Tuesday, December 25, 2012

hadiah ulang tahun ke2.

tahun ni..sorang kat benua lain. sorang lagi kat benua lain. puas sebulan lebih aku pikir nk buat ape utk ulang tahun kali ni. [haha..bersungguh betul!!!]

siap 2 bidio. tatau mne nk pilih. alang2 dh buat. ku bagi la dua2. tp,y 1 lagi tak leh post kt cni. special utk hubby je.

untuk abang...
ayang tahu,ini tak seberapa kalau nak dibandingkan kenangan pahit manis kita. ayang tahu...ayang tak pandai nk bermadah cinta. tapi ayang tahu,ayang bertuah dapat abang sebagai suami ayang.

Thursday, December 6, 2012

bermanja itu tidak salah..

dinner..sepasang suami isteri selesai mkn mlm..
si suami cuma melakukan sesuatu y tak digemari isteri ketika itu.

isteri : haaa...haaaa... apa y cuba abg lakukan..? ayg cucuk ni..dgn garfu ni.. (sambil menghalakan garfu ke arah muka suami)

suami : apa y cuba ayg lakukan? ini bukan cerita p.ramlee...

isteri : tak boleh...abang pakai spec...~

suami : hahahahahaha..kalau la p.ramlee pakai spec waktu tu... dah jadi cerita lawak dh...

isteri : sbb tu la dia tak pakai spec..haha..

Sunday, November 25, 2012

membilang hari.
terlalu menginginkan kehadiran yang dirindui.
tahun akhir bukan satu perkara mudah.

aku ke kelas,kau masih tidur. aku pulang dari kelas,kau pula ke kelas.
kau pulang dari kelas,kau mahu belajar. aku mahu masak dan makan malam.
aku mahu belajar,aku mengantuk. kau masih di kelas. aku tidur. kau mahu makan malam.

aku belum bersedia. aku mahu banyak lagi masa.
dalam masa yang sama,aku tak sabar. menghabiskan sisa2 hidup dibumi india.
manusia sentiasa tamak. sentiasa mahu apa yang tiada.

jodoh kita bukan tiada,mungkin belum tiba masanya.
sabarlah hati, sampai waktunya. kita akan bersama. selamanya. selagi nafas tidak terhenti.

senyumlah wahai hati, walau ia tak seindah syurga.
walau hidup ini kadang kala tidak adil.
ingatlah satu..cinta kita melengkapi segalanya.
sayang kita menjadikan ia sempurna.



Saturday, August 18, 2012

perpisahan.

airmata ini bukan kerana sayu.
aku tidak bersendiri kali ini.


ramadan bakal berakhir.
adakah aku dapat bertemu dgnmu lagi?



Wednesday, April 11, 2012

this is why i love him..~

rindunye...~
menghitung hari nak balik malaysia.
menitis air mata dapat kad ni...
terus semangat datang!!!!!

terima kasih suami.

Wednesday, April 4, 2012

sempurna.

"a man who truly loves you will never let you go, no matter how hard the situation is."
dan itulah yang dia dah lakukan, sedang lakukan. 
"kalau kita sayangkan seseorang,perjuangkanlah sehingga ke akhirnya."
"cinta harus memiliki" bak kata Anuar Zain.
kalau cinta tak harus memiliki,mengapa hati terasa sakit?
jadi,tiada istilah melepaskan dia pergi.

Monday, April 2, 2012

aku dan kamu.

kamu..
dalam hati tersembunyi,
bicara mata melindungi,
manis senyuman menutupi,
rindu....
rindu dalam hati..


aku..
kering menanti hujan..
gersang ditanah berdebu.
kontang tanpa embun.


dia...
sedikit pun tak memahami..
berat lagi yang mengalami.
biar...
biar dia..
tiada hubungannya dengan aku dan kamu.


kita..
tahu apa adanya..
tahu mana tahannya..
tahu jauh tahapnya..
tenggelam timbul.
hanya kita..bukan meraka.


merangkak,berguling.
mengereng, mengesot.
yang penting kehadapan.
yang berlalu, toleh untuk pengajaran..


aku, seorang..
kamu, seorang..
kita, berdua..
jauh jasad, malam siang kita berbeza.
tapi aku tahu..
kamu tetap sama..