Tuesday, December 25, 2012

hadiah ulang tahun ke2.

tahun ni..sorang kat benua lain. sorang lagi kat benua lain. puas sebulan lebih aku pikir nk buat ape utk ulang tahun kali ni. [haha..bersungguh betul!!!]

siap 2 bidio. tatau mne nk pilih. alang2 dh buat. ku bagi la dua2. tp,y 1 lagi tak leh post kt cni. special utk hubby je.

untuk abang...
ayang tahu,ini tak seberapa kalau nak dibandingkan kenangan pahit manis kita. ayang tahu...ayang tak pandai nk bermadah cinta. tapi ayang tahu,ayang bertuah dapat abang sebagai suami ayang.

Thursday, December 6, 2012

bermanja itu tidak salah..

dinner..sepasang suami isteri selesai mkn mlm..
si suami cuma melakukan sesuatu y tak digemari isteri ketika itu.

isteri : haaa...haaaa... apa y cuba abg lakukan..? ayg cucuk ni..dgn garfu ni.. (sambil menghalakan garfu ke arah muka suami)

suami : apa y cuba ayg lakukan? ini bukan cerita p.ramlee...

isteri : tak boleh...abang pakai spec...~

suami : hahahahahaha..kalau la p.ramlee pakai spec waktu tu... dah jadi cerita lawak dh...

isteri : sbb tu la dia tak pakai spec..haha..

Sunday, November 25, 2012

membilang hari.
terlalu menginginkan kehadiran yang dirindui.
tahun akhir bukan satu perkara mudah.

aku ke kelas,kau masih tidur. aku pulang dari kelas,kau pula ke kelas.
kau pulang dari kelas,kau mahu belajar. aku mahu masak dan makan malam.
aku mahu belajar,aku mengantuk. kau masih di kelas. aku tidur. kau mahu makan malam.

aku belum bersedia. aku mahu banyak lagi masa.
dalam masa yang sama,aku tak sabar. menghabiskan sisa2 hidup dibumi india.
manusia sentiasa tamak. sentiasa mahu apa yang tiada.

jodoh kita bukan tiada,mungkin belum tiba masanya.
sabarlah hati, sampai waktunya. kita akan bersama. selamanya. selagi nafas tidak terhenti.

senyumlah wahai hati, walau ia tak seindah syurga.
walau hidup ini kadang kala tidak adil.
ingatlah satu..cinta kita melengkapi segalanya.
sayang kita menjadikan ia sempurna.



Saturday, August 18, 2012

perpisahan.

airmata ini bukan kerana sayu.
aku tidak bersendiri kali ini.


ramadan bakal berakhir.
adakah aku dapat bertemu dgnmu lagi?



Wednesday, April 11, 2012

this is why i love him..~

rindunye...~
menghitung hari nak balik malaysia.
menitis air mata dapat kad ni...
terus semangat datang!!!!!

terima kasih suami.

Wednesday, April 4, 2012

sempurna.

"a man who truly loves you will never let you go, no matter how hard the situation is."
dan itulah yang dia dah lakukan, sedang lakukan. 
"kalau kita sayangkan seseorang,perjuangkanlah sehingga ke akhirnya."
"cinta harus memiliki" bak kata Anuar Zain.
kalau cinta tak harus memiliki,mengapa hati terasa sakit?
jadi,tiada istilah melepaskan dia pergi.

Monday, April 2, 2012

aku dan kamu.

kamu..
dalam hati tersembunyi,
bicara mata melindungi,
manis senyuman menutupi,
rindu....
rindu dalam hati..


aku..
kering menanti hujan..
gersang ditanah berdebu.
kontang tanpa embun.


dia...
sedikit pun tak memahami..
berat lagi yang mengalami.
biar...
biar dia..
tiada hubungannya dengan aku dan kamu.


kita..
tahu apa adanya..
tahu mana tahannya..
tahu jauh tahapnya..
tenggelam timbul.
hanya kita..bukan meraka.


merangkak,berguling.
mengereng, mengesot.
yang penting kehadapan.
yang berlalu, toleh untuk pengajaran..


aku, seorang..
kamu, seorang..
kita, berdua..
jauh jasad, malam siang kita berbeza.
tapi aku tahu..
kamu tetap sama..

Thursday, March 22, 2012

ahli baru..

muhammad saiful haziq. sedap nama.. selamat datang ke dunia. acik harap,haziq akan jadi anak y soleh.
jangan buli kak qina...

seorang lagi ahli baru dalam keluarga besarku. lepas ni..giliran siapa pulakkkk????
berharap giliranku akan tiba suatu hari nnt. tapi,ilmu di dada perlu dimantapkan.

p/s : tahniah buat adikku Ahmad Afiq. berjaya dapat 5A untuk SPM nih. semoga perjalananmu seterusnya dipermudahkan...

