aku lagi kenal dia”
Dah lebih seratus lima puluh juta kali
Aku pesan padamu apa yang bakal jadi
Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
Engkau sangat manis, aku ini pula dawai besi
Di setiap seratus lima puluh jutanya
Aku pun dalam hati semacam tak percaya
Apa kau lihat pada aku jujurkan saja
Terus kau cubit dagu aku, sambil berkata
“sayang mungkin baran tak kira masa
tapi sayang tahan kalau yang salah saya
sayang mungkin saja keras kepala
tapi sayang manja bila kita berdua–
saya kenal sayang saya”
Buat apa dicerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya
Peduli orang kata
Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna
Kalau hati tak ada
Aku lebih bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi cinta
Suaraku keras tak berbahasa
Kerna aku rimas gedik mengada-ngada
Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala
Aku punya manja, kau saja boleh rasa
Rahsia kita berdua

fynn jamal [150juta kali]

Wednesday, August 10, 2011

sepuluh.ogos.seribu.sembilanratus.lapanpuluh.lapan.

alhamdulillah..siapa sangka,aku ade kerajinan melukis dan mewarna. walau terasa seperti budak sekolah rendah,tapi seronok. dah lama aku tak melukis.

kenapa aku rajin tetiba? mungkin kerana sayang dan rindu.
ape yang buat aku melukis? sebab hari istimewa buat yang teristimewa.
selamat hari tua abang uchuk!!!!

 gamba ni ayg lukis mase tunggu cikgu dtg. mase posting paed surgery.
ade garis2. sbb buku nota ade garis2.

semoga umur abang dan isi kehidupan abg diberkati.
bagi ayang..kelebihan abang...kekurangan abang..itu yang buatkan abang sempurna.
cukup sempurna.

 ayang harap,jodoh kita panjang..dan diredhai Allah.
semoga kita sempat melalui hari2 tua kita bersama..

dan kita dikurniakan cahaya mata yang soleh dan solehah..sihat dan comel.


ayang akan berusaha,untuk memastikan tiada sedikit pun penyesalan dlm hati abang kerana memilih ayang sebagai isteri. ayang akan berusaha untuk jadi yang terbaik untuk abang,keluarga dan anak2 kita. sungguh,ayang tak ada apa2 kelebihan. tapi abang yang membuatkan ayang sentiasa lebih dari orang lain. kelebihan ayang adalah kerana memiliki abang sebagai suami.

ayang perlukan abang untuk terus mendidik ayang,menasihati dan menegur ayang.

Sunday, August 7, 2011

dah 3 tahun upenye aku kat cni!!!!!

aku tak tau nk tlis ape. atpi klu korang nk tgk gamba..boleh tekan link ini.....!!!
tengok la...tengok la....bes...~

Monday, August 1, 2011

SEKOLAH RAMADAN 1.

TIADA PAKSAAN DALAM AGAMA.

alhamdulillah, kita diberi peluang sekali lagi utk merasa nikmat ramadan. dan sempena ramadan ini..mari kita sama2 membaiki diri. usahlah lagi memberi alasan berbasi2 mengelak diri.

aku tak mahu menyentuh benda yang sunat. kerana bagi aku,perkara wajib mesti diperkukuh dahulu sebelum berfikir perkara yang suant. jadi, aku cuma mahu menyentuh benda yang wajib. seperti solat..tapi aku yakin kalian semua solat cukup..mungkin lebih dari solat aku sendiri. dan kerana aku ini perempuan..aku mahu menyentuh soal aurat. aku bukanlah yang memakai tudung labuh berstokin sepanjang masa. tp,alhamdulillah..aku rasa cukup memenuhi syarat yang islam tetapkan.

kalau tidak,pastinya suami aku orang pertama yang akan menegur. dan aku suka itu.
menutup aurat itu wajib,ya..WAJIB.

pernah orang memberi alasan mengatakan "tiada paksaan dalam islam". jadi,mengapa perlu sibuk2 menyuruh memaksa buat perkara2 dirasa belum mahu untuk dibuat. dan dgn yakinnya mereka memberikan potongan surah al-baqarah ayat 256. "laa ikraaha fid-diin" bermaksud "tiada paksaan dalam agama". hah! dlm al-quran sendiri sudah katakan begitu. knp mahu memaksa?.

