Sunday, September 6, 2009

LAFAZ YANG TERSIMPAN




Luluh hatiku yang sayu Menatap wajahmu tenang dalam lena Kasih ku zahirkan laku Sedangkan bibirku jauh dari lafaznya Dan raut tuamu membekas jiwaku Meredakan rindu mendamaikan kalbu Tak mungkin kutemu iras sentuhanmu Biarpun kuredah seluruh dunia Mencari gantimu Betapa sukarnya menyusun bicara Meluahkan rasa menuturkan sayang Kasih yang terlimpah hanya sekadar Tingkah Cuma ungkapan kebisuan yang Melindungkan kalimah rahsia Masih kubiarkan waktu Melarikan lafaz kasihku padamu Mengapakah sukar menyusun bicara Meluahkan rasa menuturkan sayang Kasih yang terlimpah hanyalah sekadar Tingkah Cumalah ungkapan bisu kalimah rahsia Apakah yang hilang andai dilisankan Bait penghargaan penuh kejujuran Tak mungkin terlihat cinta yang merona Jika hanya renungan mata yang bersuara Bukan atur kata Tiada lagi ertinya pengucapan Andai akhir nafas di hujung helaan Sebelum mata rapat terpejam Usah biar kehilangan Menggantikan lafaz yang tersimpan





MAK..ABAH...SEDAR ATAU TIDAK. UMUR AWA SUDAH MENCECAH 21 TAHUN HARI INI.
PEJAM CELIK..ANAK MAK DENGAN ABAH SUDAH BESAR. DAN DALAM 21 TAHUN INI JUGA MAK DENGAN ABAH BESARKAN AWA. ANDAI DIMINTA AWA MEMBALAS..PASTI TAK SETANDING DENGAN APA YANG TELAH DIBERI.
DAN AWA SEDAR,AWA LAH ANAK YANG PALING SUSAH NK DIJAGA. ANAK YANG PALING DEGIL. EGO. TERIMA KASIH KERANA SENTIASA SABAR...


Tuesday, September 1, 2009

2nd year M.B.B.S [1st day]

bangun pagi,jam 7..duduk. tarik semula selimut. hujan pagi tadi membuatkan aku semakin liat untuk bangun.. kembali memejamkan mata. teringat "encik biskut teddy"..dia telefon pagi tadi. entah jam berapa. aku sendiri masih mamai.. tersenyum sendiri.

[bunyi nada dering telefon bimbit]
aku terjaga..meraba2 katil dan bantal. [hadoi..mana pula aku letak telefon ni...]
KEDEBUK..bukan aku yang jatuh..telefon bimbit aku jatuh dari katil. [huaaaaa!! habislah..]
belek2..okeh. sihat. tak ada calar. sempat lagi cium telefon sendiri[reaksi spontan,jangan salah faham]. masih berdering.
eh,abang..[panggilan dari en.biskut teddy] butang hijau ditekan.
belum sempat berkata apa2.....terdengar suara.

"hello sweetheart....." [huhuhu...cair aku] suka dipanggil begitu.
dan hakikatnya..perbualan yang seterusnya aku tak ingat. mamai punya pasal. kesian en.biskut teddy..[hehe..maaf sayang...]

hakikatnya,jam720 baru aku bangun. keluar mengambil tuala disidaian. masuk ke bilik air. ok..sampai sini je cerita. takkan nak cerita detail..aku buat apa dalam bilik air kot...

selesai..duduk kembali atas katil. baring kejap. [huaaaaaa!! sedapnya kalau sambung tidur] haha..hari2 sebelum ini,boleh la buat. tapi hari ini aku perlu bersiap ke kelas.
HARI PERTAMA AKU SEBAGAI PELAJAR TAHUN DUA MBBS.

745 pagi. pakai stokin..[mestila dah siap pakai baju]
"mekda...aku pergi dulu..." menuju ke pintu sambil tangan menekan2 butang di telefon bimbit. SUHAILI. dail...

