Wednesday, May 18, 2011

aku tak la baik. abis aku mcm mne?

terasa lama tidak menulis bende yang lebih berfaedah dari bercerita hal diri sendiri.


pernah dgr terjemahan surah An-nur ayat 26?


"perempuan-perempuan yang keji untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji (pula), sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik (pula). mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang. mereka memperolehampunan dan rezeki yang mulia (syurga)"


rasanya banyak kali kita dgr dan kita diberitahu ayat ini. tetapi,selalunya yang kita dgr adalah sebahagian dari ayat ini. iaitu... 


"perempuan-perempuan yang keji untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji (pula), sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik (pula)."


kemudian ayat itu berhenti disitu. tidak pula si pemberitahu menyambung dan menghabiskan ayat itu. dan kita mula terfikir..
"kalau dah dlm al-quran sendiri ckp mcm tu,mknanya..aku ni jahat,dan aku akan dpt pasangan yang jahat jugak la"
kita pon mula risau. tapi sekejap sahaja..kemudian kita lupa dgn ayat tadi.


ayat ini jika tidak diambil sepenuhnya,blh menimbulkan salah faham yang membawa kepada perkara negatif dan perkara positif.


yang positif : mereka mengambil ayat ini,dan berusaha menjadi yang terbaik. menjadikannya satu motivasi yang membawa kepada kebiakan.


yang negatif : mereka mengambil ayat ini. dan berputus asa dgn kehidupan mereka. mereka tidak mencari pasangan yang baik untuk mereka,mereka merasa diri mereka tidak layak,dan tidak sepatutnya mendapat pasangan yang baik. 


rakan2 sekalian...

Ayat ini diturunkan untuk menunjukkan kesucian ‘Aisyah r.a. dan Shafwan bin al-Mu’attal r.a. dari segala tuduhan yang ditujukan kepada mereka. Pernah suatu ketika dalam suatu perjalanan kembali dari ekspedisi penaklukan Bani Musthaliq, ‘Aisyah terpisah tanpa sengaja dari rombongan kerana mencari kalungnya yang hilang dan kemudian dihantarkan pulang oleh Shafwan yang juga tertinggal dari rombongan kerana ada suatu keperluan. Kemudian ‘Aisyah naik ke untanya dan dikawal oleh Shafwan menyusul rombongan Rasullullah SAW. dan para shahabat, akan tetapi rombongan tidak tersusul dan akhirnya mereka sampai di Madinah. Peristiwa ini akhirnya menjadi fitnah dikalangan umat muslim kala itu kerana terhasut oleh isu dari golongan Yahudi dan munafik jika telah terjadi apa-apa antara ‘Aisyah dan Shafwan.
Sikap Nabi juga berubah terhadap ‘Aisyah, beliau menyuruh ‘Aisyah untuk segera bertaubat. Sementara ‘Aisyah tidak mau bertaubat kerana tidak pernah melakukan dosa yang dituduhkan kepadanya, ia hanya menangis dan berdoa kepada Allah agar menunjukkan yang sebenarnya terjadi. Kemudian Allah menurunkan ayat ini.


ayat ini mahu membuktikan yang aisyah tidak bersalah,dengan menerangkan kepada Rasulullah yang aisyah itu orang yang baik. dan Rasulullah juga orang yang baik. dan orang yang baik tidak akan melakukan sesuatu yang dia tahu salah. dan dipenghujung ayat itu tertulis,mereka tidak melakukan perkara yang diperkatakan,bahkan mereka mendapat ganjaran syurga.


jadi,jgn lah kamu2 berputus asa untuk mencari pasangan yang baik dan yang dapat membimbing kamu. dan jangan lah kamu merasa rendah diri utk berdamping dgn mereka yang baik dan soleh. cba kita lihat pasangan firaun dan isterinya asiah. 


asiah seorang wanita yang beriman, baik budi pekerti. sanggup mengambil musa sebagai anak angkatnya. jika dilihat firaun,seorang yang kejam, angkuh, tidak beriman, bahkan mengaku dirinya tuhan. tapi Allah menjodohkan mereka berdua.


ada juga yang nabi terdahulu yang isteri mereka tidak mahu beriman kepada Allah. dan berpegang kepada kesesatan yang nyata walau sudah diajak beriman.