Monday, March 19, 2012

mood rindu2 manje..

the best smell in the world is that man that you love.

Friday, March 16, 2012

hari tanpa kelas petang.

hampir 2bulan aku berada di final year. dh sampai ke final ni,perasaan nk jd suri umah tgga sepenuh masa sgt menebal. sbb taklarat dgn kerja yang perlu dibuat,kelas yang banyak,dan hospital. aku tak pernah suka hospital. entah mcm mana aku blh memilih kerjaya yang memerlukan aku berada dihospital.

seorang pelajar, seorang anak, seorang isteri, seorang da'ie.
aku harap aku cukup baik dlm semua bidang.
berjauhan dengan keluarga,terutamanya suami. rindu yang luar biasa. rindu yang lebih bermakna. rindu yang lebih suci jika tulus ikhlas dari hati.

tips untuk kamu yang seperti aku-berjauhan dgn suami-sibuk-penat-tiada cuti. [bukan bermaksud aku dh pakar, mungkin kamu boleh cuba].....
1. cuba buat jadual dan target untuk setiap aktiviti.
2. elakkan perselisihan faham.
3. bercakaplah dgn lembut walau pon kamu penat.
4. sabar. taip kali mahu berputus asa,ingat!! ada orang y lagi teruk keadaannya berbanding kamu.

Sunday, February 19, 2012

CERITA PENDEK.


malam itu sejuk. isteri sudah lena diatas katil. tapi,entah kenapa...isteri terjaga..suaminya tiada disebelahnya. dia cuba tidur kembali. tapi tak berjaya. dalam samar2, dia melihat suami khusyuk mengadap laptop.. dia mahukan suaminya..

"abang....sejuk..."
dengan cepat suami berjln kearah isteri. pantas menarik,membetulkan selimut si isteri. dia duduk memandang isteri. dicium dahi isteri beberapa kali. dan kali ini, dengan mudah isteri kembali kedalam mimpi..

Saturday, January 14, 2012

hadiah ulang tahun pertama.

ulang tahun pertama,kami bercuti. senang juga kalau kawen mase cuti umum.
ada orang tanya,apa hadiah aku dapat untuk ulang tahun pertama ni.. terlalu byk yang aku dapat. yang paling berharga adalah bersama2 dgn yang dirindu selalu Encik suami.
cuti bakal habis..entah bila boleh berjumpa lagi..





.
terima kasih buat yanie dan yusri..seronok jalan dgn korang.



hargai perkara yang ada bersama kamu selagi ia ada. takut nanti bila tiada di depan mata, baru tercari2.

aritu,dalam perjalanan ke airport mangalore,driver teksi yang aku naik sibuk nk bersembang. bila aku bagitau aku dah kawen,terkejut kambing pakcik tu. dia ingat umo aku 18 tahun. haha..last2,dgn xcitednye,dia suh aku bawa balik berita gembira dari jerman ke mangalore..siap nk bagi no fon lagi,suh call klu2 aku blh bw blk baby dalam perot... [hehe,sowi uncle..bukan aku tanak,cuma tak sanggup bila pk baby bergoncang2 dlm perot bile aku nek auto.]

last skali..aku ade ucapan khas wat sahabatku yang baru berumah tangga....
puan norfaridahanum dan encik habib hassan..
aku tak dapat nk hadir majlis dorang..sbb nk jmpa hubby kat cni..hehehe..

Thursday, December 15, 2011

di atas katil. di bawah siling.

sungguh..aku merindui suamiku.
tidak salah rasanya merindui suami sendiri.

entah kenapa..malam ini satu nama sentiasa bermain difikiran.
"Nia Sofeeya"

berhajat utk mempunyai anak sulung lelaki. tapi,tetap nama perempuan y selalu berlegar2 difikiran. adakah itu tandanya,dia mgkin seorang perempuan.

kalau aku boleh menahan hampir 6bulan. kenapa tidak hanya 1minggu?
sungguh,seminggu ini akan terasa seperti setahun.

p/s: umah aku takde siling. sbb aku tinggal kt apartment. jadi aku blh katakan "di atas katil. di bawah simen."

Monday, November 28, 2011

4hari lagi.. dan 23hari lgi..