"suhaili..aku tunggu kat bawah.."
"mokwo..kite baru bangun.."
[alamak.....aku kene pergi seorang la ni]
"takapa la,kite pergi dulu ye..."

sampai kelas..aku seorang je malaysian. duduk dibarisan keempat. masa tu kosong lagi.
seorang demi seorang masuk ke kelas. [hairan....]kenapa tak ada seorang pon nk duduk sebaris dengan aku. muka aku macam hantu ke? suka hatilah. nanti dah penuh,ada lah. bila kelas mula penuh. mungkin tiada banyak tempat kosong..datang la sekawan tempe [sekawan? macam pelik je perkataan tu. ada yang lagi sesuai tak?]. "can you move inside?" [itulah yang dia cakap] aku senyum. berganjak satu tempat ke kanan. "thank you.." aku senyum je la.

suhaili macam takkan datang je. aku seorang lah jawapnya.
810pagi. mana cikgu ni..tak sampai lagi. beberapa minit kemudian,cikgu datang. aku pun tak tahu apa nama cikgu tu. yang pasti...dia seorang PEREMPUAN [sebab dia rambut panjang dan memakai baju perempuan] dan dia CIKGU PATHOLOGY [sebab waktu tu adalah untuk subjek pathology]

"CHEMICAL MEDIATORS OF INFLAMMATION" itu la yang aku belajar tadi.
tapi,dia macam ada kaitan sedikit dengan tajuk yang aku tertinggal kelasnya. jadi, aku perlu baca semula.
"remember the steps before the inflammation occur...?"
[hahaha...aku baca tak sampai lagi ke situ.] sepanjang cuti seminggu. baru baca bab pertama. CELLULAR ADAPTATION,CELL INJURY AND CELL DEATH. rupanya mereka sudah masuk bab yang kedua. ACUTE AND CHRONIC INFLAMMATION...[Hmmm..sesungguhnya,janganlah kalian gagal. nanti tertinggal macam aku]..

sekejap saja 1jam berlalu. POSTING!!!!! hehehe....takutnya..~~
aku ikut je hassini and the gang. mana mereka pergi. [turun satu tingkat saja]
COMMUNITY MEDICINE....DEMONSTRATION ROOM.
masuk2..duduk. tunggu suhaili datang. terpinga2 bila tengok budak2 sibuk dengan komputar riba masing2. mereka duduk dalam kumpulan. aku dengan suhaili buat tak tahu je.
adalah seorang mamat tinggi ni,masuk.. panggil roll number kami yang tertinggal ni,untuk pembahagian kumpulan. aku dan suhaili dapat kumpulan dua. sayangnya rashdeep kumpulan 3.
hakikatnya tiada apa pun yang menarik. aku cuma ikut je orang2 pergi mana. masuk bilik cikgu. dengar cikgu bagi komen slide untuk presentation. semuanya sudah siap. mereka sudah pergi ke kampung2 untuk mengambil data. jadi...kami tak tahu nak buat apa. diam dan ikut shaja. BUSAN......

hmmm...sekarang patutnya aku tidur.
sebab kejap lagi ada kelas yang panjang. 3jam. tapi,aku menulis blog. jadi kalau nanti aku ngantuk di dalam kelas. baru padan muka....




Saturday, August 22, 2009

selamat datang bulan ramadan.

1 ramadan. aku kat umah,kat bilik,sorang2. semua orang pegi kelas. dan aku..cuti.
semalam last praktikal dan viva untuk biochem,dan harap2 tu la y terakhir. aku masih memikirkan,bulan ramadan kali ini,mesti diisi dgn jayanya,tapi mule2 puase lagi dah tak puase. [hadoi...ngeng la.] arap2 aku tak kne ganti pose double dari y biase. sbb slalu klu dh kne awl puase,akhir nnt,kne lagi. huhuhuhu..selumber je ye aku ni bercerita. maafla pada y tak selesa.aku tak penah kesah pon nk cite kat sape2.

aku insyaAllah mula kelas 2nd yr bln9 nih. buat rashdeep y seronok nk balik msia ari ni..i jeles sgt..my father tak galakkn blk..takpe,i dgn suhaili akan enjoy our cuti dgn jayanye..hehehe.

semalam mse nk g viva tgh ari lpas jumaat,lalu dpn masjid..tgk org berpusu2 keluar dari masjid,solat jumaat. sonok sgt,tgk org baru balik dari masjid. cuma bezanye,kat cni takde yang berbaju melayu. [rindu msia]. hehe..ternmpk la alfian [lambai2 dn berlalu].

habis viva. lpas asar,aku,shu mekda dgn elly gi fish market. wah...ramai org. [esoknye a.k.a harini nk pose kot,sbb tu ramai] tapi ikan tak bape segar. musim hujan kot. hehehe..aku tak tahu lak yang org kat cni bli ikn kira bape ekor kita amik. pelik juga,sbb tak nmpk penimbang pon berdekatan penjual. klu aku tau,aku pilih y besa2. hahahhaah.

mmmm..ape lagi nk cite. takde yang menarik sgt sepanjang aku exm ni. cuma dh lama tak menulis [taip sebenarnya]. mmm..SELAMAT BERPUASA..