rakan2 sekalian,maka tidak wajarlah untuk kamu mengambil al-quran hanya sebahagian, dan meninggalkan sebahagian yang lain. kerana boleh menimbulkan salah faham. dan yang lebih membimbangkan,apabila kamu mengambil al-quran hanya sebahagian kerana kamu tidak suka atau tidak berkenan dgn sebahagian yang lain.


makanya,jangan pernah merasa terlalu merendah diri kerana kesilapan lalu yang kita dh buat. yakinlah yang Allah menerima taubat setiap hambanya. dan jgn sesekali melepaskan seorang wanita atau lelaki soleh solehah  kerana rasa rendah diri itu.


memang dalam sesetangah perkara kita perlu mendahulukan orang lain. tapi tidak dalam beribadah. kita perlu berlumba2 menunaikan ibadah. dan perkahwinan itu adalah ibadah. jgn lah kamu tidak jadi berkahwin kerana rasa rendah diri dan rasa tidak sesuai dgn pasangan yang baik dan soleh. pilihlah dia,sayanglah dia. kerana dia mungkin harapan untuk kamu berubah.


ilmu aku takla byk. sekadar menyampaikan ape yang aku tahu.

amaran : jangan baca!!

beradu mengadu aku rindu.
makan bersudu tak cukup garfu.
tapi perut tak tepu2.
bukan nak merapu cuma nak bagitahu.

mengadap buku aku lesu.
penat terpaku berdiri macam batu.
nak beradu jadi berudu.
guling2 tetap macam tu.
last2 aku termangu-mangu.

pusing2 aku tetap kat situ.
atas katil dengar lagu.
busan2 aku lak y berlagu.
haru biru kelabu ungu.
padan lah muka kamu.
lain kali byk2 la merapu.
mcm kerapu bukan penyapu.

sometimes it better to remain silent.

silent is the best answer. it better then when talking turns into screaming. and neither us is listening. fighting for something that we know that we both will lose.

i prefer not to say a single word. because if you search for the answer as to why i am silent, you will remember it more.


i don't wanna go to bed mad at you. and i don't want you to go to bed mad at me. 

Tuesday, May 17, 2011

all about LOVE.

pernah tak korang rasa, korang bergerak dgn sgt perlahan. sgt perlahan sampaikan terasa seperti tidak bergerak. tapi sekeliling korang bergerak dgn sgt laju. laju y tanpa berhenti.

Wednesday, May 11, 2011

sebuah perkahwinan.


“Sudah berkahwin nanti, senanglah hati. Tidak perlu runsing-runsing lagi” kata Ali.
“Baju pun tak payah basuh sendiri. Sudah ada washing machine pelbagai guna!” sampuk Amir.
Semua ketawa.
Berderai-derai, meraikan hari-hari akhir bujangnya Ali.
Biar pun semua rakan ketawa, hati Ali ada gelisahnya. Dia tahu, pandangannya terhadap Alia, bakal isterinya itu, jauh lebih mulia daripada gurauan rakan-rakannya. Dia berharap agar perkahwinannya itu nanti akan menjadi mahligai hidup. Bayangannya banyak dibantu oleh drama, novel, dan kisah mulut ke mulut yang didengari selama ini.
Malah sebahagiannya adalah bayangan ciptaannya sendiri.
Perkahwinan itu indah.
KENANGAN LALU
Peristiwa gurau senda Ali bersama rakan-rakannya di kedai mamak itu sudah lama berlalu. Sudah lima tahun Ali dan Alia mendirikan rumahtangga. Mereka juga sudah dikurniakan dua orang cahaya mata yang comel. Ia benar-benar seperti watak-watak mahligai hidup yang pernah dibayangkannya dahulu. Dua insan sebagai pasangan yang sempurna, sepasang cahaya mata, seorang lelaki seorang perempuan… mereka bahagia.
Sepatutnya.
Tetapi ada sesuatu yang tidak kena. Apabila Ali melepak bersama rakan-rakannya, beliau gembira. Ketawa. Walaupun ketawanya tidak sampai ke lubuk hati, namun cukuplah sesi itu menjadi ‘panadol’ yang melegakan. Akan tetapi, apabila Ali pulang ke rumah, serabutnya datang semula. Melihat Alia, dan merenung keletah anak-anak, ia tidak lagi menyejukkan mata. Ia memanaskan emosi.
Apakah mengahwini Alia merupakan tindakan yang betul?
Jika cinta di luar perkahwinan banyak halangan, mengapa selepas halangan-halangan itu hilang, perkahwinan tidak memberi bahagia?
HAKIKATNYA
Dalam perkahwinan tiada cinta.
Ia seperti sebuah kotak yang kosong.
Cinta hanya ada dalam diri manusia.
Maka manusialah yang mengisi kotak perkahwinan itu dengan cinta.
Apabila manusia mula berhenti mengisi kotak perkahwinan itu dengan cinta, ia kembali menjadi sebuah kotak yang kosong.
Hukum perubahan, antara kebahagian dan kesengsaraan sentiasa Allah letakkan pada firman-Nya:
“Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa-apa yang ada pada sesuatu kaum itu sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri” [Al-Ra'd 13: 11]
Perkahwinan, medan memberi.
Banyak mengambil kurang memberi, perkahwinan kembali menjadi kotak kosong, sebuah penjara!

