Sunday, January 31, 2010

mimpi aku bagaikan benar.



entry aku yang lepas,byk bercerita tentang aku dan hanafi. kali ini..aku rindukan hajar.
siapa dia? dia adik aku.
mimpi mlm tadi mmg menakutkan. terjaga dgn mata dn bantal yang basah kerana air mata. tgk cermin,mata ku bengkak. tanpa sedar aku menangis didlm tidur. aku ingat,tangisan itu tangisan yang sgt teresak2.

mimpi lebih kurang begini.
aku terjaga,seperti dari tidur yang lena,keluar dari bilik,melihat ramai org diluar. tny pada emak,kenapa ramai org? mak kata..hajar dh takde. masa tu..cuma diam. masuk dlm bilik,menangis meraung bagai nk gila. kerana aku tak sempat pon nk tgk dia.

gila la. mimpi yang kejap,tapi betul2 wat aku tak berapa nk betul hari ini.
bayangkan,satu2nya adik perempuan,dia lebih dari seorang adik..dia kawan,dia teman, dia sahabat. HHHHHAAAAAAA!!!!! KAMBING!!! aku menangis lagi hari ini.

miss you sis!! aku taknk cite dh. nnt aku menangis lagi.

Monday, January 25, 2010

i like guys who know how to play guitar..

gitar? ada apa dengan gitar? mmmmm...zaman remaja ku [ceh,konon sekarang dah dewasa] merasakan,sangat romantis bila seorang lelaki memetik gitar menujukan lagu untuk seorang perempuan. masa tu..kalau ade je lelaki yang main gitar,rasa cam..aduhai...berbunga2 kalau dapat lelaki yang boleh bermain gitar. [hahahahaha..sekarang nih pon macam tu kot..]


dia..tak pandai main gitar...suara tak sedap...tak pandai menari.. tak berapa nk romatis... orang kata dia pelik..adik cakap dia jambu...dia cakap dia anggun.. mak cakap dia serius... kawan cakap dia phsyco...atok tino cakap "buleh doh tuh..."....abah cakap.."eh..sapa nama kawan ko tuh...?"[abah nih,slalu lupa nama hanafi..nnt dh jd menantu,jgn tak ingat pulak]


tapi..suara tak sedap tu jugak yang mendodoikan aku tidur dikala aku tidak lena..yang tak pandai menari tu jugak yang menghiburkan aku,membuat aku bahagia dgn menari lagu "gadis ayu"...yang tak berapa romatis itulah yang sedayanya memujuk aku walau berhari-hari aku merajuk...yang pelik itulah,yang membuatkan dia berbeza dari orang lain....yang phsyco itulah yang menenangkan aku disaat aku hilang kawalan..


biar suara tak sedap..tapi suara itu yang selalu dirindu. suara yang tidak pernah meninggi kepada ku. [sampai aku sendiri menjadi terlebih manje]


hehehe..kambing..~


i miss you 2 sayang....


teringat kenangan lalu...


hehehe..i LIKE guys who know how to play guitar,but i LOVE someone named HANAFI JAAFAR.

esok..genaplah sebulan.. hadiah yang cukup wat aku mahu terbang2 keawan.... huuuuu....~~~ i miss him!!!!!!

kita dah lama tak tulis surat kn bang...? rasa nak balik masa sekolah dulu. zaman muda2..menulis surat..tapi surat2 tu..jarang bercerita tentang kita. hampir semua pasal sekolah,pelajaran,dan kerja. cuma diakhir2 persekolahan terselit cerita tentang kita.. ingat tak waktu kita jadi MC? baju biru? hijau? krim?

walaupun sebenarnya kisah kita byk bermula selepas sekolah..tapi kenangan disekolah cukup buat ayg tersenyum sendiri. terima kasih ATIQAH....sudi menjadi penghubung antara kami...[poswomen yang berjaya],NADIRA...yang byk menolong menjadi orang tengah menyelesaikan kebuntuan hubungan kami sekaligus mencetuskannya..KAWAN2 PUJ3...yang sentiasa beri sokongan kepada KAKLONG dgn ABG LONG korang nih...doakan kami...

abang...sedar atau tak..dah lebih 5tahun kita kenal. banyak perkara yang terjadi. sampailah sekarang... semoga hubungan ini berkekalan...


abang..terima kasih kerana sabar...