Sunday, August 2, 2009

aku pulang..

bilik aku. setelah di kemas.

antara bende y aku buat kat umah. conteng tgn.
[ini namenye inai]

dari kiri: abby,dibah,aku,hajar.

belakang dari kiri: ayu,ain,jerin.
depan: farah.

aku telah berada di INDIA. haha...macam mimpi je. aku balik awal seminggu.
sebabnya....hahahha..sebab aku GAGAL satu subjek.. BIOCHEMISTRY!!! 
ape nk buat.....??? buat dunno...hahaha,org tak betul je la yang wat dunno. kne studi la syg.
lewat masuk 2nd year. so,aku tertinggal kelas 2nd year y awal2 nila. mgkn hampir sebulan
tinggal kelas. dan ini menjadikan hidup aku ni bertambah susah. sebabnya..aku kne la kerja
 lebih sket dari org len yang dapat gi kelas.

biarlah tu jadi masalah aku sorang. sekarang...ape aku buat masa cuti.
takde ape yang menarik pon. balik kampung..KELANTAN..soping katRANTAU  PANJANG..dapat 2pasang baju. then, melawat adik2 angkatku..dan umi..kat kelanang..dan..ktorg g PANTAI KELANANG..trima kasih umi..bagi awa kain wat BAJU RAYA..dapat la baju raya sepasang..walau sebenarnya aku tak penah ade baju y kainnye sebegitu meriah[wana oren gelap..ade cm bunge2 dijahit mesin,dan blink..blink..]..hahaha..sempat la tolong abah ANGKAT KELAPA SAWIT..[sebagai syarat untuk dia belanja tengok harry potter]..tgk harry potter dgn mak,abah[wlu abah sebenarnya tido je dlm panggung tu],afiq,khaliq...mmm..hajar dgn alif takde mase tu,diorg kat hostel. tak lupa....gi MID...sempat la berjumpa nadira..walaupun hanya 2jam..dan makan makanan yang tak la sedap,mahal je lebih [bayangkan,nasi,ikan,sayur 2jenis..total..rm9lebih...hangin aku dengan makcik tu] tak kesah la.. haaa..bende bes..HANI..sepupu aku y suke menjerit,dia dulu tak ske dengan aku.pantang aku dekat je nk menjerit. tapi,tah ape tah angin dia balik kali ni asyik nk dengan aku je. ok gak..budak tu mendatangkan masalah walau suke menjerit,sebab dia agak lasak,jadi aku wat ape pon..dia tak nangis. klu nangis pon..senang dipujuk.

tah la...byk sebenarnya bende yang aku buat mse aku balik umah. walaupun boleh dikatakan aku tak la g bejalan sgt. cuma petang la..kadang2 aku keluar..g umah dila..bile  abg izan takde..takpon,men bola dgn budak kecik..tgk orng men wau..tgk iman..ali..emy..main.. kadang2 abdullah[sekarang kitorg pggil dia hakim..dia suh..hehehe..] dgn adik dia pon ade..men buai..panjat pokok...g umah makyang..men congkak dgn hani.

aku berhajat nk balik lagi cuti akan dtg. tapi..hajatku dihalang. hahahha..ABAH SUH AKU G JALAN2...aku tak tau la. blh ke aku nih...sekarang pon masih serabut2 je. tapi ok la...dah mula berpijak di bumi yang nyata. hahaha. [anda bukan lagi di malaysia,anda sudah berada di india.]

apa pun,cuti hari tu,aku betul2 dalam keadaan tertekan. macam2 bende berlaku. tapi,aku sembunyikan semua tekanan [tapi selalunya berhasil ble waktu siang,bila malam..pastinya ia kembali]. tapikan..sebenarnya,sampai sekarg aku terfikir..apa sebenarnya kesudahan perkara yang aku fikir sepanjang cuti haritu? mmmm....????

