Sunday, January 23, 2011

senyum pahit dlm bahagia.

kesabaran..benda paling besar yang diperlukan. aku memilih untuk lebih mendiamkan diri. kerana takut bila berkata2 menyakitkan hati. selemah2 seorang wanita,dia mempunyai jiwa yang kuat. kekuatan jiwanya mengalahkan keperkasaan seorang lelaki. itu kelebihan yang aku ada. akan ku gunakan sepenuhnya. kerana,bila menitisnya air mata seorang lelaki,maka celakalah dia seorang wanita. tetapi,bila menitisnya air mata seorang wanita,maka berulanglah episod kehidupan yang seperti kebiasaan pengisi mewarna.

kerana dia yang aku cinta. kerana dia yang aku sayang. kerana dia segalanya.

Friday, January 21, 2011

tic tac..


lelaki paling hensem dalam dunia aku.
lantak lah kalau org lain nk kata dia tak hensem ke..gemok ke...gay ke...
y aku tau. dia terbukti bukan gay. dan dia gemok sbb dia bahagia. jadi,biar lah. aku suke.

orang kata, "alah,kalau dh sayang,sume bende ko suke. kentut pon wangi"
sumpah aku kata,tak penah pulak aku ckp kentut dia wangi. kalau aku rase busuk,aku akan ckp busuk. kalau aku rase tak suke,aku akan cakap tak suke. tak de la sume bende aku suke.

aku sayang dia. bukan aku suke dia. sayang sangat sampai aku nk cite hanya guna perkataan sayang je. mcm kat bawah ni. [sila baca dengan intonasi y gedik. sila2 la berhenti ditempat y sepatutnya..dan baca dgn bacaan pjg dan beralun ditempat y sewajarnya. kalau tak,konfem korg tak phm cite nih]

sayaaaang....sayang sayang sayaaaaaang? sayang saaaaayang sayang. sayang sayang sayaaaaaaang?saaaaayaaaaaannnng...
sayang sayang sayang.....sayang sayang sayang...? sayang saaaaayang sayang... saaaayang sayang.
*cite diatas menunujukkan betapa mereka penuh dgn sayang.

huhuhu...yey!!!hari penuh sayang....~

Sunday, January 2, 2011

Tuesday, December 14, 2010

risau...kecewa.

haish..perempuan ni kalau tak tulis pasal hati dan perasaan,tak boleh ke? semua nk ikot perasaan. haish!!!

bukan ikut perasaan..tapi hakikatnya perempuan ni kekuatan dia adalah perasaan dia. bukan dia sengaja nk ikut perasaan membabi buta [ok,aku bukan mencarut,tapi mmg ada dlm kamus]. lagi pon,kita ni manusia. bukan komputer atau robot yang boleh di "setting". ok,tanak rasa risau,delete risau. save gembira. [otak lu..] kalau blh buat macam tu,takde la ibu2 yang berasa bertanggung jawap,risaukan anak dia yang tak blk2 walau dah lewat malam. takde la awek atau pakwe yang akan rasa berbunge2 riang bila pasangan dia kol dia byk2 kali bila dia cume bersin dan sakit tekak sikit je [risaula katakan....]. hah,takde!!!! takde la aku bagai nk gile studi sbb nk exam final ble blh delete rasa risau.

kecewa dengan orang yang kadang2 tak faham dengan kerisauan seseorang. orang risau sebab orang sayang. kalau tak risau,jadi dh kurang sayang. [kau nk ke?]. orang risau tu sebab orang kesah. kalau tak risau tu,jadi dh kurang kesah. [kau mahu ke?]. mmg la kalau kite risau macam mne pon,kite tak blh nk wat pape. tapi perasan tak,dari kerisauaan tu la dtgnya perkataan usaha. bila kita risau,kite akan ade initiatif utk melakukn sesuatu bagi mengelakkan perkara yang dirisau itu dari berlaku. [huh! aku rase mcm dh berfalsampah la pulok.] jadi,risau itu perlu. dan jgn marah bila seseorang perempuan itu risau. sbb itu dh kerja dia. sebagai seorang anak,pelajar,isteri,ibu,nenek dan hamba Allah. jgn minta dia utk tidak risau. sbb bila dia tak risau,bermakna dia kemungkinan besar sudah tidak peduli.[hah!! masa tu,baru padan muke kau]

lek lu...lek lu...[rileks...rileks...byk la kau pnye rileks!!!]

tarik nafas panjang.....hembus....~ ape kes aku wat sume nih??? dh mcm ibu nk bersalin dh nih.

weng...~

untuk bakal suami ku..

saya tak cantik macam itik.
tapi saya boleh senyum walau tak cantik bila kamu penat dan emo.

saya tak ayu macam penyu.
tapi saya boleh jadi ayu bila berdua dengan kamu.

saya tak selalu masuk dapur.
tapi saya boleh masak bahan mentah sampai masak. [dan kamu blh mkn.]

saya tak lembut macam penari kebudayaan.
tapi saya sedia untuk bertukang,memanjat atau baiki apa2 yang rosak kat rumah kita bila kamu sibuk.

saya tak mesra macam penyambut tetamu.
tapi saya blh cakap lembut2 hari2 kalau itu yang kamu mahu.

saya tak senang untuk mengalah.
tapi saya akan cuba mengalah dgn kamu. [sebab kamu comel]

saya tak la seorang yang rajin.
tapi saya akan rajin bila kamu rajin untuk tidak letak pakaian sepah2 atas lantai.

saya bukan budak baik yang dengar kata.
tapi saya blh dengar kamu bercerita walau kadang2 saya tak paham pon apa yang kamu cerita.

saya tak sempurna.
tapi kamu yang buat saya sempurna..

weng.....~

Saturday, December 11, 2010

aku sedih..nak peluk..

rasa nk bli teddy bear besar2. lagi besar dari aku. so nnt dia blh peluk aku ble aku sedih.

Wednesday, December 1, 2010

bulan ini...disember ini.

bulan ini...tahun lepas....
bulan ini...tahun ini....bulan ini....
aku tak sabar...
aku kn jadi seorang puteri..
anganan tiap gadis dimuka bumi...
akulah sang ratu...bersama raja menemani..
bulan ini, tahun lepas..
bulan ini tahun ini..
cepat la tiba..lekas la menjelma.
bulan ini..tahun lepas.
bulan ini..tahun ini...aku menanti.