Sunday, January 24, 2010

hati.

sekarang,aku sedar sesuatu yang dulunya aku hanya mengatakan pada zahir tapi tak terima dihati dn diakal. aku bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang. hari ini,aku tahu. bagaimana sayang pun kita pada seseorang,itu tak menjamin kita boleh hidup dengan dia. kalau pemikiran dan pengamalan antara dua orang itu berbeza. bayangkan kalau dia keras,dan aku pon keras. sampai ke hujung tiada penyelesaian. aku tahu dia bagaimana orangnya. aku kenal dia. dan sepanjang aku mengenalinya,memang dia keras. aku pula tegas. dia pernah kata,"sy ni ssh nk terima bila ditegur,lagi2 kalau perempuan yang tegur. walau sy tahu yang dikata tu betul"

wajarlah dia tidak memilihku. dan aku bersyukur kerana aku tidak dengan dia. dua2 anak sulung,ada pendirian,ketegasan,kedegilan yang sukar difaham. bak kata org.."panas". aku harap,seseorang itu tidak akan menyesal suatu hari nnt kerana mengorbankan masa depannya demi sebuah cerita yang tak pasti lagi penghujungnya. itulah satu2nya perkara yang aku tak mampu buat dulu. MENGORBANKAN MASA DEPANKU. apa pun,keputusan yang sgt berani. aku akan mendoakan mereka,dan cepat-cepatlah menamatkan status pertunangan kepada perkahwinan. aku pastinya akan menjadi orang yang sangat gembira bila mendengar berita itu.

aku akui,mendengar berita pertunangannya memang menyakitkan. tapi bila mendengar sendiri ceritanya..seperti yang aku katakan diatas tadi,aku tahu..seseorang itu mmg cocok dengannya,dan memang seperti yang dia pernah harap dari aku dulu. maaf aku terlalu tegas. bagiku,PELAJARAN ADALAH SEGALANYA. biarlah walau nnt tidak bekerja.


terima kasih buat kalian. memberi kenangan dan pengajaran dalam hidup. ada yang dapat dipelajari dari kalian.


buat yang tersayang,mak..abah..hajar..alif..afiq..khaliq....HANAFI.. aku merindui mereka. terima kasih mengajar aku membuat pilihan,terima kasih sabar menunggu,sabar mengajar dan menasihat.

khas untuk HANAFI :
- CINTA ITU SENTIASA MEMBERI,DIA TAK PERNAH MEMINTA.
- DIAM TAK BERERTI TIDAK SUKA,MARAH TAK BERERTI TIDAK SAYANG.
- BIAR SAKIT,BIAR PENAT,ASALKAN HASILNYA MEMUASKAN.
- SEMOGA DIPERMUDAH SEGALA URUSAN.

Wednesday, January 20, 2010

aku budak baru belajar.

SESUNGGUHNYA TAHUN DEPAN AKU DAH FINAL YEAR!!!
walau tak macam orang lain..final year aku dua tahun.


sebenarnya aku sendiri baru mengetahui jadual sebenar perjalanan pembelajaran aku dalam bidang kedoktoran ni petang ini. setelah aku melihat takwim di pejabat. selama ini aku memang tidak tahu. rupanya disini cuma ada 1ST MBBS, 2ND MBBS, dan FINAL MBBS. patut la lecture tak pernah panggil kami mengikut tahun pembelajaran,tetapi mengikut SEMESTAR. kepada rakan-rakan,aku pasti anda juga ada yang belum menyedarinya. sebagai bukti..housemate aku pon tak perasan benda nih. hahaha.. kalau nk tgk takwim nih,sila la tgk di papan kenyataan dipejabat,sebelah tangga nk turun.



UMUR AKU TAHUN INI, 22TAHUN.
walau sebenarnya besday aku lambat lagi,tetap tahun ini umur aku 22tahun.


syndrome tak dapat terima kenyataan yang umur dh berangka "DUA" dihadapan, seperti yang dialami oleh kebanyakan orang,tak pernah aku alami sehinggalah aku bergelar TUNANG ORANG. dan dikuatkan lagi apabila aku melihat TAKWIM petang tadi. walau aku rasa agak "bongok" [secara kasarnya] jugak la sebab2 itu.



YA...AKU BUKAN YANG DISANGKA. KUAT TAK KUKUH.
apa sebenarnya yang aku mahu sampaikan,aku tak tahu.
aku budak baru belajar. masih ada sabar yang tak sampai hadnya. baru menapak. tersepak,tersadung,luka. parut...terbawa2.

Friday, January 15, 2010

hadiah untuk HANAFI JAAFAR.