Thursday, June 18, 2009

i miss sumone...[majlis kawen dila dan izan]

firstly....MAKYANG!!!!! hehehe..nenek aku...yang sgt bes.


sebahagian dari keluarga aku..bes kn... [buat ikah...kte tgk gambar je la...]

pengantin perempuan...


selepas majlis akad...


ni pengantin bersama makcik2 dan mak aku...eh,ade gak sepupu aku.

org kuat yang menjayakan majlis.

hantaran dari pihak perempuan.

pengantin...sama padan...kuikuikui.... dil..aku doakan korg bahagia..

meriah....walau aku tiada pada masa majlis ini berlangsung..tapi kemeriahan dapat aku rasa dari melihat gambar2 yang ada. hehehehe....yang menariknya...baju pengantin..dijahit sendiri oleh pengantin. bes kn? dila seorg tukang jahit. baju yang dia jahit..mmg lawa2. dia byk gak jahit baju pengantin...lawa....nnt aku kawen..nk suh dia jahit la..hahhaha..[dil,bagi diskaun tau...]

tapi.......sebenarnya....[tetiba terselit lak...] nk jugak....

aku tahu agak pelik... tapi kepulangan aku ke malaysia kali ini..tanpa dia yang aku syg. tak mengapa..rindu sedikit. pagi tadi dapat panggilan telefon darinya. terima kasih kerana telefon..ayang rindu abg.

aku tahu...aku jarang bercerita tentang dia..kenalkan..inilah encik biskut teddy... kami hampir serupakan? adik beradik...hohohoho....percaya ke?

mmm...tapi yang pastinya,dia mungkin akan pulang,sebaik saja aku pulang ke india. sedih kn? hahahaha..nak buat macam mana..cuti kami berbeza...

Monday, June 8, 2009

malam ini..

aku terpanggil untuk menulis. entah apa y patut dn tak patut ku tulis. aku takut ada y berkecil hati. maafkan awa. andainya dia dapat membaca..dia akn tahu. betapa aku masih lagi tidak dapat menerima. tapi,aku masih cuba. demi menjaga hati semua pihak. biarlah dua org saja yang terluka. sayang tak mesti bersatu. cinta tak mesti bersama. benci bila memikirkan apa yang aku kena tanggung. tapi,itu yang terbaik untuk aku. aku sedaya untuk tidak mahu mengungkit hal lama. tapi,adakala dia dtg menerjah. kisah itu dh tinggal sejarah. tidak mungkin ia boleh berulang,ape lagi ber terusan. aku perlu menghargai apa yang ada,walau kadang2 perit. andai saja aku mampu. andai saja ini bukan kesudahannya.

maafkan awa. 

aku tak pernah berniat untuk menyakiti. kehadiran yang tak penah dirancang. dan aku tak boleh menolak. hanya aku yang tahu apa yang ada dlm hati aku. org akn kata aku kejam. ya...biarkan apa org kata. sbb dia tiada ditempat aku.

maafkan awa.

laut itu menjadi saksi,pagi itu menjadi pemerhati. bahawa...aku...terlalu...............

maafkan awa.

ptg itu mengubah segalanya. yang aku minta satu saja..jgn membenci bila segalanya terbongkar. kerana itu telah kau pilih. kerana itu telah kau paksa. dan aku yang tersepit. diantara kehendak hati2 disekeliling. tapi..hati yang ada dalam tubuh aku ini..acap kali memberontak. mempersoalkan keadilan padanya.

maafkan awa.

aku...kadang2 keliru. apa yang aku mahukan. kadang,aku kuat untuk melawan. kadang,aku terlalu lemah untuk membantah. dan pd saat itu..aku y akn menangis sendiri.

maafkan awa.....itu bukan kehendak awa.

Thursday, June 4, 2009

sehari sebelum hari esok.

"bertanya pada diri. ape aku nk sebenarnya dlm idup nih?
bes nye jadi mcm org biasa. [masalahnya,aku ni luar biasa ke?] nk patah balik masa. harap tak penah jumpa org2 y berkenaan. mungkin hidup aku tak serumit nih. jgn kerana tak ske,terus nk buang. terus tak dipandang. ade kebaikan disebalik kcknya diri itu. tapi kebaikan terlindung kerana bezanya kehidupan."



STUDY...STUDY...STUDY....STUDY..........STUDY...STUDY....

CUMA ADA SATU JE PERASAAN. SATU JE. 
'BLUR'


bagi mereka yang mengenali diri ini. ketahuilah..bahawa..saya mengidapi penyakit yang sukar diubati. dn blh bawa ke mati. kalau ditakdirkan hidup ini selamanya..pasti saya sendiri tak mahu meneruskan,kerana penyakit ini sangat menyakitkan. andai saja saya dapat memilih,akan dipilih untuk tidak ada penyakit ini.

sebab,penyakit ini wat saya rasa lemah sangat. sakit sangat. sampai tak larat nk buat apa2 pon. bila dah sakit,doktor sendiri pon tak ada ubat untuk tahan sakit nih. semakin hari,penyakit saya semakin teruk. kadang2 sampai tak dapat nk selamatkan...dan akhirnya,saya akan pengsan.

"ITULAH PENYAKIT SAYA."