artikel diatas bukan milik penulis blog nih.
bagi mereka y tak pernah terbaca, atau terjumpa, artikel ini diambil dari ABU SAIF [ saiful islam ].
rajin2 la lawat link tu eyh. byk ilmu y kite blh dapat.

Monday, May 9, 2011

bila aku nk membesar nih?

aku tgk2 gambar kenduri kawen 5 bulan lalu.
dan aku jumpa ini....

try klik. nnt dia besa. canggih..~ magik.
aku rase aku nmpk macam budak sekolah dlm gamba nih.
yang budak comel sebelah tu,sepupu. encik ali nama dia.




hmmm....lagi2 cite pasal suh aku pregnen. sabar la weh. pe kate,korang tlg pregnenkan utk aku.

perbualan dibawah adalah didalam FB. antara aku, encik suami,dan adik lelaki aku.

wahai abg,isteri mu dh mcm panda. kalau comel mcm panda takpe gak. ni dh mcm hantu panda. serius,tak penah exam mcm nih.
Saturday at 1:38pm ·  ·  · See Friendship

    • Hanafi Jaafar panda comel, cuba cakap om nom nom sket... hehehehe
      Saturday at 1:48pm · 

    • Alep Jr Boss Kecik wakakaka....we...aku nk tny sikit nie..tp jgn mara,,bile nk ade anak..teringin nk ade bby kat umah nie...nk ade anak buah..:P
      Saturday at 6:05pm · 

    • Siti Hawa Md Dolkafle ops...~ huhu..tanya hanafi. tugas dia memberi,aku menerima je... harharhar.
      Saturday at 8:38pm · 

    • Alep Jr Boss Kecik wakakaka
      22 hours ago · 


Wednesday, May 4, 2011

ye..aku akan jadi ibu...


di suatu mlm yang hening..dan aku tgh pening..[sbb nk exm] terjadilah perbualan antara anak beranak.

mak : owh,aritu..kawan mak ade tnya.. "kak ros [tu nme mak aku la] bila nk dapat cucu?" kawan abah pon ade tnya jgak.
aku : woish!!! gilozz..~ abis mak ckp ape?
mak : mak ckp la..korng belajar lagi..sorang tempat lain.. sorg tempat lain. jauh2..susah.
aku : haha..mak,lain kali mak jawap la.."haish..aku mudo lagih. mne buleh ade cucu"
mak dan aku : hahahahahahahaha....
[serius,parent aku agak muda utk dapat cucu,umur baru 48 tahun ni]

hmm..anda2 dan kamu2 sekalian..
ye..memang la..
aku akan jadi ibu.
tapi bukan sekarang la.
sorang kat jermen,sorg kat india. mne nk dtg anak?? [owh,tapi cuti ni aku nk g jermen,blh la nk dtg anak. hohoho.. ops..apekah????]


aish..sabar..sabar.. aku yang bakal seorang ibu ini patutnye yang tak sabar.
ni,korang yang lebih2 tak sabar. amboi..lawan tokey..

aku yang belajar medik ni pon dh rase berat bagai ibu mengandung. lagi2,bila jawap soklan exam yang aku rase jarang gile soklan tu kua. dan ade yang aku tak penah jmp pon dlm koleksi past year question y aku ade.

jadi motipnye..jadikanlah otak anda seperti komputer dan elakkan dari mendapat anak ketika belajar. [tapi,kalau tak blh..jalanilah kehidupan anda seperti biasa]

p/s : ade orang ckp, aku letak nama suami aku kat dlm henfon sebagai "encik suami" itu comel. comel ke?