Haram-haramkah aku
Bila hatiku jatuh cinta
Tuhan pegangi hatiku
Biar aku tak jadi melanggar
Aku cinta pada dirinya
Cinta pada pandang pertama
Sifat manusia ada padaku
Aku bukan Tuhan

*
Haram-haramkah aku
Bila aku terus menantinya
Biar waktu berakhir
Bumi dan langit berantakan

**
Aku tetap ingin dirinya
Tak mungkin aku berdusta
Hanya Tuhan yang bisa jadikan
Yang tak mungkin menjadi mungkin


Aku hanya ingin cinta yang halal
Di mata dunia juga akhirat
Biar aku sepi aku hampa aku basi
Tuhan sayang aku
Aku hanya ingin cinta yang halal
Dengan dia tentu atas ijinNya
Ketika cinta bertasbih
Tuhan beri aku cinta
Ku menanti cinta...


lagu HARAMKAH. nyanyian MELLY GOESLOW.

Thursday, December 10, 2009

kalau itu memang bukan hak aku.

siapa aku sebenarnya?
apa hak ku keatas kemahuan hati ini.
hanya ingin menyelit dilembaran waktu. mungkin itu memang bukan hak aku.
siapalah aku yang hanya menumpang didalam perjalanan. bukan utama sepenting perjalanannya. tapi,bagaimana dengan perjalananku?
perjalananku mungkin dirasa ringan. kesakitan aku mungkin tenggelam.semuanya kabur kerana aku yang merasa. tiada sedikit yang terasa.
jeritan aku hanya sudi didengar oleh pena dan papan kekunci komputer.
menemani aku menangis hanya air semasa bersiram. batu hitam berat cuba dilontar jauh2. tapi terlalu berat,hanya boleh menolaknya perlahan2 sambil sakit dan lelahnya terasa panjang.

andai aku punya kesempatan. kesempatan apakah yang ingin aku pinta?
pabila sudah termiliki,usaha untuk memiliki pastinya terhenti.
kenapa usaha tidak diteruskan? kerana yang termiliki belum pastinya berlarutan.
kenapa dahulu berkata besar menanam anggapan aku akan dimanja berpanjangan.
tidak mahu sedikit pun menerima kataku yang perjalanan lebih penting dari yang menumpang.
"Aaaahhh!!!tanpa aku,tiadalah perjalanan. tak berertilah perjalanan,kaburlah tujuan perjalanan"
kau yang salah!! membuatkan aku berasa berhak. aku kah yang perlu berubah? setelah tegas kukuh kau tanam kebiasaan berakar umbi mencengkam hati.

kalau aku yang perlu berubah,kenapa dari dulu tak mengikut kata ku. prinsipku bukan begini. kau yang mengukir ukiran kemas tercatat dijiwa. aku kah yang salah disaat aku begini? aku kah yang salah disaat aku berdiam diri? berkali2 takkan masih tidak mengerti?

marah ku bukan kerana amarah..cuma aku seorang wanita..terlalu lembut walaupun sekeras2nya kelikir. terlalu rapuh walau seteguh2nya konkrit. terguris sedikit,melaut kekecewaan.

Tuesday, December 8, 2009

kejap lagi aku akan masuk bilik OT.

aku pon sebenarnya tak tau dh berapa kali aku masuk bilik OT.
kalau dulu..yang aku tau pasal OT adalah "over time". kali ni dh berubah.. kepada "operation teater". tapi bukan itu yang sebenarnya nk cerita.

aku sebenarnya hanya menunggu hari.[pastinya bukan menunggu hari untuk bersalin] aku menunggu hari untuk pulang ke malaysia. aku tak sabar..macam2 yang ingin lakukan. walaupon aku kerap balik malaysia,tapi aku masih tetap sentiasa ada benda yang nk buat. balik kali ini,tetap,dia tiada. dh setahun tak berjumpa. kalau ditanya pasal rindu..bak kata dia "rindu takkan habis walaupun ayg ade kat depan mata". dia,antara lelaki yang baik aku pernah jumpa dlam hidup aku. walaupun ada kalanya ada kekurangan..tapi kebaikannya dan kesabarannya..susah utk dicari.

orang kata..tinggal jauh mendatangkan byk masalah. ya..aku akui..tinggal jauh,mmg byk masalah. tapi..y aku lihat,satu persatu kami selesaikan. dan selalunya..dia yang byk mengalah. dia kata aku terlalu penting,penting hinggakan dia perlu jaga aku sampai mati. dari itu,aku sedar..aku yang perlu berubah...

adakala aku rasa benci sgt kat dia. kerana dia membuat diri aku terlalu sygkan dia..
aku sudah terlambat. nanti kena marah pulak. hari ini masih dlam mood yang tak berapa betul. pastinya aku akan diam saja sepanjang dlm OT.