wahai kamu yang berkata begitu, mengapa kamu berhenti di ayat itu? kan masih panjang lagi ayatnya. mengapa tidak dihabiskan ayat itu? mengapa tidak memahami keseluruhan ayat dan sebab turunnya ayat itu?

maksud penuh ayat ini :

"tidak ada paksaan dalam agama. sesungguhnya telah jelas nyata petunjuk hidayah dari kesesatan. sesiapa yang menolak thaghut dan seterusnya beriman kepada Allah maka sesungguhnyaia telah berpegang pada tali yang teguh yang tidak akan putus, dan Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha mengetahui." 
al-baqarah [256]

benar!!! agama islam bukan agama paksaan. tapi cuba lihat sebabnya turun ayat ini :

seorang lelaki dari kaum Ansar yang berasal dari bani salim bernama al-hushain. dia mempunyai dua orang anak yang beragama nasrani. sedangkan dia adalah seorang muslim.
dia mahu menyuruh anak2nya memeluk agama islam dengan memaksa mereka. "saya tidak akan membiarkan kamu berdua, hingga kamu memeluk islam".
maka mereka mengadu hal ini kepada Rasulullah. maka turunlah ayat ini..

jadi,ketahuilah dan fahamilah bahawa ayat ini merujuk pada islam tidak memaksa atau menyuruh orang2 yang bukan beragama islam utk memeluk agama islam dengan hati y tidak rela. islam cumamenyeru dan mengajak kpd org yang bukan islam supaya memeluk islam. selebihnya terpulang pada org itu utk menerima islam atau tidak.

ketahuilah dan fahamilah bahawa ayat ini BUKAN bermaksud islam tidak memaksa atau menyuruh kalian yang beragama islam utk mengikut hukum yang telah ditetapkan dalam Al-quran. kalau itulah yang kamu2 fikirkan. sungguh ianya SALAH FAHAM YANG SANGAT JELAS.

aku rasa tidak perlu utk aku menerangkan pada kalian bagaimana cara menutup aurat dgn betul. sebab..ramai dah blogger lain yang bagitau cara2nya. tinggal terpulang pada kalian utk mencari atau tidak. bagi yang mahu berubah...jadikanlah sekolah ramadan ini satu permulaan. jgn tangguh2 lagi. kerana....
"manusia A bercadang utk berubah pada hari kesepuluh. tetapi dia meninggal dunia pada hari ke 9"
ajal tak mengira waktu. jangan beralasan tak sampai seru. sbb kalau nk tunggu sampai seru..takut seruan Allah memanggil kamu kembali yang tiba dahulu.

aku tak pandai sangat. tapi ilmu yang sikit yang aku ada..aku kongsikan. kalau rasa apa yang aku katakan ini salah atau silap. sila bgtau secepatnya. maaf andai terkasar bahasa.

Saturday, July 30, 2011

maaf..makin dekat aku dengan ramadan. aku jadi makin sayu.
sedikit saja..cukup buat aku menangis.

Thursday, July 28, 2011

sedihkah itu?

kau sedang bersedih?
ya..aku sedang bersedih.
jadi kau marah?
tidak..aku tidak marah.
jadi kau sedih tapi tidak marah?
ya..aku sedih tapi tidak marah.

aku sunyi..kau?
aku sayu..kau?
aku rindu...kau?
jangan bunuh aku perlahan!!! itu sakit.



hari ini penuh dgn rasa keibuan tak berbelah bagi.


dibilik kecil itu aku mahu menitiskan air mata.
bawa jauh bayi itu dari aku.
usiaku terlalu muda,tanggungan ku masih tak tertangung.
larikan si comel itu dari aku.
sebelum hati bertambah rawan.


hari ini penuh dgn kerinduaan RAMADAN.


melonjak aku membilang hari2 istimewa itu kembali.
aku berdua tapi hakikatnya aku satu.
tanpa dia.
RAMADAN tetap akan berlaku.
makannya bagaimana? sahurnya?
RAMADAN ini aku satu. dia satu.
sukar berdua.
itu buat aku sayu dalam tak sabar menunggu.


difikir dalam. difikir panjang. 
glaucoma!!!! itu yang patut aku hadap.
tapi hati rawan,badan sakit dibawa ke ranjang.
menanti sampai masa dunia gelap.