4hari lagi exam akan mula. makin dekat dgn exam,makin lemah rase jantung nih.

byk kali aku mimpi,mimpi yang paling aku tak suka adalah mimpi aku dalam keadaan yang sgt memerlukan kehadiran suami aku masa itu. tapi malangnya,dia tak ada. tuhan saja yang tahu betapa sedihnya aku. [dalam mimpi tu la]. aku harap,apa yang ada dlm mimpi itu takkan terjadi. atau mungkin,sedang terjadi. mungkin,akan terjadi. bak kata encik suami pagi td,"pepatah jerman mengatakan..kita hanya merancang,tuhan yang tentukan segalanya" [aku pon taktau la, ske2 dia je nk ckp tu pepatah jerman,tah betul tah idok]


Thursday, November 3, 2011

mu nih,sokmo doh gitu..



mak ckp kat alip..
"kakok mu tu sokmo doh gitu. exam jah deme..exam jah dop sehak"

huhuhu...mak..ni 1st time la awa demam mse exam sepjg awa ade ka india nih.. hehehehe.

aku patutnya kene baca commed. [byk gile dowh!! rase nk wat tarian sotong je sambil baca]

terima kasih encik suami.. anda sangat memahami,sabar dgn kerenah cik isteri. sian cik suami,tido lewat hari2.

kadang2 rase nk cepat2 habis exam.


Sunday, October 16, 2011

it's raining outside.



silence is a girls loudest cry.
you know she's really hurt when she starts ignoring you.



Sunday, September 11, 2011

lihat dengan mata hati.

betapa bertuahnya aku sebagai seorang isteri.
 memiliki lelaki sehebat si suami..


bukan luarannya yang menarik hati.
tapi hatinya yang tulus mencintai.


berikan aku sejuta lelaki.
pasti dia juga yang aku pilih.

Tuesday, September 6, 2011

rahsia kita berdua...=)


Untuk kali keseratus lima puluh juta
Mereka tanyakan engkau soalan yang sama
“Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?”
“Apa kau buta, apa kau pura-pura suka”

Di seratus lima puluh juta kali itu
Di depan semua engkau tarik tangan aku
Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu
Sambil ketawa engkau bilang satu per satu
“Dia mungkin bengis seperti singa”
“Tapi dia nangis tonton cerita Korea”
“Dia mungkin keras bila bersuara”
“Tapi dia jelas, jujur apa adanya”
“Aku lagi kenal dia”
Dah lebih seratus lima puluh juta kali
Aku pesan padamu apa yang bakal jadi
Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
Engkau sangat manis, aku ini pula dawai besi
Di setiap seratus lima puluh jutanya
Aku pun dalam hati semacam tak percaya
Apa kau lihat pada aku jujurkan saja
Terus kau cubit dagu aku, sambil berkata
“sayang mungkin baran tak kira masa
tapi sayang tahan kalau yang salah saya
sayang mungkin saja keras kepala
tapi sayang manja bila kita berdua–
saya kenal sayang saya”
Buat apa dicerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya
Peduli orang kata
Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna
Kalau hati tak ada
Aku lebih bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi cinta
Suaraku keras tak berbahasa
Kerna aku rimas gedik mengada-ngada
Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala
Aku punya manja, kau saja boleh rasa
Rahsia kita berdua

fynn jamal [150juta kali]

Wednesday, August 10, 2011

sepuluh.ogos.seribu.sembilanratus.lapanpuluh.lapan.

alhamdulillah..siapa sangka,aku ade kerajinan melukis dan mewarna. walau terasa seperti budak sekolah rendah,tapi seronok. dah lama aku tak melukis.

kenapa aku rajin tetiba? mungkin kerana sayang dan rindu.
ape yang buat aku melukis? sebab hari istimewa buat yang teristimewa.
selamat hari tua abang uchuk!!!!

 gamba ni ayg lukis mase tunggu cikgu dtg. mase posting paed surgery.
ade garis2. sbb buku nota ade garis2.

semoga umur abang dan isi kehidupan abg diberkati.
bagi ayang..kelebihan abang...kekurangan abang..itu yang buatkan abang sempurna.
cukup sempurna.

 ayang harap,jodoh kita panjang..dan diredhai Allah.
semoga kita sempat melalui hari2 tua kita bersama..

dan kita dikurniakan cahaya mata yang soleh dan solehah..sihat dan comel.


ayang akan berusaha,untuk memastikan tiada sedikit pun penyesalan dlm hati abang kerana memilih ayang sebagai isteri. ayang akan berusaha untuk jadi yang terbaik untuk abang,keluarga dan anak2 kita. sungguh,ayang tak ada apa2 kelebihan. tapi abang yang membuatkan ayang sentiasa lebih dari orang lain. kelebihan ayang adalah kerana memiliki abang sebagai suami.

ayang perlukan abang untuk terus mendidik ayang,menasihati dan menegur ayang.

Sunday, August 7, 2011

dah 3 tahun upenye aku kat cni!!!!!

aku tak tau nk tlis ape. atpi klu korang nk tgk gamba..boleh tekan link ini.....!!!
tengok la...tengok la....bes...~